Nuffnang Ads

Wednesday, August 15, 2012

Ghaddar wajib beri penjelasan kepada JK Displin KAFA


AKIBAT gagal melaporkan diri mengikut tarikh ditetapkan selepas dipercayai berbulan madu hingga terlajak cuti, pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Jawatankuasa diketuai Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim akan mendapatkan penjelasan daripada Ghaddar yang tiba dari Beirut, Lubnan hari ini.


Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, seperti diketahui, Ghaddar pulang ke negaranya untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berusia 19 tahun sebelum merancang berbulan madu dengan pasangannya itu.




Katanya, akibat tindakan Ghaddar yang gagal melaporkan diri pada tarikh ditetapkan, ia membimbangkan pengurusan pasukan kerana perbuatannya itu menjejaskan persediaan Red Warriors menghadapi kempen Piala Malaysia bermula 22 Ogos ini.


“Pemain sudah lama bercuti malah lebih sebulan dan Ghaddar perlu menjelaskan kepada jawatankuasa mengapa gagal melaporkan mengenai percutian panjangnya itu.



“Kita berusaha merampas Piala Malaysia tahun ini dan Ghaddar harus cergas sepenuhnya untuk bersaing dalam kumpulan maut,” katanya.


Berikutan itu, Annuar menegaskan, ketua jurulatih, Bojan Hodak diarah memberi tugasan lebih kepada Ghaddar bagi memastikan prestasi pemain itu berada di tahap terbaik.


Annuar juga tidak menafikan, Ghaddar akan berada di bangku simpanan jika prestasinya berada di bawah kemampuan sebenar.


Katanya, Red Warriors tidak bergantung kepada seorang pemain tapi menggunakan sepenuhnya 30 pemain dimiliki bagi mengisi posisi yang kosong. “Sekiranya Ghaddar gagal menunjukkan kecergasan diharapkan, dia akan diletakkan di bangku simpanan dan diganti pemain lain. Kita tidak kira dia pemain ‘star’ atau tidak. Kalau tidak cergas dia tetap akan duduk di bangku simpanan.




“Pasukan kita masih kukuh kerana kita tidak mengamalkan konsep bergantung kepada seorang pemain kerana kita ada 30 pemain yang mampu melaksanakan tugas masing-masing,” katanya.

No comments:

Post a Comment