Nuffnang Ads

Saturday, June 30, 2012

The Red Warrior's dapat bonus RM500,000


KEJAYAAN menjulang mahkota kejuaraan Piala FA buat julung kali, Mei lalu membolehkan skuad Kelantan memperoleh ‘durian runtuh’ apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi bonus RM500,000 kepada para pemain The Red Warrior's. 


Habuan setengah juta ringgit itu membabitkan jumlah RM300,000 diagihkan kepada pemain dan pengurusan manakala RM200,000 lagi adalah untuk membawa skuad The Red Warrior's menikmati satu pakej percutian ke luar negara.

“Dalam pengagihan habuan RM300,000 itu setiap pemain mendapat bonus paling kurang RM11,000 seorang dan RM9,000 sebagai perbelanjaan pakej percutian ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bonus sempena menjuarai Piala FA, di Hotel Renaissance, kelmarin. 


Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemberian itu sebagai menunaikan janji KAFA kepada pemain dan pengurusan apabila berjaya menjuarai Piala FA 2012.
“Semua 27 pemain dan 10 pegawai menerima habuan itu selepas perbincangan dilakukan oleh KAFA walaupun sebelum ini kita hanya berhajat memberi kepada pemain yang terbabit dengan Piala FA saja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bonus sempena menjuarai Piala FA, di Hotel Renaissance, kelmarin.

The Red Warrior's kembali merampas takhta liga



Liga Super: Kelantan rampas takhta

Kemasukan Mohammad Ghaddar nyata memberi tuah kepada TRW.
KELANTAN berjaya merampas kedudukan persada liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu malam tadi.
Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22
perlawanan.

Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan.
Kelantan menguasai perlawanan tetapi gagal mencari gol sehingga Mohamad Ghaddar menceriakan peminat dengan tandukan, hasil sepakan sudut oleh Norfarhan Muhammad.
Selang tiga minit kemudian, skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali lagi cuba menambah gol melalui sepakan sudut daripada Norfarhan, namun gagal
disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol.    

Peluang sekali lagi terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 apabila Mohamad Ghaddar berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Selangor, namun gagal menghadiahkan sebarang gol buat Kelantan apabila sepakan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan, Norazlan Razali.
Selangor yang tertekan dengan jaringan pertama Kelantan terus mengasak pertahanan The Red Warriors, namun serangan berjaya dipatahkan sehingga berakhir separuh masa pertama.
Seawal babak kedua perlawanan menyaksikan para penonton yang memenuhi stadium bertindak membaling botol air ke dalam padang selepas berang dengan mutu pengadilan Mohd Jefferi Zolkifli yang kurang memuaskan.
Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-62 apabila Indra Putra Mahyuddin yang tidak dikawal pemain Selangor, berjaya membuat rembatan kencang ke arah gawang lawan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol.
Sepakan percuma kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim pada minit ke-79 terus ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun dinafikan selepas berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan The Red Warriors.
Farhan sekali lagi mengejutkan Selangor dengan aksi berbahaya pada minit ke-83 apabila berjaya membuat gerakan solo dari tepi padang selepas mendapat
hantaran bola daripada Indra, bagaimanapun sepakannya berjaya dipatahkan penjaga gol Selangor.

Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan.

Sumber : Bernama

Bonus suntik semangat juang pemain Kelantan FA



Liga Super: Bonus suntik semangat pemain Kelantan

Sentuhan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan (kiri) ditagih bagi merobek pintu gol Selangor apabila kedua-dua pasukan bertemu di Kota Bharu malam ini.
KOTA BHARU – Pemain The Red Warriors menerima suntikan semangat menjelang pertemuan sengit Liga Super menentang musuh ketat, Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Ganjaran wang tunai RM300,000 yang diterima semalam hasil kejayaan merangkul Piala FA pada 19 Mei lalu, menjadi tonik baharu kepada anak buah Bojan Hodak untuk mencapai misi memburu tiga mata ke atas juara Liga Super  musim 2010 itu.

