Nuffnang Ads

Thursday, August 2, 2012

Apek tak rasa tergugat dengan Farizal


Khairul Fahmi Che MatKhairul Fahmi Che Mat
Nama Farizal Marlias yang kian meniti di bibir peminat bola sepak tanah air kerana kecekapannya menjaga gawang Harimau Malaya sejak kebelakangan ini, dikatakan menggugat kedudukan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol utama negara.

Bagaimanapun, bagi Khairul Fahmi atau lebih senang disapa Apek, gelaran penjaga gol nombor satu bukan perkara utama tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan prestasi kerja sepasukan sentiasa berada di tahap terbaik.
Malah, anak muda berusia 23 tahun itu menganggapnya sebagai satu persaingan sihat antara rakan sepasukan seterusnya mewujudkan persekitaran yang penuh daya saing bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan. 

Apabila ada persaingan sebegitu, ia bermakna pasukan akan menjadi lebi baikh dan bagus". - Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga gol
“Bagi saya tidak ada istilah nombor satu atau nombor dua dalam pasukan. Tetapi sebenarnya ia mampu mewujudkan persaingan sengit antara kami di skuad kebangsaan. 

“Apabila ada persaingan sebegitu, ia bermakna pasukan akan menjadi lebih baik dan bagus,” katanya dalam sidang media selepas meluangkan masa bersama 20 anak yatim dari Asrama Anak-anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi membeli belah sempena Aidilfitri di Mydin USJ, semalam. 

“Sebenarnya persaingan sihat ini bukan antara penjaga gol saja tetapi pada rakan sepasukan lain untuk mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan,” katanya yang juga duta jenama Mister Potato itu. 

Farisal dilihat kerap diturunkan ketika ini oleh jurulatih Datuk K Rajagobal dengan yang terbaru ketika menentang Arsenal dan Manchester City berbanding Apek yang hanya masuk padang selepas babak kedua perlawanan terutama dengan juara Liga Perdana Inggeris itu, Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment