Nuffnang Ads

Friday, March 30, 2012

YB Cekgu Rahim,Ahli Parlimen Kota Bharu sokong Tan Sri Annuar Musa

-TOK KIRO KITO FAHAMAN PARTI GAPO,WAK PENTING KITO SEMO PAKAK SOKONG RAKYAT NEGERI KELANTAN WAT KENO ANAIYA-







SUMBER : RAF HAMID

Perhimpunan Merah 4'4 pada 4/4/2012 di Wisma FAM


Rabu 4/4/2012 Pukul 1.15 petang di Wisma FAM Kelana Jaya. Perbicaraan akan bermula jam 2pm. Pakaian baju merah, tapi tak kisah nak pakai baju kerja. HIIMPUNAN MERAH!! Sila share & ajak semua yg berminat..TIDAK SEMESTI KELANTANESE.. Semua peminat dan pemerhati bolasepak negara dijemput hadir. Bersatu hati demi bolasepak Kelantan & Malaysia. Jika dulu arwah Dato Ahmad Basri Akil Kedah pencetus kejayaan bolasepak Kedah pernah dikenakan tindakan. Tidak mustahil TSAM pun akan menerima nasib yg sama. HIDUP BOLASEPAK MALAYSIA.. Ketepikan keangkuhan FAM!


BUAT PENYOKONG TEGAR BOLASEPAK KELANTAN & MALAYSIA sila share...!!
TOGETHER WE GO MORE,BERSAMA KITA MENYOKONG PENUH Tan Sri Annuar Musa

-Perhimpunan Merah 4/4-
-Kuje-




-staro mano pendapat sapo2 mengenai nuar muso, ado ore suko ado ore tok suko..tapi dale sejaroh bola sepak kito takdok lg ore blh buat supo nuar muso..sapa semua rakyat klate dapat banggo bilo bola kito naik sjk klate muncul gergasi bola sepak malaysia..kalu dulu gak bola sepak klate ni hanyo sohor dale gocoh sajo..ter ore tu, ter ore ni..sepak ore tu sepak ore ni..nuar muso berjaya angkat bola kito dgn pengaruh politik dio..tamboh dgn pengalaman, strategi dan cable dan pengaruh dio dio berjaya bawa namo2 besar ke klate, indra, matyo,dll..kawe buke ore umno, kawe tok sokom pon nuar muso dale politik..


tapi kawe sokom dio dale bola sepak..zame nuar muso la ore2 luar mulo respek bola klate..zame nuar muso la kito mene pialo malaysia..zame dio jugok la kito banggo dan buleh lihat hampir semua ore klate ado jersi kalte dan banggo paka jersu klate walaupon di luar negeri klate..kawe hok bermastautin di selangotr ni pon banggo tgk anak2 kelantan peranakan selangor/KL yg tok reti kecek kalte jadi banggo dio berasal dari klate..kalu gi skoloh d selangor/kl ni pon ram,a budok2 homk mok ayoh klate banggo paka jersi klate g skoloh, g sogo, g shopping mall..

MEREKA SEMUA BANGGO PAKAI JERSY THE RED WARRIOR..demo nok sokom tok sey sokom nuar muso ikot demo lah..pendapat masing2..tapi semua hok kawe oyak sini semua betol..bagi kawe la..sejak nuar masok dlm FAM thn 2010 nuar napok gapo hok tok keno dgn bola sepak malaysia..gapo hok tok keno dgn liga kito..dio g england, jepon nak blaja dgn ore luar caro nok akat LIGA malaysia..dio try uboh bola kito dari dale FAM>.

sbb tu dio tanding jawate Timbalan Presiden dan menang dale undian..buke dilantik mace datok azudin tu..tp meme diakui, transformasi yg cuba di buat oleh nuar muso tidak dapat diterima oleh ore2 yg BERKEPENTINGAN DALE FAM..hok napok nuar ni boleh cabar kedudukan demo tu dale fam..

NUAR disekat sejak mulo2 masok dale FAM ni lagi..ore2 gilo kuaso dale FAM ni letok nuar jadi ketua bahagian bola sepak wanita jah, tapi bilo nuar buat pembangune bola wanita sep2 dio tok sokom..bilo nuar cadang mengasingkan LIGA MALAYSIA sebagi badan berasingan luar dari FAM untuk bergerak bebas FAM tok stuju..tkt ile pengaruh blako..nuar blaja semuo tu dr luar negaro..ketua MSL inc,stuart ramalinggam letok jawate pon sbb ni jgk.. -

-mugo nopak's-

‘Annuar kena sedia hadapi akibat’ : Presiden FAM


ULAS...Sultan Ahmad Shah (kiri)  mengulas tindakan Annuar selepas merasmikan Pejabat Baru JPJ, di Kuantan, semalam.
ULAS...Sultan Ahmad Shah (kiri) mengulas tindakan Annuar selepas merasmikan Pejabat Baru JPJ, di Kuantan, semalam.
“DIA (Tan Sri Annuar Musa) sudah diingatkan supaya tidak terlalu lantang bercakap kepada media dan menggunakan saluran yang betul jika mahu membuat kenyataan tapi dia gagal mematuhinya dan perlu menanggung akibat perbuatannya itu,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, semalam.
Baginda bertitah, Annuar sepatutnya tahu mengenai peraturan itu kerana sudah dimaklumkan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya tidak terlalu banyak bercakap kepada media dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif, baru-baru ini.


Titahnya, tindakan timbalannya itu yang mengkritik prestasi pasukan kebangsaan sebagai satu kesilapan besar dan perlu dikenakan tindakan.

“Apabila kita menyalahi undang-undang atau peraturan, kita mesti sedia menghadapi akibat daripada perbuatan itu. Annuar kini perlu merayu sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAM mengambil sebarang tindakan.


“Jawatankuasa Tatatertib (FAM) akan mendengar kes itu pada 4 April ini dan saya sama sekali tidak campur tangan atau mempunyai pengaruh ke atas perkara itu,” katanya kepada media selepas merasmikan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru di Kuantan, semalam.



Pada 13 Mac lalu, Annuar mengeluarkan kenyataan mengkritik prestasi semasa skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal ketika ditanya pemberita selepas Bengkel Pemasaran dan Pembangunan Penyokong Kelab anjuran Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) di Shah Alam.


Baginda bertitah, walaupun Malaysia negara bebas untuk mengeluarkan pendapat, persatuan itu masih terikat dengan undang-undang dan ada peraturan tertentu yang perlu diikuti. Mengikut peraturan ditetapkan FAM, hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.


Lembaga disiplin FAM dipengerusi Datuk Taufek Abdul Razak sepatutnya membincangkan mengenai tindakan terhadap Annuar, semalam tapi memutuskan untuk menangguhkannya kepada 4 April ini.