Ketua Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi berkata, pemberian bonus tersebut tepat pada masanya dan menjadi pembakar semangat kepada rakan sepasukan lain untuk mempamerkan aksi sebenar setelah dikritik hebat baru-baru ini.

“Malam ini kita akan bertemu Selangor, satu-satunya pasukan yang berjaya mengalahkan Kelantan dalam saingan liga musim ini.

“Saya percaya moral semua pemain berada dalam keadaan cukup baik bagi menghadapi Gergasi Lembah Kelang itu. “Kita tidak mahu tercicir mata seperti mana pada pertemuan dengan Terengganu tempoh hari. “Bukan sahaja turun  dengan misi membalas dendam di atas kekalahan lalu tetapi kita juga mahu melengkapkan misi memburu tiga mata buat kali keempat di halaman sendiri.

“Peluang untuk mempertahankan kejuaraan liga terbentang luas. Dengan syarat kita perlu menewaskan Selangor dan Negeri Sembilan selepas ini.

“Jika kita memperoleh tiga mata daripada dua perlawanan tersebut, ia ibarat sudah sebelah tangan kita menjulang piala,” katanya. Namun jeneral padang berusia 30 tahun itu, tidak menyifatkan pertemuan ini sesuatu yang mudah    bagi Kelantan apatah lagi Selangor yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim sudah pasti bertandang ke Kota Bharu dengan misi yang sama untuk meraih tiga mata.

“Irfan Bakti merupakan seorang jurulatih yang penuh dengan tipu muslihat. Kita harus berwaspada dengan percaturan taktikal dan permainan psikologi beliau. “Jadi saya mahu semua rakan sepasukan berwaspada dan tidak  memandang mudah pertemuan ini.

“Saya gandingan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Mohammad Ghaddar, Mohd Norfarhan (Muhammad) dan Indra Putra (Mahayuddin) dapat melakukan sesuatu bagi memastikan misi kita tercapai,” katanya.

Malah Mohd Badhri atau dikenali panggilan Piya turut menamakan kelibat tiga tonggak Selangor iaitu Ketua Pasukan, Mohd Amri Yahyah, Shafiq Rahim dan Bosko Balaban antara pemain yang boleh memusnahkan impian Kelantan  untuk meraih tiga mata pertemuan ini.

“Jangan beri sepakan percuma (di depan gol Kelantan) kepada Selangor. Itu cukup berbahaya dan menjadi senjata utama mereka menjaringkan gol. “Kelibat ketiga pemain itu harus dirantai oleh benteng pertahanan kita,” katanya.  


Sumber : Sinar Harian & theredwarriorscolony.com

Wednesday, June 27, 2012

Skuad Kijang persiakan dua peluang gol


KELANTAN perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan kelebihan dua jaringan pada separuh masa pertama apabila terpaksa berkongsi satu mata menentang musuh tradisi, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Keputusan seri 2-2 merencatkan usaha Kelantan untuk meraih tiga mata berharga dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan kini mengumpul 48 mata, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga ketika ini, LionsXII namun tetap mempunyai kelebihan tiga perlawanan berbanding pasukan dari Singapura itu.


Pada aksi yang disaksikan kira-kira 10,000 penonton itu, Kelantan yang memburu kemenangan ketiga ke atas Terengganu pada musim ini bermula dengan persembahan bertenaga apabila mendahului lawan menerusi dua gol awal dengan pemain sayap, Norfarhan Muhammad membuka jaringan buat pelawat pada minit keenam menerusi rembatan dalam kotak penalti yang gagal ditepis penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.

Ia diikuti jaringan cantik yang dihasilkan kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi pada minit ke-21 yang membakar semangat tuan rumah untuk mempamerkan cuba mempamerkan kebangkitan menerusi rembatan dalam kotak penalti penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-40.

Kebangkitan Terengganu yang memperkemaskan corak permainan gagal dikekang anak-anak buah Bojan Hodak apabila tonggak pertahanan lawan, Mohd Muslim Ahmad menanduk masuk gol penyamaan selepas lima minit babak kedua bersambung.


Jaringan terbabit jelas membantu Terengganu yang terus menguasai perlawanan terutamanya di bahagian tengah dalam merencanakan serangan berterusan ke kubu Kelantan dilihat semakin hilang punca sehingga memaksa Hodak memasukkan Nurul Azwan Roya pada minit ke-65 diikuti Mohd Ramzul Zahini Adenan menggantikan Norshahrul Idlan Talaha untuk menghidupkan semula jentera serangan Kelantan.


Langkah terbabit bagaimanapun gagal membuahkan hasil apabila Terengganu semakin rancak mengatur gerakan ke kubu lawan namun gagal menembusi Khairul Fahmi buat kali ketiga.

Peter Butler kecewa Penyu hampir lemas di laut sendiri


 


KUALA TERENGGANU - Terengganu sepatutnya menang ketika menentang Kelantan dalam pertandingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam tadi  sekiranya dapat memanfaatkan peluang yang diperoleh mereka.
Jurulatihnya Peter Butler berkata Terengganu sungguh tidak bernasib baik kerana cuma mampu memperoleh satu mata dalam perlawanan yang berakhir seri 2-2 itu.
"Bagi saya keputusan itu tidak begitu menggembirakan kerana sepatutnya Terengganu menang dalam perlawanan itu," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.





Menurut Butler Terengganu menguasai hampir keseluruhan perlawanan terutamanya dalam separuh masa kedua, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Terengganu ketinggalan 2-0 pada minit ke-5 dan ke-20 sebelum pasukan tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit ke-40. Gol kedua Terengganu diperoleh minit ke-57.
Bekas jurulatih Kelantan itu berkata beliau melihat ada sedikit kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan dan masalah itu akan diatasi segera sebelum bertandang ke Kedah 30 Jun ini.
Sementara itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak menyifatkan keputusan perlawanan itu sebagai adil tetapi beliau terkilan kerana pasukannya hanya mencatat keputusan seri.

Sumber : Bernama

The Red Warriors rugi 2 point



KELANTAN perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan kelebihan dua jaringan pada separuh masa pertama apabila terpaksa berkongsi satu mata menentang musuh tradisi, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Keputusan seri 2-2 merencatkan usaha Kelantan untuk meraih tiga mata berharga dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan kini mengumpul 48 mata, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga ketika ini, LionsXII namun tetap mempunyai kelebihan tiga perlawanan berbanding pasukan dari Singapura itu.


Pada aksi yang disaksikan kira-kira 10,000 penonton itu, Kelantan yang memburu kemenangan ketiga ke atas Terengganu pada musim ini bermula dengan persembahan bertenaga apabila mendahului lawan menerusi dua gol awal dengan pemain sayap, Norfarhan Muhammad membuka jaringan buat pelawat pada minit keenam menerusi rembatan dalam kotak penalti yang gagal ditepis penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.

Ia diikuti jaringan cantik dihasilkan kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi pada minit ke-21 yang membakar semangat tuan rumah untuk mempamerkan cuba mempamerkan kebangkitan menerusi rembatan dalam kotak penalti oleh Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-40.



Kebangkitan Terengganu yang memperkemaskan corak permainan gagal dikekang anak-anak buah Bojan Hodak apabila tonggak pertahanan lawan, Mohd Muslim Ahmad menanduk masuk gol penyamaan selepas lima minit babak kedua bersambung.



Jaringan terbabit jelas membantu Terengganu yang terus menguasai perlawanan terutamanya di bahagian tengah dalam merencanakan serangan berterusan ke kubu Kelantan dilihat semakin hilang punca sehingga memaksa Hodak memasukkan Nurul Azwan Roya pada minit ke-65 diikuti Mohd Ramzul Zahini Adenan menggantikan Norshahrul Idlan Talaha untuk menghidupkan jentera serangan Kelantan.

Langkah terbabit gagal membuahkan hasil apabila Terengganu semakin rancak mengatur gerakan ke kubu lawan namun gagal menembusi Khairul Fahmi buat kali ketiga.

Tuesday, June 26, 2012

Kelantan dapat tonik baru malam ni!!!



