KOTA BHARU - Pengendali Kelantan Bojan Hodak mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan pusingan kedua dengan T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.
Peringatan tersebut diluahkan Bojan selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan T-Team pada perlawanan pusingan pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu.
“Saya telah beritahu semua kesilapan yang mereka (pemain) lakukan pada pertemuan dengan T-Team tempoh hari.
“Harapan saya untuk perlawanan malam esok (hari ini) pemain tidak mengulangi kesilapan tersebut.
“T-Team sebuah pasukan yang hebat, kita tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini. Saya harap mereka dapat mempamerkan aksi terbaik dengan menyekat kemaraan pemain T-Team,” katanya di sini, semalam.
Sumber : Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment