Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata rundingan awal boleh dilakukan dengan Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim.
“Hanya dengan cara berkenaan boleh menyelesaikan pergeseran ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Komando demi keselamatan?
Pergeseran antara KAFA dan PBNJ berlaku selepas KAFA tidak berpuas hati dengan kehadiran beberapa komando bersenjata di Stadium Sultan Muhammad IV, untuk mengawal pemain Johor Darul Takzim (DT), pada 15 Januari lalu.
Kenyataan daripada KAFA itu kemudian dibalas PBNJ yang mendakwa tindakan mereka membawa komando itu kerana KAFA gagal menyediakan kawalan keselamatan dengan baik kepada penyokong mereka ketika perlawanan antara Kelantan dengan Johor DT di stadium berkenaan.

Sebelum ini, Annuar menyatakan pergeseran yang berlaku antara KAFA dengan PBNJ boleh diselesaikan dengan kedua-dua pihak bersemuka bagi membincangkan isu itu.
No comments:
Post a Comment