Nuffnang Ads

Tuesday, July 31, 2012

KAFA terima keputusan dengan hati terbuka


Sama ada Mohamed Ghaddar bersalah atau tidak, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetap akan menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan hati terbuka. 

Namun, Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim jelas mengharapkan perbicaraan kes ke atas penyerang import mereka dilakukan secara adil dan telus. 

Semalam, KAFA juga mengesahkan sudah menghantar surat jawapan berhubung pertuduhan ke atas Ghaddar, yang didakwa mengasari pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar. 



Penjelasan secara bertulis itu dihantar sehari sebelum tamat tempoh ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menetapkan surat jawapan mesti diterima sebelum 1 Ogos. 

Azman yang juga pengurus pasukan Kelantan berkata pihaknya sudah mematuhi syarat ditetapkan FAM berhubung isu membabitkan Ghaddar dengan Bunyamin. 

“KAFA berharap akan menerima keputusan yang memberangsangkan daripada FAM,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Pada 24 Julai lalu, KAFA dikejutkan dengan kehadiran surat Jawatankuasa Tatatertib FAM mendakwa Ghaddar mengasari Bunyamin ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Kota Bharu, 29 Jun lalu. 

Surat itu menyatakan Ghaddar perlu menjawab surat pertuduhan sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang pada 2 atau 3 Ogos ini dengan Ghaddar bakal berdepan tindakan digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 jika sabit kesalahan.

Ditanya jika Ghaddar didapati bersalah, Azman menegaskan bahawa pasukan Kelantan tetap mengharungi saingan Liga Malaysia yang bakal bermula hujung Ogos ini walaupun tanpa kehadiran penyerang import itu. 

"Sekiranya Ghaddar bersalah dan digantung tiga perlawanan, tidak dinafikan barisan serangan The Red Warriors akan tumpul, namun ia tidak bermakna Kelantan tidak boleh cemerlang disebabkan kehilangan seorang penyerang itu.

Monday, July 30, 2012

Mafri sah pemain pinjaman ketiga The Red Warrior's


Sabah akhir nya melepaskan jua Mafri Ballang bagi menyertai skuad TRW sebagai pemain pinjaman bagi saingan Piala Malaysia dan bakal tiba di Kota Bharu pada 2 ogos ini

Saturday, July 28, 2012

Isu Ghaddar: Penyokong harap FAM berlaku adil



Mohammad Ghaddar

Mohammad Ghaddar
Dua kelab penyokong terbesar di Kelantan berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan isu pertuduhan penyerang Kelantan, Mohammad Ghaddar yang disabit kesalahan memukul pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Mahizi Mahmood berkata, sekiranya pemain berasal dari Lubnan itu didapati bersalah, amat wajar beliau dikenakan hukuman.

“Namun kita berharap FAM dapat melakukan siasatan secara adil tanpa melihat seseorang pemain itu bermain dengan pasukan mana.

“Kalau pemain Kelantan atau Selangor melakukan kesalahan sekali pun, mereka perlu dijatuhi hukuman.

“Saya difahamkan menerusi rakaman video YouTube, Mohammad Ghaddar terlebih dahulu menumbuk muka Bunyamin (Umar).

“Kita sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku antara kedua-dua pemain tersebut. Jadi kita serahkan kebijaksanaan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang membicarakan kes ini,“ katanya.
FAM menerusi sepucuk surat bertarikh 24 Julai lalu kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memaklumkan Mohammad Ghaddar didapati bersalah berkelakuan ganas atau tiada semangat kesukanan dengan menyerang dan memukul pemain Selangor pada aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu 29 Jun lalu.
Tanpa mempertikaikan kredibiliti badan induk bola sepak kebangsaan, Mahizi berharap para penyokong The Red Warriors dapat menerima keputusan hukuman tersebut dengan hati terbuka apabila Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang 2 atau 3 Ogos ini.
Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Rozamri Mohd Ali juga berharap pihak FAM dapat bertindak lebih telus dan rasional dalam menangani isu ini.

