MENGIDAM untuk merangkul gelaran juara Liga Super musim ini, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyeru rakan sepasukannya supaya mengekalkan rentak cemerlang menjelang kunjungan ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu malam ini.
Sedar perlawanan malam nanti mampu membawa perubahan kepada The Red Warrior (TRW) yang kini ketinggalan tiga mata di belakang Lions XII, Khairul Fahmi atau Apex melihat ia peluang terbaik untuk mereka merampas kedudukan pendahulu liga sebelum skuad Lions menyambung semula saingan liga mereka.
"Waktu rehat Lions selama tiga minggu daripada Liga Malaysia untuk memberi tumpuan kepada Kelayakan Piala AFC B-22 di Indonesia bulan hadapan, membuka jalan buat kami untuk memintas mereka terutama apabila kami mempunyai kelebihan baki empat perlawanan.
"Perlawanan malam ini pasti sukar lebih-lebih lagi apabila kebanyakan tonggak Terengganu sudah kembali beraksi. Meskipun saya yakin kami mampu memenangi perlawanantersebut, namun kami masih perlu berhati-hati agar tidak tercicir sebarang mata," katanya.
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment