Nuffnang Ads

Thursday, January 31, 2013

‘Pelik, Kenapa Rajagobal tak senarai Piya?’ : Dali Omar

Bekas pemain kebangsaan dan Kelantan, Dali Omar menganggap tindakan Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional. 

Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan. 
“Seharusnya beliau sendiri mengkaji kebolehan Piya dan perlu menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan. 
“Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya dan negara jua,” katanya. 
 
 
 Media semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan jurulatih,K.Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya ke dalam skuad kebangsaan. 

Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal lagi dan sudah terbukti bahawa beliau memang sewajarnya diberi peluang menyarung jersi kebangsaan.
 

17 Gambar Aneh Apabila Haiwan Ganas Di Jadikan Binatang Peliharaan

Selamat melihat gambar-gambar yang menarik ini!





















Wednesday, January 30, 2013

'Apa salah saya' : Piya

 
Kota Bharu: “Apa salah saya sehingga dia tak mahu panggil saya menyertai skuad kebangsaan,” kata kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi sebagai reaksi balas kenyataan Datuk K Rajagobal yang masih enggan menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya bagi persiapan pusingan Kelayakan Piala Asia 2015. 

Pemain tengah yang dianggap antara terbaik di Liga Malaysia (Liga-M) itu berkata, adakah corak permainannya tidak menepati cita rasa pengendali berusia 57 tahun itu menyebabkan dia tidak mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya. 
“Saya tak kisah pada bila-bila masa pun saya sedia dipanggil untuk beraksi dalam skuad kebangsaan. 

“Tapi saya nak tanya dia (Rajagobal) apa masalah dia dengan saya,” katanya semalam. 
 


Akhbar semalam melaporkan, nama Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain kelmarin, walau pun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan. 

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Dubai, UAE, pagi semalam untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari ini. 

Walaupun tidak dapat membawa 11 pemain utama yang mengalami kecederaan, ia masih belum membuka hati Rajagobal untuk sekurang-kurangnya memanggil Piya untuk kem latihan skuad kebangsaan.
 

Rajagobal perlekeh Badri a.k.a Piya

"Kenapa tanya saya, beliau jurulatih, seharusnya beliau tahu pemain macam mana yang beliau mahu. Saya tak faham kenapa dia suruh tanya saya. Jawapan macam mana yang anda jangka boleh saya berikan?"
Itu komen ketua pasukan Kelantan, yang berjaya menjulang tiga piala musim lalu, Badri Radzi selepas namanya terus tersisih daripada kem skuad kebangsaan biarpun ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kini dalam situasi terdesak selepas kehilangan 11 pemain akibat kecederaan.
Menurutnya, selepas berjaya membawa Kelantan ke tahap yang begitu tinggi termasuk memenangi tiga kejuaraan musim lalu, kelibatnya di padang masih tetap gagal memikat hati Rajagobal yang terus meragui keupayaannya.
“Saya tidak tahu apa masalahnya, komen beliau (Rajagobal) dalam akhbar hari ini (semalam) seolah-olah memberi gambaran bahawa corak permainan saya tidak sesuai dengan corak latihan beliau.
“Beliau tidak perlu mengajukan soalan berkenaan kepada saya atau bekas jurulatih saya, Datuk M. Karathu atau B. Sathianathan. Kami semua tidak ada jawapan kerana jawapan itu ada pada beliau sendiri,” kata Badri ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, jika Rajagobal menganggap dia bukan seorang pemain yang bagus dan tidak menepati kriteria yang diperlukan, dia sedia menerima kritikan berkenaan kerana jurulatih skuad kebangsaan itu lebih berpengalaman.
Katanya, impiannya untuk bermain dan menabur bakti dalam skuad kebangsaan tidak pernah padam dan akan berusaha untuk terus memikat hati pengendali skuad kebangsaan itu.
“Sebagai pemain bola sepak, sudah tentu beraksi dengan pasukan kebangsaan adalah kemuncak dalam karier anda. Semua pemain mengidamkan untuk menyarung jersi kebangsaan, begitu juga saya. Kalau tidak baik tak payah main bola.
“Kali terakhir saya dipanggil pada tahun 2010, ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia. Pembantunya (Tan Cheng Hoe) telefon saya minta nombor pasport.
“Dia beri tempoh dua jam untuk saya dapatkan nombor pasport, saya beritahu pasport ada di rumah, macam mana saya hendak beri. Sukar untuk saya dapatkan nombor pasport ketika itu kerana kami terpaksa singgah di Gua Musang dulu untuk menemui peminat. Selepas itu senyap begitu saja,” ujarnya.
Jelas Badri, sebelum ini ada yang berpendapat pemain sepertinya, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin hanya mampu bermain dalam tempoh 30 minit sahaja ekoran faktor usia, dan keputusan Rajagobal memilih pemain muda mungkin satu pilihan yang tepat.
Kali pertama dan terakhir ‘jeneral padang’ berusia 30 tahun itu menyarung jersi skuad kebangsaan adalah ketika membantu skuad Pilihan Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee berdepan Chelsea dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Tuesday, January 29, 2013