Sumber : Harian Metro

‘Saya akan terima jika di hukum’ : Tan Sri Annuar Musa





“APA sahaja hukuman yang bakal saya hadapi saya akan terima tetapi jangan tidak berlaku adil kerana saya Timbalan Presiden kelas kedua.”
Demikian reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib persatuan itu selepas pendengaran kes 4 April ini.
Bagaimanapun, menurutnya, keputusan yang bakal dibuat itu tidak boleh terhenti begitu sahaja kerana ia melibatkan kesamaran undang-undang yang memerlukan keputusan kongres bersama-sama dengan ahli gabungan untuk memperjelaskannya.
Katanya, beliau akan menghadiri pendengaran kes tersebut bersama-sama dengan orang yang arif dengan peraturan persatuan tersebut untuk membantunya mempertahankan diri.
“Saya akan menghadiri pendengaran tersebut dengan bantuan orang yang lebih arif dalam persatuan sebab saya hanya orang biasa, saya memerlukan bantuan orang yang lebih tahu tentang selok belok persatuan.
“Isu ini bukan saja melibatkan bentuk hukuman. Saya ialah ahli jawatankuasa pentadbir, bila timbul tafsiran berbeza antara Jawatankuasa Tatatertib dengan pembuat dasar ia tidak boleh berhenti begitu sahaja, kita perlu betulkan dalam kongres,” katanya ketika ditemui semalam.
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah sebelum ini dilaporkan bertitah, Annuar akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal dalam media.
Baginda bertitah, Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.
Sementara itu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut menyifatkan keputusan yang mengheretnya ke Jawatankuasa Tatatertib agak meragukan kerana ia dibuat tanpa memberi surat tunjuk sebab terlebih dahulu dan dibincangkan di peringkat Exco.
Katanya, ada ‘orang tertentu’ yang membuat keputusan untuk mengheretnya ke jawatankuasa tersebut tanpa dibincangkan terlebih di peringkat eksekutif.
“Saya tidak kisah kalau orang yang hendak 'menyaman' saya itu (kedudukan) lebih rendah kerana dalam persatuan akan timbul perkara seperti ini dan keputusan (membawanya ke jawatankuasa tatatertib) itu dibuat ketika Presiden dan saya sebagai Timbalan Presiden berada di luar negara.
“Saya ada sikit perbezaan pendapat (dalam isu tersebut), sepatutnya saya diberi surat tunjuk sebab dahulu dan Exco memutuskan dahulu sebelum dibawa kepada lembaga disiplin. Sejak kongres FAM terakhir hanya ada empat mesyuarat Exco dan saya sekarang sedang menulis surat dan berharap lebih banyak mesyuarat diadakan kerana saya ada banyak perkara yang ingin disampaikan,” jelasnya.

Sumber : Kosmo

Thursday, March 29, 2012

Jadual Perlawanan The Red Warrior's Sepanjang Bulan Mac & April 2012

Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA 2012




‘Di mana salah saya...’ : Tan Sri Annuar Musa


PASRAH...Annuar (kanan) tidak kisah untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin FAM.
PASRAH...Annuar (kanan) tidak kisah untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin FAM.
“SAYA akan pergi bukan sebagai tertuduh, tapi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden FAM,” jelas Tan Sri Annuar Musa mengulas kesediaannya untuk menghadiri perbicaraan kesnya Rabu ini.
Katanya, beliau sedia untuk menghadap Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas permohonan menangguhkan perbicaraan dua pertuduhan ke atasnya kerana mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan diterima jawatankuasa itu kelmarin.


“Saya sudah dimaklumkan penangguhan itu, InsyaAllah saya akan hadir. Saya akan memberi kerja sama sepenuhnya. Saya juga sedia memberi penjelasan dan ingin tahu di mana salah saya. “Tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden untuk mengetahui jika ada sebarang percanggahan mengenai tafsiran ini supaya boleh dibawa ke Kongres FAM untuk dibetulkan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Kenyataan yang dikeluarkan Annuar mengenai prestasi semasa skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal ketika ditanya pemberita selepas Bengkel Pemasaran dan Pembangunan Penyokong Kelab anjuran Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) di Shah Alam 13 Mac lalu mengundang padah apabila Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak mengemukakan dua pertuduhan ke atasnya.


Bagaimanapun jawatankuasa itu kelmarin bersetuju menangguhkan perbicaraan selepas menerima permohonan Annuar yang terikat dengan majlis bersama Kada (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu) hari ini.



Pada mesyuarat jawatankuasa itu, Taufek turut mengumumkan tidak ada sebarang dakwaan dikenakan ke atas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dilapor turut membuat kenyataan terhadap kegagalan skuad Olimpik negara pada aksi kelayakan Olimpik pada 16 Mac lalu.

Untuk rekod, terdapat dua kes sebelum ini membabitkan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang digantung tiga tahun pada 1991 manakala Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil pula digantung dua kali pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM.