“FAM boleh bertindak mengenakan tuduhan sama ada berdasarkan aduan atau pun tanpa aduan.

“Dalam konteks ini, siapa yang bersalah perlu menerima hukuman. Ia boleh menjadi iktibar kepada pasukan-pasukan lain dan demi kemajuan bola sepak negara sendiri.
“Cuma saya berharap FAM berlaku adil dan tidak hanya bertindak dengan memilih kes-kes tertentu sahaja.
“Sebagai contoh, insiden Penolong Pengurus dan Jurulatih Liga Premier Pahang yang mempertikaikan keputusan pengadil ketika perlawanan play-off dengan Kedah tempoh hari diketepikan begitu sahaja hanya kerana alasan tiada rakaman video.
“Sedangkan Datuk Taufik Abdul Razak (Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM) sendiri menyaksikan kejadian tersebut,” katanya.

Kelantan pinjam tiga pemain untuk kempen Piala Malaysia : TSAM



Annuar-Musa

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa
KOTA BHARU - Juara Piala FA dan Liga Super 2012, Kelantan akan meminjam dua pemain Kuala Lumpur dan seorang dari Sabah dalam memperkukuhkan pasukan itu bagi menghadapi Piala Malaysia bulan depan dan Piala  Konfederasi Asia (AFC), September ini.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata pemain Kuala Lumpur itu ialah Aslam Najumudeen dan Afiq Azmi dan Mafry Balang dari Sabah, katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis pelancaran bufet Ramadan di Perdana Resort di sini, hari ini.

Beliau berkata: "Ketiga-tiga mereka ini juga turut tersenarai sebagai antara pemain utama untuk beraksi dalam Piala Malaysia musim ini." 

"Selain itu, kita juga akan menyenaraikan Keita Mandjou dan Mijo Dadic yang baru menandatangai kontrak beberapa  minggu yang lalu sebagai persediaan untuk kedua-dua piala tersebut," katanya. 

Annuar berkata Kelantan juga akan mengekalkan Obinna Nwaneri walaupun beliau digantung satu perlawanan untuk AFC, serta Mohamad Ghaddar juga akan berada dalam kesebelasan utama.
    
Annuar berkata walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membenar untuk menukar keseluruhan pemain untuk saingan piala tersebut, namun pasukan Kelantan tidak bercadang untuk melakukannya. 

Tambahnya, walaupun Kelantan sedikit tertekan pada saingan musim hadapan berikutan terpaksa beraksi di dua saingan yang berbeza, namun yakin mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan pada tahun ini. 


Sumber : Bernama

Kafa-KL di peringkat akhir bincang isu pinjam pemain



Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim
PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, rundingan dua pemain Kuala Lumpur yang bakal dipinjamkan kepada The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi saingan Piala Malaysia kini berada di peringkat akhir.

Jelasnya, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hanya menunggu beberapa dokumen berkaitan perpindahan tersebut untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Seandainya ia berjalan dengan lancar,  dua pemain berkenaan bakal bersama pemain Kelantan nanti.

"Secara dasarnya, hasrat ini masih dalam perbincangan. Kami harus mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Sekiranya semua berjalan dengan lancar, dan dokumen diserahkan kepada Kafa, baru saya akan sahkan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Difahamkan ketua pasukan Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden dan penyerangnya Mohd Afiq Azmi bakal bersama pemain Kelantan dalam mengharungi Piala Malaysia yang bakal memulakan saingan penghujung Ogos nanti.

Mengulas mengenai hasrat mendapatkan pemain tersebut, Azman berkata, keputusan tersebut adalah tepat untuk menambah sengat di barisan pemain Kelantan.

"Berdasarkan pemerhatian, kita lihat mereka seorang pemain yang bagus dengan memiliki kemampuan mengawal bola beserta larian yang baik.