Liga Super: Kelantan dapat tonik baru

Obinna Nwaneri (kanan) kembali perkuatkan benteng pertahanan Kelantan bagi merantai pergerakan Forkey Doe (kiri) malam ini.
KOTA BHARU – Kehadiran tiga tonggak ibarat menyuntik kekuatan baru buat barisan pemain The Red Warriors bagi menghadapi musuh tradisinya, Terengganu dalam pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,  Kuala Terengganu malam ini.

Kelibat Mohd Daudsu Jamaluddin serta dua awang import, Obinna Nwaneri dan Mohammad Ghaddar pasti ditagih setelah barisan pemain Kelantan dikecam hebat ekoran mempamerkan aksi longlai dalam tiga perlawanan sebelum  ini.

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan kehadiran tiga pemain tersebut mampu mengimbangi kekuatan pasukan bagi memburu tiga mata penting meski pun sedar tentangan sengit daripada pasukan yang bergelar Sang Penyu  dalam pertemuan ini.

“Saya gembira apabila ketiga-tiga pemain kembali berada di dalam kesebelasan utama. “Sudah pasti ia menjadi tonik baharu bagi kita menghadapi Terengganu di tempat mereka malam ini.

“Saya tahu penyokong kurang senang dengan aksi hambar kita tempoh hari. “Tetapi percayalah, bermula menentang Terengganu diikuti Selangor Jumaat ini, kita akan mempamerkan corak permainan sebenar. “Kita pergi ke sana untuk  menang. Semua orang tahu tentang perkara ini.

Penting bagi kita untuk meraih tiga mata. “Menang bererti kita menyamai mata dengan Lions XII dan sudah pasti menjadi pembakar semangat sebelum membuat perhitungan dengan Selangor nanti,” katanya.

Hodak bagaimanapun tidak dapat menurunkan Mohd Shakir Shaari dan S Chanturu dalam perlawanan ini, setelah kedua-dua mereka terpaksa diketepikan kerana menjalani pergantungan perlawanan dan kecederaan pangkal paha. Mengulas mengenai lawan yang pernah ditewaskan dalam pusingan kedua kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Mei lalu,

Hodak tetap menghormati keupayaan Terengganu yang disifatkan antara pasukan yang terkuat dalam saingan liga musim ini.

“Terengganu merupakan pasukan yang bagus kerana ramai pemain mereka mempunyai kemahiran individu tersendiri. “Saya tidak tahu apa masalah mereka (tewas dan seri dalam dua perlawanan terakhir) namun kita perlu berwaspada. “Saya lihat ancaman mereka hadir menerusi dua pemain tengah mereka iaitu Mohamad Ashaari (Samsudin) dan Joseph (Kalang Tie).

“Begitu pun kita tidak boleh melupakan Francis Forkey Doe yang mungkin boleh meragut  perjuangan kita untuk memburu tiga mata,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Liga Super 2012 : Apex azam sekat kemaraan Penyu



Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex
MENGIDAM untuk merangkul gelaran juara Liga Super musim ini, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyeru rakan sepasukannya supaya mengekalkan rentak cemerlang menjelang kunjungan ke Stadium Sultan Ismail  Nasiruddin Shah, Terengganu malam ini.

Sedar perlawanan malam nanti mampu membawa perubahan kepada The Red Warrior (TRW) yang kini ketinggalan tiga mata di belakang Lions XII, Khairul Fahmi atau Apex melihat ia peluang terbaik untuk mereka merampas kedudukan  pendahulu liga sebelum skuad Lions menyambung semula saingan liga mereka.

"Waktu rehat Lions selama tiga minggu daripada Liga Malaysia untuk memberi tumpuan kepada Kelayakan Piala AFC B-22 di Indonesia bulan hadapan, membuka jalan buat kami untuk memintas mereka terutama apabila kami  mempunyai kelebihan baki empat perlawanan.

"Perlawanan malam ini pasti sukar lebih-lebih lagi apabila kebanyakan tonggak Terengganu sudah kembali beraksi. Meskipun saya yakin kami mampu memenangi perlawanantersebut, namun kami masih perlu berhati-hati agar tidak tercicir sebarang mata," katanya.


