Nuffnang Ads

Monday, December 31, 2012

Majlis Bersama Tok Guru kena SABOTAJ?




Sabtu, 29 Disember 2012 
Makan Malam Bersama TG Nik Aziz Kena PULAU Lagi...


"Pas hilang sokongan" atau "Makan malam bersama TG Nik Aziz kena Pulau"...Itulah yang akan keluar dalam blog pencacai Umno dikenali ini dapat gambar paling atas sekali beb...sudah pasti gegak gempita di alam maya UmnoBn menceritakan sokongan semakin kurang terhadap TG Nik Aziz..
 
Rentetan gambar Ini adalah jamuan makan malam PAS Nogori Sembilan bersama TG Dato' Nik Aziz,sambutan diluar dugaan dengan semua meja yang ditaja habis di jual,yang hadir pula dari pelbagai kaum..malah masih ada yang menunggu di luar untuk berjumpa TG Dato' Nik Aziz..


Sunday, December 30, 2012

Keita Berada Dalam Skuad Liga Super Kelantan 2013.


Keita Mandjou sah tersenarai dalam skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2013.

Perkara ini disahkan sendiri pengurus merangkap ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kepada pihak media semalam.
Menurut Bojan, pemilihan Keita dilakukan dengan teliti oleh beliau dan jurulatih lain bagi memperkasakan Sang Kijang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lepas.
Kita yakin dengan kelebihan dan pengalaman yang dimiliki pemain ini dapat membantu Kelantan mencapai sasaran.
Namun, Keita perlu meningkatkan prestasi selain memberi tumpuan pada setiap perlawanan atau berdepan disingkirkan pada pintu perpindahan yang akan dibuka semula, April nanti.
432255_503880836299429_234871912_nPemain yang berasal dari Guinea itu akan menggalas tugas mengetuai jentera serangan pasukan menjelang sepak mula melawan ATM dalam Piala Sumbangsih pada 5 Januari depan.

Sementara itu, ada segelintir penyokong yang memberi komen dalam laman sosial tidak bersetuju dengan pemilihan Keita kedalam skuad Liga Super.
Bagi mereka, Dimi Petratos lebih layak kerana menunjukkan persembahan cemerlang sempena pra musim selain dilihat lebih berkeyakin dari Keita.
Dalam pada itu, ada juga segelintir penyokong memberi sokongan penuh kepada Keita untuk mengembalikan sentuhan emas seperti dipamerkan bekas pemain Kedah yang kini bersama ATM, Marlon Alex James.
Mereka menganggap Keita masih ada penyudah tetapi perlu lebih tajam bila berada dalam kotak penalti

'Perkahwinan tidak melonggarkan prestasi saya' : Apex


Penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, menegaskan perkahwinannya dengan pemilik butik dan model Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, tidak akan menjejaskan prestasinya sebagai seorang pemain bola sepak negara dan Kelantan.

Photo: -sengih yg ado makno tu!!!!!-

Beliau yang lebih dikenali sebagai Apek berkata, perkahwinan tersebut harus dipandang positif kerana ia akan membangkitkan lagi semangatnya untuk beraksi di atas padang.

"Insya-Allah prestasi saya tidak akan terjejas, kita kena ambil positif, lihat David Beckham sebelum ini biarpun sudah berkahwin tetapi prestasinya tidak menurun malah semakin meningkat.

"Saya akan cuba kekalkan prestasi yang terbaik kerana ini adalah karier saya dan saya amat bertuah kerana Leuniey amat memahami karier saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya dalam sidang media selepas majlis pernikahan beliau di Wakaf Bharu di sini semalam.

Photo: Sweetnya Apex & Leuniey... Pada yang terlepas Apex tu cari lain sebagai ganti ya hehehe....

Apek dan Nur Eilunie atau Leuniey selamat diijabkabulkan pada pukul 10 pagi semalam di rumah keluarga Leuniey di Wakaf Bharu dekat sini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua mempelai di rumah keluarga Leuniey di sini.

Pada majlis tersebut, Khairul Fahmi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan Leuniey membalas dengan tujuh dulang.

Apek yang mengenakan persalinan berwarna kuning muda sah menjadi suami kepada Leuniey dengan sekali lafaz dan lebih 2,000 tetamu termasuk peminat setia mereka hadir pada majlis pernikahan tersebut.

Khairul Fahmi ketika ditemui bersyukur majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

"Alhamdulillah majlis pernikahan ini berlangsung dengan baik. Saya memilih Leuniey kerana dia memahami karier saya yang terlalu sibuk. Sebagai contoh, saya hanya pulang untuk membuat persediaan sehari sebelum majlis ini berlangsung.