"Jadi, kita berharap dengan kehadiran mereka akan dapat memantapkan serangan pasukan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Aslam ketika dihubungi menyifatkan berada dalam pasukan TRW sudah tentu peluang yang tidak mungkin dilepaskannya memandangkan pasukan ini mempunyai ramai pemain berpengalaman dan berkualiti.

"Peluang ini amat berharga dan terlalu sukar untuk menolak peluang yang ada.

"Bagaimanapun, saya menyerahkan segala keputusan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA)," kata Aslam.

Friday, July 20, 2012

Ibrahimovic lakar sejarah pemain bola sepak berpendapatan tertinggi di dunia terkini




IBRAHIMOVIC (tengah) kini menjadi pemain termahal di dunia.


PARIS - Pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia.
Ibrahimovic mencipta sejarah itu selepas kelab mewah Perancis, Paris St. Germain (PSG) bersetuju untuk membayar gaji berjumlah £220,000 (RM1,084,277) seminggu selepas ditolak cukai.
Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan berjumlah £18 juta (RM88 juta) dari AC Milan ke PSG.
PSG yang dimiliki oleh jutawan Qatar, bersedia untuk memperkukuhkan skuad seperti usaha yang dilakukan oleh kelab mewah England, Manchester City, sekali gus memburu gelaran pertama Liga Perancis sejak kali pertama melakukannya pada tahun 1994.
"Memang benar bahawa saya tidak mengetahui tentang Liga Perancis tetapi saya yakin mampu beraksi dengan baik," kata Ibrahimovic.
Sebelum ini, Presiden Perancis, Francois Hollande bercadang untuk melaksanakan 75 peratus kadar cukai ke atas individu yang memperoleh pendapatan lebih daripada £784,000 (RM386,3969) setahun.
Namun, ejen Ibrahimovic, Miño Raoila berjaya melengkapkan perjanjian lumayan yang menyaksikan bekas pemain Barcelona itu menerima bayaran £9.4 juta (RM46 juta) setahun.
Jumlah itu akan meningkat kepada £11.4 juta (RM56.19 juta) setahun sekiranya berjaya mencapai sasaran kelab selain menikmati pendapatan £220,000 (RM1,084,277) seminggu.
Tambah Ibrahimovic: "PSG telah menjadikan misi mustahil sebagai tidak mustahil. Salah satu impian yang menjadi kenyataan."

TRW bersedia: Yakin mampu jinakkan QPR malam ini



TRW bersedia: Yakin mampu jinakkan QPR malam ini

The Red Warrior - Queens Park Rangers
MENURUNKAN skuad penuh The Red Warriors (TRW) termasuk kesemua pemain import mereka dalam perlawanan persahabatan menentang Queens Park Rangers hari ini, Kelantan yakin nasib mereka jauh lebih baik daripada apa yang dialami Sabah Selasa lalu.

Enggan membiarkan pasukan mereka diratah skuad kendalian Mark Hughes yang dibarisi pemain ternama dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim yakin nasib TRW tidak sama seperti pasukan pilihan Sabah yang tewas 0-5.

Menjanjikan rentak permainan Kelantan berbeza berbanding Sabah, TRW pasti memberikan saingan sengit kepada QPR kerana barisan yang diturunkan adalah pemain tetap dan bukannya pinjaman.

Optimis dengan pemain yang bakal diturunkan oleh Bojan Hodak, Azman menjelaskan tidak mustahil QPR mampu dijinakkan memandangkan kesemua pemain Kelantan sudah serasi beraksi dalam saingan bola sepak tempatan.

"Jangan samakan TRW dengan pilihan Sabah. Meskipun dibarisi pemain import pinjaman daripada Australia, Indonesia dan Singapura, mereka hanya bersama untuk perlawanan menentang QPR.

"Corak permainan Kelantan dengan pilihan Sabah sudah tentu berbeza dan inilah yang akan kita pamerkan dalam perlawanan malam nanti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bebas menukar pemain sepanjang perlawanan tanpa sebarang had, Azman yakin Bojan Hodak mampu menukar strategi bagi membuktikan TRW adalah pasukan hebat sesuai dengan gelaran juara Liga Super dua tahun berturut-turut.