Sementara itu, Annuar yang juga pengerusi MSL turut ditanya mengenai peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif jabatan itu, Stuart Ramalingam hujung bulan lalu yang dikatakan berpunca daripada keretakan hubungan antara mereka.


“Saya sudah dimaklumkan, saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan lanjut buat masa ini tetapi apa yang boleh saya nyatakan peletakan jawatan Stuart tidak ada kena mengena dengan saya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Wednesday, March 28, 2012

Azzuddin lepas, Annuar Musa sangkut


SERIUS...Taufek mempengerusikan mesyuarat semalam.
SERIUS...Taufek mempengerusikan mesyuarat semalam.
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad terselamat daripada sebarang dakwaan apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau berhak membuat kenyataan berpandukan kepada peruntukan yang termaktub dalam peraturan badan induk bola sepak tanah air itu.
Namun nasib berbeza buat Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa apabila dua pertuduhan ke atasnya kerana kesalahan mengeluarkan kritikan secara terbuka akan dibicarakan pada 4 April ini selepas jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak menerima permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.


“Merujuk kepada Artikel 88 bagi peraturan 2010-2014 FAM yang hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung boleh membuat kenyataan, kita tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadap Datuk Azzuddin.

“Kami sudah berbincang dan meneliti kenyataan yang dibuat Datuk Azzuddin dan ternyata kenyataannya tidak melanggar kod Tatatertib 4.5.8 FAM.


“Kenyataan beliau tidak menjurus kepada unsur-unsur menghina atau menjejaskan imej Persatuan Bola Sepak Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.



Sebelum ini jawatankuasa itu didesak supaya berlaku adil dengan mengkaji untuk membuka kertas siasatan ke atas Azzuddin yang mengkritik kegagalan skuad Olimpik negara pada 16 Mac lalu selepas Annuar disabitkan dengan dua pertuduhan kerana mengkritik kemerosotan prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.


Bagaimanapun kes Annuar tetap dibicarakan dengan pihak Jawatankuasa Tatatertib sedia menangguhkan hari perbicaraan yang sepatutnya diadakan esok bagi memberi ruang kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu membuat pembelaan.


“Tan Sri Annuar sudah menghantar surat meminta menangguhkan perbicaraan itu kerana tidak dapat hadir atas sebab perlu menghadiri satu majlis bersama Kada (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu) jadi kami setuju menunda kepada 4 April.

“Sebenarnya kami boleh meneruskan perbicaraan itu tanpa memanggilnya kerana beliau sudah menjawab surat pembelaan namun kami masih bertimbang rasa dan tetap memberi peluang kepadanya untuk hadir pada hari perbicaraan,” kata Taufek.



Namun ketika ditanya, adakah kehadiran Annuar diperlukan kerana hujah pembelaannya dalam surat yang dihantar sebelum ini tidak boleh diguna pakai, Taufek menjawab: “Saya tidak boleh komen perkara itu, tunggu 4 April, jawatankuasa akan menilainya.”



Taufek kemudian turut ditanya adakah Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin akan dibicarakan kerana secara lantang bersuara supaya FAM bersikap lebih terbuka tapi beliau menjelaskan kenyataan Zainol itu sekadar pandangan peribadi serta tidak perlu dikenakan tindakan.



Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib semalam turut membicarakan kes salah laku pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM3,000 atas kesalahan menarik telinga penjaga gol Felda United, Mohd Hamsani Ahmad dan menolak pipi S Sivanesan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Super pada 21 Januari lalu.


Sumber : Harian Metro

Kelantan tepati ramalan layak separuh akhir


FINALIS tahun lalu, Kelantan berjaya menepati ramalan melangkah ke separuh akhir apabila mudah mengetepikan cabaran pasukan kelab dari Liga FAM, SPA FC dengan kemenangan 2-0 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. 