"Perasaan saya sebelum majlis akad nikah gementar, tetapi ia tidak sama ketika beraksi di atas padang kerana hari ini semua memberi sokongan kepada saya dan Leuniey," katanya.

Photo: Selamat Pengantin Baru Apex. Moga berbahagia ke akhir hayat

Dia menyerahkan kepada Allah sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini dan berharap akan menimang sekurang-kurangnya empat orang anak.

Dalam pada itu, Leuniey berharap suaminya akan menjadi 'kapten' kepada keluarga mereka dengan baik meskipun pelbagai kontroversi dikaitkan dengan mereka sebelum ini.

"Saya bersedia sepenuhnya, dalam masa bercinta pelbagai cerita keluar dalam akhbar dan blog. Saya sentiasa berbincang dengan suami bila cerita seperti ini keluar.

"Ini jodoh yang ditentukan dalam perjalanan hidup kami, saya bersyukur kerana kami telah disatukan," katanya sambil menyifatkan suaminya seorang yang romantik dan penuh dengan kejutan.

Photo: wow!!!!!

Kelantan dalam kelas tersendiri


BARANGKALI tidak keterlaluan rasanya menyifatkan gergasi Pantai Timur, Kelantan sebagai pasukan paling berjaya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2012.
Cemerlang merangkul gelaran trebel musim ini apabila ‘menyapu bersih’ ketiga-tiga trofi iaitu Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia, kejayaan The Red Warriors pastinya dicemburui ramai pihak.
Kini, majoriti pemerhati bola sepak tempatan mula berdebat sesama sendiri sama ada Kelantan mampu mengulangi kecemerlangan itu ataupun tidak pada musim depan.
Tatkala penyokong fanatik Kelantan pastinya mengharapkan supaya sejarah kembali berulang musim depan, tidak mustahil segelintir penyokong-penyokong pasukan lain turut memasang angan-angan agar anak-anak buah Bojan Hojak tumbang sebelum berjuang.
Bukan apa, sejarah sudah membuktikan segala-galanya. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sewajarnya sedar bahawa bukan mudah untuk mengekalkan reputasi selaku pasukan terunggul di negara ini.
Mereka perlu menerima hakikat bahawa pasukan yang berada di puncak kejayaan sebelum ini gagal mengekalkan momentum cemerlang mereka, malah ada pasukan berstatus gergasi terus terumbang-ambing mencari rentak.
Antara pasukan yang cukup digeruni dalam Liga M sebelum ini termasuk Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Kedah, Sarawak dan Negeri Sembilan tetapi mereka juga gagal mengekalkan rentak cemerlang.
Andai Kelantan tidak belajar sesuatu daripada apa yang dialami oleh pasukan-pasukan tersebut, tidak mustahil mereka juga bakal mengalami nasib yang sama.
Kedah umpamanya, merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mempertahankan gelaran trebel pada musim 2007 dan 2008, tetapi kecemerlangan itu kini sekadar tinggal kenangan.
Untuk memburukkan lagi keadaan jagoan utara tanah air itu, Sang Kenari kini tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.
Jika diikutkan di atas kertas, Bojan dilihat tidak berdepan masalah mengekalkan kecemerlangan Kelantan apabila sebahagian besar pemain beliau membuat keputusan untuk kekal di Kota Bharu musim depan.
Justeru, beliau sepatutnya tidak memiliki sebarang alasan seandainya Kelantan gagal mengulangi kejayaan kali ini.
Kali ini, peluang pertama Bojan memburu trofi sulung bersama Kelantan bagi musim 2013 dilihat hadir lebih awal apabila dijadual berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) pada 5 Januari ini.
Kekecewaan Kelantan yang terkandas di peringkat suku akhir Piala AFC musim ini selepas dijinakkan kelab Iraq, Arbil SC dengan agregat 2-6 juga wajar ditebus barisan pemain The Red Warriors sebagai penanda aras kehebatan mereka di persada bola sepak tempatan selepas ini.

Saturday, December 29, 2012

Ghaddar tidak sertai Felda

Ghaddar tidak sertai Felda


Mohamad Ghaddar telah menarik diri di saat akhir dan tidak akan beraksi untuk pasukan Felda United pada Liga Malaysia 2013.
Penyerang yang berasal dari Lebanon itu sebelum ini dikhabarkan akan menyarung jersi pasukan Felda United namun Pengerusi Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan pemain tersebut tidak mengikat kontrak dengan Felda United.
"Ini bermakna Felda United hanya akan menggunakan seorang pemain import sahaja pada musim depan, perkara yang sama turut berlaku kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengharapkan seorang sahaja pemain import," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, kelmarin.