Kelantan bakal menurunkan kesemua bintang import miliknya seperti Mohammad Ghaddar, Obinna Nwaneri, Dennis Antwi, Zakaria Charara, Emmanuel Okine dan dua import baru, Keita Mandjou serta Mijo Dadic.

Kelantan mampu sekat Queens Park Rangers, kata Bojan Hodak



Pemain Queens Park Rangers,

Pemain Queens Park Rangers, Park Ji Sung (dua, kiri) menandatangani baju seorang peminat ketika sesi bertemu peminat di Kota Baharu di sini, hari ini. Pasukan Liga Perdana Ingge
KOTA BAHARU - Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan yakin mampu menyekat kemaraan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, malam esok.

Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata pasukannya berpeluang menang memandangkan QPR baharu sahaja menamatkan musim liga mereka dan ramai pemain kelab itu masih dalam proses pemulihan.

"Pertembungan itu bukan perlawanan bagi QPR, jadi ini menjadi peluang kami kerana saya tahu pemain mereka belum pulih sepenuhnya," katanya pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan itu, di sini hari ini.

Hodak berkata beliau juga akan menurunkan pemain import baru Kelantan, Keita Mandjou agar penyokong dan peminat Kelantan dapat menilai sendiri tahap permainan pemain tersebut.

"Ini menjadi peluang kepada peminat melihat aksi Keita Mandjou sebelum Piala AFC bermula," katanya.

Sementara itu, Pengurus QPR Mark Hughes berkata beliau mungkin tidak menurunkan kesebelasan utama pemainnya menentang Kelantan malam esok bagi mengelak anak buahnya mengalami kecederaan serius.

"Adalah penting untuk tidak mendedahkan pemain kepada terlalu banyak perlawanan bagi mengelak ditimpa kecederaan," katanya.

Sementara itu, kira-kira 1,000 peminat serta penyokong QPR, hadir pada sesi bertemu peminat di Hotel Grand Riverview, di sini.

QPR yang tiba kira-kira pukul 4 petang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini dari Kuala Lumpur, turut diiringi peminat dengan motosikal berkuasa tinggi dan kereta yang menunggu mereka sejak 2 petang.

Pemain QPR juga mengadakan sesi latihan bersama pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebelum menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Mereka berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam ini bersama pemain The Red Warriors.

Antara pemain yang hadir pada majlis tersebut termasuk bekas pemain Manchester United yang baharu menandatangani kontrak bersama QPR, Park Ji Sung, Djibril Cisse, Anton Ferdinand serta Bobby Zamora.


Sumber : Bernama

1,000 peminat sambut QPR



Park Ji-Sung (kiri) dan pemain Queens Park Rangers yang lain melayani peminat pada sesi bertemu peminat di Kota Baharu, semalam. Kelab Liga Perdana Inggeris itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan dalam siri jelajah Asia di Stadium Shah Alam, Selangor malam ini. - Bernama

KOTA BHARU - Kehadiran bekas pemain Manchester United, Park Ji-Sung bersama pasukan barunya, Queens Park Rangers (QPR) ke Kelantan disambut meriah oleh lebih 1,000 peminat di sini, semalam.

Kehadiran Ji-Sung bersama pasukannya ke negeri ini adalah untuk bertemu peminat sempena Siri Jelajah Asia QPR.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang juara Liga Super 2012, Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Seorang lagi bekas pertahanan United, Fabio Da Silva turut mencuri perhatian peminat yang berpusu-pusu mendapatkan tandatangan mereka.

Selain bertemu dua pemain tersebut, peminat tempatan turut berpeluang melihat dengan lebih dekat bintang QPR yang lain seperti Robert Green, Anton Ferdinand, Djibril Cisse dan Andy Johnson.
Barisan pemain QPR kemudiannya mengadakan sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV dan menyertai pertandingan sepakan penalti bagi merebut piala khas sumbangan Kumpulan Sentosa.