Inilah Dia Cerut Yang Terpanjang Di Dunia


Inilah cerut yang terpanjang didunia yang menjangkau 81.80 meter atau bersamaan pajang padang bola sepak. Cerut ini dihasilkan oleh Jose Cueto Castelar yang berusia 67 tahun.

Cuba adalah negara di mana tembakau terbaik ditanam dan Cueto berkata bahawa selagi dia hidup, rekod Guinness mesti berada di Cuba. Encik Cueto mula-mula belajar untuk membuat cerut apabila beliau berusia 14 tahun. Matlamat seterusnya adalah untuk meleburkan rekod ini dengan usaha untuk menghasilkan cerut sepanjang 100 meter.




Pengumuman Pembubaran Parlimen 2013

Timbul spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk pembubaran itu pada bila-bila masa antara 20 Februari hingga 20 Mac.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013

Pihak dalaman mengambil perhatian bahawa 21 Mac adalah
merupakan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tamat selepas penggal lima tahun. "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor mengangkat sumpah pada 21 Mac.

Oleh itu, penggal itu tamat pada tarikh yang sama tahun ini."Kami menjangkakan Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan meminta Parlimen untuk dibubarkan mungkin sebelum tarikh 21 Mac ini," kata sumber berkenaan.
 Sumber itu mengatakan bahawa Najib tidak mahu membenarkan DUN Johor tamat kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan boleh melibatkan banyak implikasi undang-undang dan beberapa isu lain.
 Seorang pegawai Barisan Nasional (BN) berkata, membenarkan penggal DUN Johor tamat akan menghantar mesej yang salah bahawa parti pemerintah tidak bersedia untuk berhadapan dengan pengundi. Pegawai itu bagaimanapun menunjukkan bahawa ini tidak bermakna pilihan raya umum akan diadakan pada 21 Mac atau sebelum itu.
  "Perdana Menteri dijangka membuat beberapa lawatan luar negara yang penting dalam bulan Februari ke tempat-tempat strategik yang penting kepada Malaysia serta menghadiri persidangan serantau dan pelbagai hala di mana negara kita adalah pesertanya," kata beliau.

Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Negara-Negara Islam dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 Februari dan pemimpin Malaysia jarang terlepas mesyuarat ini.

Difahamkan bahawa Najib dijadualkan untuk ke satu lagi lawatan luar negara tidak lama selepas Tahun Baru Cina.Ini bermakna Najib hanya mempunyai tempoh 30 hari untuk pilihan raya kerana beliau tidak mungkin akan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat selepas Tahun Baru Cina yang jatuh pada 10 Februari. 


Difahamkan bahawa penasihat beliau telah memberitahunya untuk mengelakkan menyingkatkan sambutan perayaan, dengan Tahun Baru Lunar yang tradisinya disambut selama 15 hari.Di atas semua faktor ini, menurut sumber dalaman, Najib mungkin akan mengumumkan pembubaran parlimen antara 20 Februari dan 20 Mac - sekali gus tiada lagi keistimewaan dengan elemen kejutan.