Sumber : Sinar Harian

Monday, June 25, 2012

Liga Super: Kelantan capai kemenangan ke-14



KUALA LUMPUR - Pasukan Kelantan merekodkan kemenangan ke-14 dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah, 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Kemenangan tersebut daripada 20 perlawanan yang diharungi skuad Kijang setakat ini membolehkan mereka mengumpul 47 mata, tiga mata kurang berbanding
pendahulu liga, Lions XII dari Singapura yang tidak bermain hari ini.

Dua gol Kelantan pada perlawanan tersebut dijaringkan Rizal Fahmi Abdul Rosid pada minit ketujuh dan Indra Putra Mahyuddin pada lewat permainan.
Perak yang sebelum ini menduduki tangga keempat liga naik satu anak tangga selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak, di Stadium Negeri, Kuching.
Albert Dominique membuka jaringan untuk skuad Seladang seawal minit kesembilan permainan sebelum Azizan Saperi menyamakan kedudukan untuk pasukan
tuan rumah pada minit ke-45.



Michal Kubala mengesahkan kemenangan mutlak skuad bimbingan Norizan Bakar apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-21.
Kedah turut mencatatkan kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur, 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Penyerang tuan rumah, Mohd Faizal Abu Bakar membuka tirai jaringan pada minit ke-36 selepas beliau memanfaatkan hantaran lintang dari pemain import skuad Kenari dari Croatia, Vedran Gerc.
Vedran menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti sebelum skuad warga kota mengurangkan defisit jaringan
menerusi tendangan penalti oleh Zakaria Charara pada minit ke-79.

Sementara itu, dua pasukan Pantai Timur, T-Team dan Terengganu terpaksa berputih mata selepas mencatatkan keputusan seri ketika menentang lawan masing-masing.
T-Team mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Negeri Sembilan diStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Jean-Emmanuel Effa Owona memberikan gol pendahuluan kepada skuad Rusa sebelum Mohd Faiz Subri menyamakan kedudukan untuk T-Team, lapan minit kemudian.
"'Abang' mereka iaitu Terengganu pula terikat 2-2 dengan wakil kelab Lembah Klang, Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Dua gol Terengganu dijaringkan oleh Mazlizam Muhamad pada minit ketiga dan Mohamad Ashari Samsudin manakala dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh
Mohd Fauzan Zulkifli pada minit ke-30 dan Mickael Nicoise pada minit ke-37. 


 Sumber : Bernama

Saturday, June 23, 2012

Pengadil kata gol


COLLINA (kiri) memberi arahan ketika kendali latihan untuk pengadil hadapi saingan suku akhir, kelmarin.
COLLINA (kiri) memberi arahan ketika kendali latihan untuk pengadil hadapi saingan suku akhir, kelmarin.
Ini kesilapan manusia yang dilakukan manusia: Collina 

GDANSK (Poland): Pemain-pemain, pegawai dan peminat berehat sehari kelmarin daripada aksi Kejuaraan Eropah tetapi rasa tidak puas hati terus membelenggu tuan rumah bersama, Ukraine.
Mereka mengiringi Poland yang juga tuan rumah, keluar daripada kejohanan selepas tewas 1-0 di tangan England dengan gol Marco Devic yang tidak dikira menjadi tajuk perbualan utama.
Ketidakadilan di Ukraine turut dirasai Pierluigi Collina, ketua pengadil di badan induk bola sepak Eropah, UEFA, yang mengakui gol itu sepatutnya dibenarkan kerana sudah melintasi garisan gol. 

Ukraine masih dibayangi bantahan berterusan di atas penahanan bekas Perdana Menterinya, Yulia Tymoshenko, dan kerajaan British berkata akan memboikot perlawanan suku akhir antara England dan Itali di Kiev dengan tidak menghantar mana-mana menterinya ke sana Ahad ini. 

Ketika ditanya adakah ahli politik United Kingdom akan hadir, jurucakap kepada Perdana Menteri David Cameron berkata: “Tidak. Mereka tidak akan (menghadiri perlawanan itu). “Ia mencerminkan jadual padat menteri menjelang Olimpik dan kebimbangan berkenaan undang-undang Ukraine.” 