Mereka berlepas ke Kuala Lumpur pada sebelah malam.

Sumber : Utusan

Thursday, July 19, 2012

Aslam teruja sarung jersi TRW



Ketua pasukan Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden


Ketua pasukan Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden

KETUA pasukan Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden menyifatkan penghijrahannya secara pinjaman ke Kelantan bagi mengharungi saingan Piala Malaysia 2012 adalah satu anugerah bernilai tidak mungkin dilepaskan  bagi menimba pengalaman dan suasana gemilang bersama pasukan Juara Liga Super 2012 itu.

Mengetahui dirinya menjadi antara tiga pemain yang disasarkan pasukan The Red Warrios bagi memantapkan saingan Piala Malaysia, Aslam menyerahkan keputusan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

"Saya dimaklumkan rundingan mengenai perkara ini sedang dilakukan antara pengurusan KLFA dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan sekiranya ia berhasil sudah tentu ia keputusan menggembirakan bagi saya.

"Beraksi bersama sebaris pemain dalam pasukan Kelantan sememangnya satu penghargaan dan satu kerugian besar sekiranya tawaran ini saya tolak," katanya.

Sementara itu, Pengurus pasukan KLFA, Rusli Baba menjelaskan rundingan mengenai perkara ini sedang dilakukan dan secara dasarnya pihaknya mencapai keputusan positif.

TRW lwn QPR: 5,000 bakal gegar Stadium Shah Alam esok



TRW lwn QPR: 5,000 bakal gegar Stadium Shah Alam esok

Majlis Penajaan Jersi sempena Cabaran Sepakan Penalti Bagi Merebut Piala Khas yang diadakan di Kota Bharu, semalam.
SERAMAI 5,000 penyokong setia The Red Warriors bakal menggegarkan Stadium Shah Alam esok bagi memberikan sokongan sempena aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris Queen Park Rangers (QPR).

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md. Noor berkata, rombongan yang melibatkan 100 bas itu dijangka akan bertolak ke sana pada pagi Jumaat.

“Kehadiran penyokong di sana, diharap dapat  memberikan semangat kepada The Red Warriors yang akan beraksi menentang salah sebuah pasukan yang terkemuka di Eropah itu,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penajaan Jersi Sempena Cabaran Sepakan Penalti Bagi Merebut Piala Khas, yang disumbangkan oleh Kumpulan Sentosa.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengarah Urusannya Datuk Razali Daud.

Menurutnya, rombongan dari Kota Bharu itu dijangka akan bergabung dengan beberapa kelab penyokong The Red Warriors di negara ini iaitu dari Paka, Terengganu, KLIA, Kuala Lumpur, Jerantut, Pahang dan Lembah Kelang bagi memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan.

Ismail berkata, ini adalah peluang terbaik kepada penyokong untuk hadir sama pada perlawanan bersejarah itu, dan yakin The Red Warriors akan memberikan persembahan terbaik bagi tidak menghampakan penyokong yang hadir.

Dalam perkembangan sama, Ismail memberitahu pasukan QPR dijangka tiba di Kota Bharu kira-kira jam 1.30 petang hari ini (esok), dengan menaiki pesawat khas dan akan diarak oleh 60 motosikal berkuasa tinggi menuju ke Hotel Grand River View.

“Sekitar jam 3 petang barisan pemain QPR akan beramah mesra dengan peminat di lobi hotel berkenaan dan pada masa yang sama, peminat tempatan juga boleh mendapatkan barangan mechandise kelab tersebut yang dijual di gerai Air Asia.

“Manakala pada jam 5 petang pula pemain QPR dan Kelantan akan berada di Stadium Sultan Muhammad IV bagi menjalani sesi latihan tertutup,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua pasukan juga akan menghadapi pertandingan Cabaran Sepakan Penalti dan di Kota Bharu, peminat boleh menyaksikan siapa yang lebih hebat antara mereka.

