Nuffnang Ads

Tuesday, January 31, 2012

Gadis Bertudung Yang Mesti Di Jauhi


Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.



Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.








-Sumber Maklumat: Informasi MY-

Rajagobal masih tunggu jawapan Arab Saudi



Hasrat skuad Harimau Malaya untuk menguji Arab Saudi belum menjadi kenyataan apabila masih tiada maklum balas daripada negara itu mengenai perlawanan persahabatan yang dijadualkan 24 Februari ini.

Jurulatih Datuk K. Rajagobal berkata, beliau dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menanti status sebenar perlawanan tersebut, walaupun beliau secara peribadi menanam keyakinan pertemuan dengan gergasi Asia itu tetap akan berjalan seperti dirancang.
“Arab Saudi belum memberi apa-apa jawapan mengenai pertemuan dengan Malaysia.
“Namun ada tanda positif mereka berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut. “Saya yakin ia tetap akan diadakan sebelum kami bertemu Filipina pada 29 Februari ini.
“Jika perlawanan dengan Arab Saudi tidak jadi, kami tidak boleh menggantikan dengan pasukan lain pada saat akhir kerana terikat dengan kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa),” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari pertama Harimau Malaya di Wisma FAM.
Pengendali berusia 56 tahun itu turut mengesahkan skuadnya berpeluang menguji Kelantan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
“Namun pada perlawanan itu nanti, saya tidak dapat menggunakan beberapa pemain ATM (Angkatan Tentera Malaysia). “Ini kerana mereka terlibat dalam perlawanan Liga Perdana menentang Pahang Jumaat ini. Saya akan memberi peluang kepada pemain lain,” katanya.
- Sumber : Utusan Malaysia -

JURULATIH KEDAH NIZAM ADHA LETAK JAWATAN





JURULATIH KEDAH NIZAM ADHA LETAK JAWATAN | KEMELUT PERSATUAN BOLA SEPAK KEDAH, KEDAH FA 2012

Jurulatih sementara Kedah Mohd Nidzam Adzha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan kendaliannya.

Mohd Nidzam berkata keputusan tersebut dibuat memandangkan beliau gagal membawa pasukan berada pada kedudukan terbaik walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh.

"Saya menyerahkan tugasan ini kepada penolong jurulatih Radhi Mat Din dan memberi fokus sepenuhnya kepada skuad Piala Presiden selepas ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kedah ketika ini berada di tangga kedua tercorot liga dengan hanya mengutip dua mata dalam lima perlawanan.

Mohd Nidzam yakin pemain mampu bangkit semula memburu kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini memandangkan saingan masih di peringkat awal dan berharap mereka tidak putus asa serta bersatu padu sebagai satu pasukan.

Beliau turut melahirkan penghargaan atas sokongan padu yang ditunjukkan penyokong setia Skuad Kenari yang mahu pasukan tersebut bangkit mencari kemenangan dan sekaligus berada pada kedudukan terbaik musim ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan jurulatih skuad Piala Presiden Kedah dipilih untuk memangku jawatan Ketua Jurulatih bagi menggantikan Wan Jamak yang digantung tujuh perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
sumber : sukakereta.blogspot.com

Kemanakah Hala Tuju Safee Sali?




Esok jam 11 pagi di Cilandak Square, Jakarta Selatan, Safee Sali akan membuat satu pengumuman penting mengenai karier professionalnya. Pengumuman tersebut akan merungkai segala spekulasi dan ramalan banyak pihak sejak kebelakangan ini. Apa sahaja yang diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya. Ia adalah demi kebaikan dirinya dan masa depannya. Keputusan dibuat setalah mengambil kira pelbagai aspek dan perbincangan yang panjang dgn beberapa pihak.

sumber : SafeeSali_10 Official

Mat Yo nok ‘ratah’ Kijang


DEMI negara, pemain bola sepak paling bernilai 2011, Norshahrul Idlan Talaha bersedia ‘bermusuh’ dengan Kelantan seketika apabila skuad kebangsaan bakal diuji pasukan elit Pantai Timur itu pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Norshahrul yang dipanggil pengendali kebangsaan, Datuk K Rajagobal untuk menyertai latihan pusat bersama 26 lagi pemain bakal menjadi pertaruhan terbaik untuk menggempur pasukan majikannya itu.



Namun bagi penyerang berusia 25 tahun itu, dia sedia memberi sepenuh komitmen kepada pasukan kebangsaan dan melupakan seketika cintanya terhadap skuad The Red Warriors.

“Tidak ada masalah bagi saya apabila menentang Kelantan, memang saya nak menang. Kalau boleh saya mahu menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.



Norshahrul atau turut dikenali sebagai Mat Yo sudah meledak empat gol untuk membantu Kelantan menghuni tangga teratas Liga Super musim ini.