Pengadil dari Hungary, Viktor Kassai dan pembantunya di garisan gol menjadi mangsa kritikan di Ukraine kerana tidak membenarkan gol Devic, yang walaupun tidak akan membawa negara itu ke suku akhir, tetapi sekurang-kurangnya menyukarkan England. 
“(Di Euro 2012) kami mempunyai tiga situasi garisan gol. Dua daripadanya tepat, yang ketiga ternyata silap,” kata Collina. “Silap satu perkara, mengatakan bola itu melepasi lebih setengah meter satu perkara lagi. Bola itu hanya beberapa sentimeter (melintasi garisan).” 

Kassai tidak akan diturunkan lagi dalam kejohanan ini tetapi Collina berkata pegawai perlawanan tidak patut dipersalahkan. “Ini adalah kesilapan manusia yang dilakukan oleh manusia,” kata Collina. – Reuters



Sumber : Berita Harian

QPR FC akan bertemu The Red Warriors pada Julai



SEPANG - Kelab bola sepak Queens Park Rangers (QPR) merupakan pasukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan dan Sabah bulan depan sebagai sebahagian daripada pra-musim Asia Tour kelab itu.


Ketua Pegawai Eksekutif QPR Philip Beard berkata perlawanan menentang Kelantan akan diadakan di stadium Shah Alam pada 20 Julai manakala dengan pasukan Sabah Allstars di Kota Kinabalu pada 17 Julai.



"Kami akan membawa pemain kesebelasan pertama pada pertemuan itu. Ia satu penghormatan bagi QPR untuk datang dan bermain di Malaysia dan Indonesia bulan depan. Setiap orang di kelab itu sangat teruja mengenai lawatan ini.



"Kami berharap ia akan membolehkan peminat kami di Asia menyaksikan pasukan kami beraksi. Ini merupakan langkah yang besar bagi QPR untuk datang dan bermain di Asia dan kami berharap ini merupakan peluang pertama bagi lebih banyak peluang yang akan datang," katanya kepada pemberita mengenai pengumuman QPR Asia Tour di Akademi Air Asia di sini, hari ini.



Turut hadir Ketua Komersial Kumpulan Air Asia Kathleen Tan, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak. 



QPR atau lebih diknali sebagai 'Hoops' dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Tony Fernandes.



Semasa Asia Tour, pasukan itu akan berada di tiga bandar raya -  Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Surabaya ( Indonesia). Pasukan itu dijadual bermain menentang Persebaya FC di Surabaya pada 23 Julai.


 


Sementara itu, Beard berkata semasa lawatan itu, pasukan itu akan mencuba mencungkil bakat baru di Asia dan percaya pertemuan dengan Kelantan akan menjadi satu perlawanan yang menarik.



"Kami benar-benar mahu mengadakan latihan dengan bakat muda Malaysia. Saya akan meluangkan lebih banyak masa dengan pengerusi kelab Tan Sri Tony Fernandes untuk mencari bakat muda," katanya.  



Sementara itu, Annuar berkata perlawanan bersama QPR adalah persediaan pemanas badan untuk barisan utama Kelantan bagi menghadapi perlawanan Piala AFC menentang kelab dari Iraq, Arbil FC pada 18 Sept di negara itu dan 25 September di Kelantan.



"Satu penghormatan buat Kelantan apabila berpeluang bermain dengan pemain peringkat tinggi. Ini adalah persiapan untuk mereka (pemain).  Mungkin membantu mereka supaya tidak berasa rendah diri ketika di padang," katanya.



Baru-baru ini dua kelab EPL - Arsenal dan Manchester City - memasukkan Malaysia dalam Asia Tour mereka. Arsenal dan juara EPL Manchester City akan mengadakan perlawanan
persahabatan dengan skuad senior Malaysia yang dilatih Datuk K.Rajagobal.



Arsenal akan bermain pada 24 Julai manakala Manchester City pada 30 Julai dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di stadium Shah Alam. - Bernama


Sumber : Sinar Harian