Ismail berkata, aksi menghiburkan itu juga turut disertakan dengan pemberian 80 bola percuma kepada peminat yang hadir di stadium.

“Jadi kepada peminat diharap dapat hadir beramai-ramai dengan mendapatkan tiket bernilai RM10 dan bagi mereka yang sudah mempunyai tiket perlawanan di Shah Alam, masuk adalah percuma,” katanya.


Tentatif Program Kelab Queens Park Rangers di Kota Bharu (Hari Ini)
Sesi Bertemu Peminat
Masa: 2.30 petang, di Hotel Grand Riverveiw, Kota Bharu

Sesi Latihan Tertutup
QUEENS PARK RANGERS dan KELANTAN
Masa: 5 petang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu

- Harga tiket menyaksikan sesi latihan tertutup ini RM10 (astaka) dan RM5 (terbuka)
- Pemegang tiket RM33 dan 53 boleh menyaksikan sesi latihan ini dengan percuma. Masuk melalui tempat duduk terbuka stadium.

 

Tiket perlawanan persahabatan antarabangsa QPR menentang Kelantan (20 Julai) dan tiket sesi latihan tertutup (19 Julai) boleh didapati di tempat berikut: 

- Wisma Kafa, Kampung Chicha, Kubang Kerian   (8.30 pagi hingga 5 petang)
- Stadium Sultan Muhammad IV (10 pagi hingga 6 petang)
- Kafe The Red Warriors (10 pagi hingga 11 malam)
- DS Telecommunication (bersebelahan Wisma Perkeso, Jalan Kota Darul Naim) (10 pagi hingga 10 malam)

FAM beri jaminan adili dengan telus

no preview
Kes ‘kekasaran melampau’ dua pemain Selangor 

Kuala Lumpur: Kes ‘kekasaran melampau’ dilakukan dua pemain Selangor - Amri Yahyah dan Bunyamin Umar - terhadap penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar pada Liga Super 29 Jun lalu akan diadili dengan telus tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk media. Jaminan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, semalam. 

Beliau berharap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahu pun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penyokong masing-masing menerima keputusan dibuat jawatankuasa itu dalam perbicaraan yang dijangka diadakan pada awal bulan depan. 



“Jangan risau, keputusan kami nanti bergantung kepada penelitian rakaman video insiden membabitkan ketiga-tiga pemain berkenaan. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib nanti. 


Ia akan dinilai dengan seadilnya,” katanya. 
BH Sukan difahamkan, perbicaraan itu tertumpu kepada insiden Amri menumbuk kemaluan Ghaddar dan Bunyamin menumbuk muka penyerang dari Lubnan itu kerana jawatankuasa hanya menerima aduan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). 

Insiden membabitkan kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha bersama Ghaddar, tiada dalam senarai. 
“Saya belum tetapkan lagi tarikh perbicaraan. Kita tidak boleh buat minggu depan kerana Amri dikhabarkan menyertai Piala Java sehingga 29 Julai. 

“Mungkin pada awal bulan depan selepas pemain itu pulang daripada menyertai kejohanan berkenaan,” katanya. Ditanya sama ada Ghaddar yang dilihat melakukan provokasi terlebih dahulu ketika ketiga-tiga insiden itu, Taufik berkata: “Tunggulah perbicaraan nanti. Saya tak boleh komen sekarang.”


Sumber : Berita Harian

Wednesday, July 18, 2012

'Bunyamin tidak profesional' : Kelab Penyokong TRW


Bunyamin UmarBunyamin Umar
Penyokong The Red Warriors menyifatkan tindakan pemain Selangor, Bunyamin Umar sebagai tidak profesional kerana melayan kerenah pemain import Kelantan, Mohamed Ghaddar dengan kekasaran. 

Pemain itu juga hanya bersuara selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).“Tindakan Bunyamin yang melayan provokasi yang didakwa dilakukan Ghaddar itu tidak mencerminkannya sebagai pemain profesional, malah tindakannya menumbuk penyerang import Kelantan itu mencemarkan imej pasukan sendiri,” kata Ketua Kelab Penyokong The Red Warriors Wilayah Selatan, Faiz Amirul Mohd Fauzi (gambar) di Kota Bharu, semalam. 

