Nuffnang Ads

Tuesday, January 31, 2012

Rajagobal masih tunggu jawapan Arab Saudi



Hasrat skuad Harimau Malaya untuk menguji Arab Saudi belum menjadi kenyataan apabila masih tiada maklum balas daripada negara itu mengenai perlawanan persahabatan yang dijadualkan 24 Februari ini.

Jurulatih Datuk K. Rajagobal berkata, beliau dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menanti status sebenar perlawanan tersebut, walaupun beliau secara peribadi menanam keyakinan pertemuan dengan gergasi Asia itu tetap akan berjalan seperti dirancang.
“Arab Saudi belum memberi apa-apa jawapan mengenai pertemuan dengan Malaysia.
“Namun ada tanda positif mereka berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut. “Saya yakin ia tetap akan diadakan sebelum kami bertemu Filipina pada 29 Februari ini.
“Jika perlawanan dengan Arab Saudi tidak jadi, kami tidak boleh menggantikan dengan pasukan lain pada saat akhir kerana terikat dengan kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa),” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari pertama Harimau Malaya di Wisma FAM.
Pengendali berusia 56 tahun itu turut mengesahkan skuadnya berpeluang menguji Kelantan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
“Namun pada perlawanan itu nanti, saya tidak dapat menggunakan beberapa pemain ATM (Angkatan Tentera Malaysia). “Ini kerana mereka terlibat dalam perlawanan Liga Perdana menentang Pahang Jumaat ini. Saya akan memberi peluang kepada pemain lain,” katanya.
- Sumber : Utusan Malaysia -

No comments:

Post a Comment