Selepas mengatasi lawan 3-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kejayaan anak buah Bojan Hodak itu menyaksikan mereka melangkah ke separuh akhir dengan agregat, 5-0.
Walaupun memiliki bekalan selesa namun The Red Warriors masih bernafsu untuk terus mencari gol dan pada minit ke-9 mereka hampir menjaringkan gol pertama tapi gagal disudahkan dengan baik Norfarhan Mohamad.



Selepas 16 minit aksi separuh masa pertama, tuan rumah berjaya mengukuhkan apabila bola muntah Nwoha yang terkena tiang sebelah kanan gawang SPA FC berjaya disempurnakan dengan baik Norfarhan untuk menewaskan M Nuraizat Abdul Aziz. 

Selepas rehat, Nwoha berpeluang mencatat namanya sebagai penjaring namun sepakan penalti ke sebelah kiri sekali lagi singgah di tiang gol. 

Bagaimana pun, pada minit ke-71 penyerang kontroversi Kelantan itu cepat menutup kegagalannya apabila berjaya menjaringkan gol kedua tuan rumah sekali gus mengukuhkan kedudukan agregat 5-0. 


Sumber : Berita Harian

The Red Warrior's ke separuh akhir


Onyekachi Nwoha
KOTA BHARU – Naib juara Piala FA musim lalu, Kelantan mara ke peringkat separuh akhir meski pun hanya mampu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas KL SPA FC dalam aksi perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.


Kemenangan malam tadi menyaksikan The Red Warriors layak menerusi agregat 5-0 dan akan bertemu Kedah yang turut mara setelah menewaskan T-Team 2-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir yang dilangsungkan serentak malam tadi.



Keghairahan Kelantan untuk memburu gol hadir seawal minit pertama perlawanan menerusi rembatan kaki kiri Mohd Nurul Azwan Roya namun diselamatkan penjaga gol KL SPA FC, Mohd Nuraizat Abdul Aziz.



Lapan minit berselang, Mohd Norfarhan Muhammad mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan Kelantan di depan namun gagal apabila tampanannya berpunca hantaran lintang Onyekachi Nwoha tinggi meski pun pintu gol sudah pun ternganga.



Penjaga gawang KL SPA FC, Mohd Nuraizat sekali lagi dipaksa bekerja keras di pintu golnya apabila menyelamatkan rembatan deras Zairul Fitree Ishak hasil sepakan percuma pendek yang dilakukan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-14 perlawanan.



Begitu pun, KL SPA FC hampir mengejutkan tuan rumah dua minit kemudian apabila pemain sayapnya, Mohd Syafiq Azwad Zulkiflie bijak memperdayakan pemain pertahanan, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim namun rembatannya sempat ditepis keluar Mohd Shahrizan Ismail.



Seminit kemudian, sorakan hampir 15,000 penyokong setia The Red Warriors bergema apabila Mohd Norfarhan menjaringkan gol pertama untuk Kelantan dalam perlawanan malam tadi.



Segalanya berpunca apabila rembatan kencang Nwoha dari penjuru sebelah kanan padang terkena tiang gol KL SPA FC sebelum Mohd Norfarhan yang tidak dikawal mudah menolak masuk untuk menewaskan Mohd Nuraizat.



Ternyata gol tersebut kembali menyemarakkan semangat anak buah Bojan Hodak untuk terus menambah jaringan memaksa barisan pertahanan pasukan pelawat yang diketuai Ketua Pasukannya, Sazali Suwandi bekerja lebih keras sepanjang babak pertama perlawanan malam tadi.



Usaha berterusan Kelantan untuk menambah jaringan terhasil pada minit ke-23 perlawanan namun rembatan leret Mohd Nurul Azwan Roya terlalu lemah sementara percubaan S Chanturu seminit kemudian setelah memperdayakan dua pemain pertahanan KL SPA FC terus ke dakapan Mohd Nuraizat.



Pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Kelantan Ekspres’, Chanturu gagal menterjemahkan percubaannya dalam bentuk jaringan apabila rembatannya hasil situasi kelam-kabut di depan pintu pasukan pelawat tersasar pada minit ke-40 perlawanan. Dua minit sebelum babak pertama berakhir, pasukan KL SPA FC kembali menghidupkan cabaran kepada Kelantan menerusi percubaan Mohd Syafiq Azwad di dalam kotak penalti memaksa Mohd Shahrizan menepis keluar bagi menyelamatkan pintu golnya.



Permulaan babak kedua menyaksikan pengendali KL SPA FC, Nidzam Jamil masih lagi terus memberikan kepercayaan kepada kesebelasan pemain yang sama bagi memberi saingan kepada Kelantan.



Tidak banyak gerakan menarik dicetuskan oleh barisan penyerang pasukan lawan sebaliknya The Red Warriors tampil lebih bersemangat menerusi rembatan Nik Mohd Shahrul Azim pada minit ke-61 sementara gerakan solo Mohd Nurul Azwan lima minit kemudian mudah dipatahkan oleh Mohd Nuraizat.



Tindakan Ketua Pasukannya, Sazali mengasari Nwoha di dalam kotak penalti mengundang padah apabila pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan pada minit ke-67 perlawanan.



Namun Nwoha yang diberi tugas menyempurnakan sepakan tersebut gagal menghadiahkan gol kedua untuk Kelantan apabila rembatannya terkena tiang gol kiri psaukan KL SPA FC.



Empat minit kemudian, Nwoha yang kemarau jaringan sejak lima perlawanan lalu menebuskan kekecewaannya apabila meledakkan gol kedua untuk Kelantan. Berpunca hantaran pendek Mohd Norfarhan di dalam kotak penalti, pemain import kelahiran Nigeria itu merembat kencang ke penjuru sebelah kanan pintu gol KL SPA FC untuk gol kedua Kelantan.



Ketinggalan dua gol tidak mematahkan semangat pemain KL SPA FC apabila turut mempunyai peluang pada minit ke-84 perlawanan untuk merapatkan jurang menerusi percubaan pemain gantian, Khairol Azry Abdul Rahman namun ditepis Mohd Shahrizan manakala rembatan susulan Mohd Faizul Abdullah yang tinggi melewati pintu gol Kelantan mengakhiri perjuangan pasukan tersebut dalam kempen Piala FA musim ini.


Sumber : Sinar Harian

Tuesday, March 27, 2012

Hati-hati dengan Sejadah Bercorak Babi


SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.
“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya yang dipetik dari Harian Metro
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.
“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Berbaris Panjang Untuk Lihat Janggut Nabi Muhammad SAW




DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.
Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.
Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi

Kelantan tetap beri tentangan : Bojan








KOTA BHARU - Selepas mencatat kemenangan 3-0, Kelantan tetap tidak akan memberi laluan mudah kepada KL SPA pada pertemuan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, malam ini.

Kemenangan tersebut telah meletakkan The Red Warriors di landasan terbaik untuk mara ke pusingan separuh akhir, seterusnya memburu kejuaraan Piala FA 2012 selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini.

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, peluang beraksi di gelanggang sendiri mahu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendapatkan jaringan awal bagi menjarakkan kedudukan.

"Kita tidak boleh mengambil mudah perlawanan ini. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku walaupun ketinggalan tidak mustahil mereka mampu bangkit untuk melakar kejutan dalam perlawanan ini.


Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, March 25, 2012

The Red Warrior's kenduri a.k.a bekwoh di SNBJ




NAIB juara Piala FA, Kelantan terus mengorak langkah kanan untuk menebus kekecewaan final tahun lalu dengan mengutip bekal selesa di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas menewaskan pasukan Liga FAM, SPA FC 3-0 malam tadi. 


