Nuffnang Ads

Saturday, June 23, 2012

Pengadil kata gol


COLLINA (kiri) memberi arahan ketika kendali latihan untuk pengadil hadapi saingan suku akhir, kelmarin.
COLLINA (kiri) memberi arahan ketika kendali latihan untuk pengadil hadapi saingan suku akhir, kelmarin.
Ini kesilapan manusia yang dilakukan manusia: Collina 

GDANSK (Poland): Pemain-pemain, pegawai dan peminat berehat sehari kelmarin daripada aksi Kejuaraan Eropah tetapi rasa tidak puas hati terus membelenggu tuan rumah bersama, Ukraine.
Mereka mengiringi Poland yang juga tuan rumah, keluar daripada kejohanan selepas tewas 1-0 di tangan England dengan gol Marco Devic yang tidak dikira menjadi tajuk perbualan utama.
Ketidakadilan di Ukraine turut dirasai Pierluigi Collina, ketua pengadil di badan induk bola sepak Eropah, UEFA, yang mengakui gol itu sepatutnya dibenarkan kerana sudah melintasi garisan gol. 

Ukraine masih dibayangi bantahan berterusan di atas penahanan bekas Perdana Menterinya, Yulia Tymoshenko, dan kerajaan British berkata akan memboikot perlawanan suku akhir antara England dan Itali di Kiev dengan tidak menghantar mana-mana menterinya ke sana Ahad ini. 

Ketika ditanya adakah ahli politik United Kingdom akan hadir, jurucakap kepada Perdana Menteri David Cameron berkata: “Tidak. Mereka tidak akan (menghadiri perlawanan itu). “Ia mencerminkan jadual padat menteri menjelang Olimpik dan kebimbangan berkenaan undang-undang Ukraine.” 

Pengadil dari Hungary, Viktor Kassai dan pembantunya di garisan gol menjadi mangsa kritikan di Ukraine kerana tidak membenarkan gol Devic, yang walaupun tidak akan membawa negara itu ke suku akhir, tetapi sekurang-kurangnya menyukarkan England. 
“(Di Euro 2012) kami mempunyai tiga situasi garisan gol. Dua daripadanya tepat, yang ketiga ternyata silap,” kata Collina. “Silap satu perkara, mengatakan bola itu melepasi lebih setengah meter satu perkara lagi. Bola itu hanya beberapa sentimeter (melintasi garisan).” 

Kassai tidak akan diturunkan lagi dalam kejohanan ini tetapi Collina berkata pegawai perlawanan tidak patut dipersalahkan. “Ini adalah kesilapan manusia yang dilakukan oleh manusia,” kata Collina. – Reuters



Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment