Nuffnang Ads

Monday, February 13, 2012

Pejabat Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek Disimbah Cat


Pejabat Apek disimbah cat.
Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Tidak cukup difitnah menjadi punca putus tunang seorang gadis, kali ini penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 berhadapan dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang dekat sini disimbah cat.
Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat pagi semalam.
Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.
“Ini merupakan kali ketiga pejabat ini disimbah cat yang berwarna hitam. Semuanya berlaku di dalam bulan ini iaitu pada 5,10 dan 12 Februari. Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan apa motif di sebalik kejadian ini,” katanya ketika dihubungi DetikPerubahan.com di sini, malam tadi.
Menurut Syed Ahmad, beliau percaya kejadian ini berlaku di antara jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.
“Apek (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini. Sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi kali ini kami menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan pelakunya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.
“Saya dan Apek telah membuat laporan polis dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membangtu menyelesaikan kes ini,” katanya.
Katanya, apa yang membimbangkan mereka ia keselamatan Khairul Fahmi.
“Apek bimbang juga bila berlaku kejadian macam ni…takut dicederakan. Sebab itu jugalah kami membuat laporan polis. Tetapi rasanya tak ada masalah lagipun Apek sekarang sudah ada pengawal peribadi.
“Ke mana saha dia pergi dia bersama pengawal peribadinya,” katanya.
sumber : detikperubahan.com

No comments:

Post a Comment