Kelantan berada di kelasnya tersendiri pada aksi pertama saingan suku akhir Piala FA dan mendominasi permainan sebaik wisel permulaan ditiup, namun gagal membolosi gawang tuan rumah. Sebaliknya SPA FC hampir mengejutkan Kelantan apabila percubaan penyerangnya, Khairol Azry sekadar terkena tiang.
Anak buah Bojan Hojak yang tersentak dengan percubaan SPA FC terus menggandakan usaha dan pada masa kecederaan babak pertama, kapten Mohd Badhri Radzi berjaya meletakkan pelawat di depan hasil sepakan kencang dari luar kotak penalti.
Bersambung babak kedua, SPA FC terus diasak oleh jentera serangan Kelantan sehingga terpaksa merelakan gawang mereka dua kali dibolosi oleh Norfarhan Mohamad pada minit ke-47 dan 77 untuk memberi bekalan selesa kepada pelawat menjelang perlawanan timbal balik Selasa ini. 

l Di Stadium Darulaman, saingan antara Kedah dan T-Team masih terbuka apabila kedua-dua pasukan Liga Super itu sekadar seri tanpa jaringan malam tadi. 


Pada babak pertama, Kedah melancarkan beberapa serangan berbisa menerusi tonggak tengah, Abdelfatah Safi tetapi ketumpulan barisan serangan yang diterajui Khyril Muhymeen Zambri gagal manfaatkan peluang tuan rumah untuk memburu bekal sebelum berkunjung ke Kuala Terengganu. 

Pada babak kedua, Kedah mempunyai peluang keemasan untuk memecah kebuntuan, tetapi percubaan Abdelfatah dari luar kotak penalti sekadar terkena tiang walaupun penjaga gol gantian T-Team, Zairee Hafizie Idris sudah tertewas.

Sumber : Utusan Malaysia

Budak patah tangan terkena bola rembatan Rooney




LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak, Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.


 

Thomas, yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama.
Malangnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.
"Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya," tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin.
Bapa kanak-kanak tersebut, 
Andy berkata insiden yang menimpa anaknya berlaku ketika pemain United sedang memanaskan padang.
"Ketika itu Rooney dan (Javier) Hernandez melakukan beberapa sepakan.
"Tanpa diduga sepakan Rooney tersasar dan bola tepat menghala ke arah Jamie. Dia bertindak balas dengan mengangkat tangan untuk menepis bola daripada mengenainya dan akibatnya, pergelangan tangannya patah."
Thomas menerima rawatan daripada pasukan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.
Rooney berkata, dia tidak tahu insiden terbabit ketika itu. - REUTERS

Sumber : Berita Harian

Saturday, March 24, 2012

Tan Sri Annuar jawab tuduhan


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa sudah menjawab surat pertuduhan semalam dengan memberikan hujah berhubung kenyataannya mengenai skuad negara, minggu lalu.
Katanya, hanya dua tuduhan yang dikenakan terhadapnya iaitu membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran dan melanggar titah seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bukannya tiga seperti dilapor media sebelum ini.



Untuk tuduhan membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran, Anuar berkata: “Saya melakukannya dalam majlis rasmi FAM di mana saya dijemput ke sana atas tugas saya selain sidang media yang dipanggil FAM, tidak timbul saya membuatnya tanpa kebenaran.
“Bagi titah Tengku Abdullah pula, beliau berkata ia bukan keputusan mesyuarat, ia cuma ucapan alu-aluan. Kandungan titah ucapan dengan kenyataan saya tidak bercanggah. Saya tidak mempertikai dasar atau keputusan FAM manakala pandangan saya adalah mengenai skuad negara,” katanya.


Annuar sebelum ini dikenakan pertuduhan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak negara selepas membuat kenyataan mengenai prestasi skuad negara selepas majlis penutupan Bengkel Pemasaran & Pembangunan Penyokong Kelab, Selasa lalu.



“Saya percaya dengan kewibawaan Jawatankuasa Disiplin dan sudah menunaikan peraturan untuk memberikan jawapan pada masa yang ditetapkan,” katanya.