“Mengapa baru sekarang dia (Bunyamin) nak mengeluarkan kenyataan. Mengapa tidak dari dulu dia menceritakan kejadian sebenar. Kita kesal kerana dia masih menggunakan media untuk menunjukkan bukti sedangkan siasatan perlu diserahkan kepada FAM. 

“Ghaddar hanya berdiam apabila menerima kekasaran daripada pemain pasukan lawan malah hanya menyambut dengan senyuman. 

“Namun Bunyamin membalas tumbukan apabila tidak tahan dengan provokasi Ghaddar. Ini mencerminkan dia (Bunyamin) bukan pemain profesional,” katanya. 

Sebagai pemain professional, katanya, Bunyamin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kepada media sebaliknya hanya perlu menyerahkan bukti kepada FAM dan menunggu hasil siasatan.

Tuesday, July 17, 2012

Apex bakal pamer kehebatan



Apex bakal pamer kehebatan

Ismail (tengah) dan Mohd Razif (dua, kiri) menunjukkan piala yang menjadi rebutan dalam pertandingan sepakan penalti apabila Kelantan dan QPR turun menjalani sesi latihan
KOTA BHARU – Siapa yang lebih tangkas, sama ada Khairul Fahmi Che Mat atau Robert Green di gawang gol masing-masing bakal terjawab, apabila kedua-dua mereka berpeluang mempamerkan kehebatan menepis sepakan penalti dalam sesi latihan Kelantan dan Queens Park Ranger, di Stadium Sultan Muhammad IV, petang Khamis ini.

Pertandingan sepakan penalti tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti sesi latihan tertutup kedua-dua pasukan, dan hadiah sebanyak 80 bola akan diberikan percuma kepada peminat bola sepak yang hadir menyaksikan pada hari tersebut.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor berkata, pemenang pertandingan sepakan penalti tersebut akan menerima trofi khas yang disumbangkan oleh Kumpulan Sentosa.

“Dua pemain import baharu, Keita Mandjou dan Mijo Dadic selain tiga pemain tempatan dijangka menyempurnakan lima sepakan tersebut sementara, bekas bintang Manchester United, Park Ji Sung akan melakukan tendangan bagi pasukannya.

“Sekiranya berkesudahan seri,penentuan sepakan penalti ‘sudden death’ akan dilakukan bagi mencari pemenang dalam pertandingan tersebut. Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sentosa, Datuk Razali Daud akan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kafe The Red Warriors, di sini semalam. Hadir sama ialah Pengarah Kumpulan Sentosa, Mohd Razif Datuk Razali, Pengurus Kewangannya, Nik Zulfikri Mahmood dan pemain import Kelantan, Keita Mandjou.

Sementara itu, Mohd Razif berkata, pihaknya berasa bangga, dapat bersama-sama membantu Kafa menyambut kehadiran kelab Liga Perdana Inggeris itu ke Kota Bharu. “Ini adalah pertama kali kami bekerjasama dengan Kafa. Ini  sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat dan kami bersedia menjalinkan hubungan lebih kukuh pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bagi pemegang tiket perlawanan persahabatan yang berharga RM33 dan 53 boleh menyaksikan sesi latihan tertutup ini secara percuma, dengan memasuki tempat duduk terbuka di dalam stadium.

Sementara itu, orang yang berminat juga boleh membeli tiket astaka berharga RM10 dan RM5 (terbuka) bagi menyaksikan sesi latihan ini. 


Sesi Latihan Tertutup Khamis Queens Park Rangers dan Kelantan

Masa: 5 petang
Tempat: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Info jualan tiket
* Kaunter tiket stadium (10 pagi hingga 6 petang).
* Kafe The Red Warriors (10 pagi hingga 11 malam).
* DS Telecommunication (bersebelahan Wisma Perkeso, Jalan Kota Darul Naim) (10 pagi hingga 10 malam).
* Tiket perlawanan persahabatan antarabangsa QPR menentang Kelantan (20 Julai) dan tiket sesi latihan tertutup (19 Julai) mula dijual hari ini.