Tuesday, December 25, 2012

Hanya 4 Stadium Dibenarkan Anjur Permainan Waktu Malam?

Hanya empat stadium setakat ini mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan permainan pada waktu malam.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, empat stadium itu ialah Stadium Shah Alam di Selangor; Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang; Stadium Jalan Besar di Singapura dan Stadium Negeri Sarawak di Kuching.

Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama anggota majlis JKPT bagi membincangkan perkara berkaitan stadium dengan lebih lanjut hujung minggu ini.

"Saya difahamkan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban dan Stadium Perak di Ipoh sedang menjalankan kerja penambahbaikan fasiliti...(kemungkinan besar) mereka akan bermain pada waktu petang.

 
 
"(Bagaimanapun) kita akan menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa di mana-mana stadium (yang terlibat dengan saingan Liga Malaysia 2013) bagi memastikan pasukan yang berhasrat untuk beraksi pada waktu malam mematuhi peraturan yang kita tetapkan,” katanya di sini hari ini.

Hamidin turut memberi jaminan persiapan pasukan kelab dan negeri yang bersaing dalam Liga Malaysia 2013 tidak akan terjejas walaupun skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Datuk K.Rajagobal dijadualkan terlibat dengan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari depan.

"Kalendar Liga Malaysia 2013 sudah (hampir) siap dan kita yakin persiapan pasukan kelab dan negeri tidak akan terganggu,” katanya.

Liga Malaysia 2013 akan membuka tirai secara rasmi pada 5 Jan depan menerusi perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia, Kelantan menentang juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia di venue yang masih belum ditetapkan FAM.

 

Aksi Liga Perdana dan Liga Super 2013 masing-masing akan bermula pada 7 dan 8 Januari.
 Piala FA 2013 melibatkan 30 pasukan dari Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM akan bermula 25 Januari depan. — BERNAMA

Monday, December 24, 2012

Jumlah kecil pemain The Red Warriors dalam skuad kebangsaan dipersoal


Kekurangan pemain berkaliber daripada pasukan Kelantan dalam skuad Harimau Malaya terus dipersoalkan beberapa pihak yang mengikuti rapat kancah bola sepak tanah air.


Antara persoalan yang terus hangat dibualkan adalah kenapa pasukan Harimau Malaya yang dibimbing jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak dibarisi ramai pemain skuad Kelantan.

Sedangkan pasukan The Red Warriors merupakan juara treble musim lalu.

Kebanyakan pengkritik sukan berpendapat, sistem pemilihan pemain negara tidak sistematik, malah mereka percaya pemain-pemain dari pasukan yang menjuarai kejohanan besar domestik sepatutnya mendapat tempat.

"Sudah tiba masanya Rajagobal melakukan perubahan dengan menyenaraikan pemain dari pasukan yang menjuarai kejuaraan tertinggi dalam saingan bola sepak tempatan.

"Jadi pasukan yang merangkul kejuaraan paling banyak musim ini ialah Kelantan sepatutnya pemain dari pasukan inilah yang sepatutnya diberi peluang untuk memperkuatkan pasukan Harimau Malaya.


"Lagipun pemain Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa iaitu dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambahnya, pendekatan tersebut turut dipraktikkan pasukan Singapura dan Thailand yang membariskan pemain dari pasukan yang menjuarai liga di negara masing-masing.

"Saya yakin dan percaya kehadiran pemain Kelantan seperti kapten paling berpengaruh Mohd.Badhri Radzi, Nor Farhan Mohamad, Indra Putra Mahyuddin dan beberapa pemain lain yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa  membantu pasukan," katanya.

Turut senada dengan pendapat yang diutarakan itu ialah bekas pemain kebangsaan era-60, Mahadi Yusoff.
Mahadi berkata, sudah tiba masanya pengendali skuad kebangsaan itu menyenaraikan beberapa tonggak Kelantan bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan kelayakan Piala Asia nanti.

"Pendapat saya, amat wajar pasukan kebangsaan diperkuatkan dengan pemain dari skuad yang menjuarai liga sebagaimana dibuat ketika saya menyarung jersi negara pada akhir tahun 60-an dulu.

"Langkah ini cukup berkesan kerana mereka sudah serasi dan memahami cara permainan masing-masing. Sebagai contoh Mohd. Badhri dilihat cukup memahami kehendak dan corak permainan Norshahrul, buktinya dua jaringan yang dihasilkannya ketika aksi akhir Piala Malaysia adalah hantaran Badhri," tegasnya.