Mengenai pertimbangannya untuk mengupah peguam, Annuar berkata: “Terpulang kepada keadaan, pagi tadi (semalam) pun saya ada berbincang dengan peguam yang mempunyai pengalaman luas dalam AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang banyak memberikan nasihat dan pandangan.


“Kita tengok dulu perkembangannya, namun buat masa ini kita pergi selangkah demi selangkah. Untuk tahap ini saya hanya perlu jawab mengikut masa ditetapkan”.

Menurutnya lagi, keutamaan baginya adalah menjalankan tugas dengan cara terbaik untuk bola sepak yang difikirkan betul mengikut peraturan sedia ada.


“Tugas saya sebagai orang nombor dua adalah mempertahankan dasar FAM dan memastikan kebajikan dijaga,” katanya.


Sumber : Metro

Friday, March 23, 2012

Tan Sri Annuar Musa Angkuh?



Dalam FAM, banyak keganjilan berlaku. Jawatankuasa Rayuan yang sepatutnya mendengar, mengekalkan atau menambah hukuman dalam kes Sathia sebelum ini, bertindak menjatuhkan hukuman gantung kepada Sathia dalam sesi penggulungan. 
DALAM kemaskini laman FB peribadi beliau sebentar tadi, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan telah menerima Surat Pertuduhan, seperti yang sebut oleh Datuk Azzudin, Setiausaha Agong FAM.

Menurut Tan Sri Annuar, surat yang dialamatkan ke kediaman beliau tersebut diterima sejurus sampai dari Myanmar, setelah bersama-sama pasukan Kelantan dalam saingan AFC menentang Ayeyawady United FC pada 21 Mac lalu.

Kandungan surat yang bertanda DENGAN TANGAN (By Hand) di antaranya mengarahkan Tan Sri menjawab pertuduhan yang disebut di dalamnya sebelum jam 12 tengah hari, 23 Mac 2012.

Saya percaya, dengan pengalaman yang Tan Sri miliki, beliau akan dapat menurut syarat berkenaan, dan wajar menjawab, "mengaku tidak bersalah" untuk semua pertuduhan yang dinyatakan.

Langkah seterusnya, adalah untuk mendapatkan khidmat peguam untuk meneliti kandungan surat pertuduhan tersebut dan juga Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia, untuk menyediakan pembelaan bertulis dan lisan bagi perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang katanya akan berlangsung pada 29 Mac 2012.

Dalam lapuran akhbar yang diterbitkan hari ini, Tan Sri dilabelkan sebagai "bersingkap angkuh" kerana tidak menjawab pertuduhan berkenaan dengan kadar segera.


Saya hairan dengan akhbar berkenaan yang secara terbuka menghina Timbalan Presiden FAM dengan ayat berkenaan. Ini proses pertuduhan dan belum lagi disabitkan kesalahan, jangan "menghukum" terlalu cepat, takut anda pula akan terjerat.

Dalam FAM, banyak keganjilan berlaku. Jawatankuasa Rayuan yang sepatutnya mendengar, mengekalkan atau menambah hukuman dalam kes Sathia sebelum ini, bertindak menjatuhkan hukuman gantung kepada Sathia dalam sesi penggulungan. Anehkan? Tapi itu sebenarnya yang terjadi.

Kita berharap sesuatu yang baik akan timbul dari sensai ini. Media sukan arus perdana kebanyakannya bertindak menyokong tindakan FAM, tapi masih ada Media seperti kami yang akan menyokong dan memberi kepercayaan penuh kepada Tan Sri.

Bukan kerana kami dibayar, bukan kerana kami mengamalkan budaya kipas, tapi kerana kami adalah The Red Warriors. Kalau mereka boleh "bersatu dan bersekutu" dengan FAM, kami juga boleh berbuat demikian dengan Tan Sri Annuar Musa dan KAFA. 


                                                               Sumber : new.gegar.my