Nuffnang Ads

Tuesday, January 22, 2013

Kelantan perlu bangkit : Zairul Fitree



Selepas gagal mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini, skuad Kelantan tekad memburu tiga mata dalam pertembungan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. 

Pemain pertahanan, Zairul Fitree Ishak menegaskan skuad The Red Warriors sangat dahagakan kemenangan selepas tidak mampu mengutip tiga mata penuh daripada tiga perlawanan terakhir dalam saingan liga. 

 
Kami tercicir tujuh mata daripada tiga perlawanan itu dan ini sangat merugikan pasukan. Kami sudah ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga Pahang dan menduduki tangga kelapan liga, kami perlu bangkit selaku juara bertahan dan juara tiga piala musim lalu. Kami perlu bangkit demi memulihkan keyakinan para penyokong terhadap kami.

No comments:

Post a Comment