*Peminat bola sepak jangan lepaskan peluang ini.

Sumber : Sinar Harian

'Bukti di Youtube'


GAMBAR kiri dilihat Ghaddar
menampar muka Bunyamin
manakala gambar kanan, Bunyamin
menumbuk Ghaddar.GAMBAR kiri dilihat Ghaddar menampar muka Bunyamin manakala gambar kanan, Bunyamin menumbuk Ghaddar.
Kejadian penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar menumbuk pemain Selangor, Bunyamin Omar ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, 29 Jun lalu, memang berlaku dan kejadian itu bukan sengaja direkanya.

“Buktinya ada dalam laman Youtube yang mana sebelum insiden saya menumbuk Ghaddar, tangannya terlebih dulu hinggap ke muka saya.“Terpulang kepada penyokong dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menilai sama ada apa yang saya katakan benar atau tidak,” kata Bunyamin, semalam.

Keita tak sabar bantu Kelantan menentang QPR


 Naib Presiden KAFA, Datuk Ismail Md Noor (tiga dari kiri) menunjukkan piala tajaan Kumpulan Sentosa yang menjadi rebutan antara Kelantan dan QPR dalam cabaran sepakan penalti sambil diperhatikan Keita (dua kanan) di Kota Bharu, semalam.  - Foto Nik Abdullah Nik OmarNaib Presiden KAFA, Datuk Ismail Md Noor (tiga dari kiri) menunjukkan piala tajaan Kumpulan Sentosa yang menjadi rebutan antara Kelantan dan QPR dalam cabaran sepakan penalti sambil diperhatikan Keita (dua kanan) di Kota Bharu, semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
Janji kejutan kepada penyokong The Red Warriors berdepan QPR

Kota Bharu: Pemain import terbaru Kelantan, Keita Mandjou tidak sabar untuk membuat kejutan kepada penyokong The Red Warriors apabila berdepan dengan kelab Inggeris, QPR di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.Keita, 33, dari Guinea menandatangani kontrak perjanjian selama setahun setengah untuk membantu pasukan gergasi Pantai Timur itu dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), September ini.
 
“Bertemu dengan QPR nanti adalah persembahan pertama saya bersama The Red Warriors dan saya akan membuktikan kemampuan saya dengan menyumbang gol.

“Saya yakin tiada masalah untuk bersama pasukan hebat ini dan sudah mengenali pemain tempatan seperti Indraputra Mahyuddin, Norsharul Idlan Talaha, Mohd Daudsu Jamaluddin, Norfarhan Mohamad dan S Subramaniam ketika bersama-sama di Perak sebelum ini,” katanya.

Keita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Cabaran Sepakan Penalti Piala Kumpulan Sentosa di Kafe The Red Warriors, Kota Bharu, semalam.

Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Md Noor dan Pengarah Kumpulan Sentosa, Mohd Razif Razali. 
Pada sesi latihan bersama QPR Khamis ini, akan berlangsung pertandingan sepakan penalti di antara kedua-dua pasukan, The Red Warriors dan QPR, bagi merebut Piala Kumpulan Sentosa.

Sementara itu, Ismail berkata, pertandingan sepakan penalti itu julung kali diadakan dan antara tujuannya ialah bagi menguji kehebatan penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

“Lima pemain QPR akan membuat sepakan penalti ke gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi, sekali gus menguji kemampuannya mengawal pintu gol dari ditembusi pemain Liga Inggeris itu," katanya.

Beliau berkata, pada acara Khamis ini juga, KAFA akan menyediakan sebanyak 80 bola sebagai cenderahati kepada penonton bertuah yang hadir pada sesi latihan itu, yang dijangka akan bermula jam 5 petang.