Walaupun tanpa gandingan terbaiknya, Mohd Safee Sali yang tidak disenaraikan dalam skuad kali ini, Norshahrul tetap yakin dengan kemampuan pemain lain bagi persiapan menghadapi dua lagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Arab Saudi di Melbourne pada 24 Februari dan Filipina di Manila pada 29 Februari.



“Tanpa Safee skuad ini masih ada penyerang lain seperti Abdul Hadi (Yahaya) yang mempunyai pengalaman. Atas kertas memang Arab Saudi pasukan gergasi Asia tapi saya yakin kami mampu memberikan tentangan sengit,” katanya yang turut beraksi ketika Malaysia tewas 2-1 kepada Arab Saudi pada 2009.


Sementara itu, Rajagobal menjelaskan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Arab Saudi mengenai kesediaan mereka mengadakan perlawanan persahabatan.

“Setakat ini belum ada keputusan rasmi tapi kita akan tunggu hingga minggu ini. Sebelum ini Arab Saudi sudah menunjukkan tanda positif untuk mengadakan perlawanan ini,” katanya.


Perlawanan persahabatan yang diatur ini antara persiapan skuad kebangsaan bagi misi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF pada 24 November hingga 22 Disember ini.


sumber berita : metro

Ghaddar atau Antwi


AKSI Ghaddar (kiri) ketika menentang Kuala Lumpur saingan Liga Super di Kota Bharu, minggu lalu.
AKSI Ghaddar (kiri) ketika menentang Kuala Lumpur saingan Liga Super di Kota Bharu, minggu lalu.

KELANTAN mungkin menggugurkan sama ada      Mohammed Ghaddar dari Lubnan atau Denny   Agyare Antwi dari Ghana dalam kancah Liga Super selepas mengikat bekas pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri, semalam. 


Kelantan yang dilihat serius menerajui liga musim ini, mengambil tindakan segera mendapatkan Nwaneri dan kelibat pemain itu dapat disaksikan dalam perlawanan persahabatan dengan skuad senior kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Begitupun, siapa yang bakal digugurkan masih menjadi teka teki dan difahamkan keputusan akan dibuat selepas dua aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan dan kelab Balistier Khalsa FC       dari Singapura di Kota Bharu, Sabtu ini.
Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, selain persiapan tambahan untuk Liga Super, The Red Warriors juga mahu menguji Nwaneri yang mengumpul 33 kaps sejak 2005 dan pernah beraksi dengan Kazma Sporting di Kuwait tahun lalu. 

“Perlawanan persahabatan ini menjadi peluang terbaik bagi kami menguji Nwaneri di posisi pertahanan tengah Kelantan, selain menguji seorang lagi pemain import, Samad Okocha Awudu yang dijangka tiba Khamis ini. 

“Kami berharap dapat melakukan pemilihan dengan lebih teliti sebelum mendaftarkannya mereka dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum 13 Februari,” kata Azman yang juga pengurus pasukan. 

Mengulas mengenai kedudukan Mohammed Ghaddar dan Antwi, dia menjelaskan pihaknya belum memutuskan nasib kedua-dua pemain itu hinggalah tarikh akhir pendaftaran import 13 Februari ini manakala dua pemain import yang didaftarkan untuk Piala AFC sebelum ini, Emmanuel Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) mungkin dipinjamkan kepada Kuala Lumpur. 
Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dalam laman sosial Facebook, mengesahkan KAFA sudah menandatangani kontrak dengan Nwaneri, semalam. 



sumber berita : Berita Harian

Awudu Okocha Pemain Terbaru Di Uji Kelantan

Selepas berjaya mengikat kontrak dengan bekas pemain kebangsaan Nigeria bagi mengukuhkan lagi barisan pertahanan The Red Warrior's, Obinna Nweneri, pasukan Kelantan bakal menguji seorang lagi awang import bagi memantapkan lagi barisan serangan Kelantan yang kelihatan masih agak kurang menyengat lagi , Samed Abdul Awudu atau pun lebih di kenali dengan panggilan Awudu Okocha berasal daripada Ghana. Awudu Okocha bakal diuji pada perlawanan menentang  Singapore Balistier FC pada 4hb Febuari ini.



Mamee, Al-Jabbar & WANA Group Penaja Terbaru Kelantan













The Red Warrior's mendapat 3 lagi tambahan penajaan baru, di antaranya adalah MAMEE, AL-JABBAR dan WANA GROUP yang turut tampil untuk membantu KAFA dalam menguruskan, memperkasakan dan menambahbaikan lagi perancangan skuad Kelantan bagi menghadapi musim 2012 yang di mana pasukan Kelantan bakal mewakili Malaysia buat pertama kali nya di dalam saingan Piala AFC 2012. MAMEE juga bermurah hati dengan menjadi penaja bagi program pembangunan ARMY.