Nuffnang Ads

Tuesday, March 13, 2012

Pertahanan rapuh: Hodak


Kelantan FA
KETUA jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika bertemu Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Jurulatih dari Croatia itu berkata, walaupun menang 3-2, aksi yang ditunjukkan, pemain Kelantan gagal memikat hatinya berikutan pertahanan lemah disebabkan kurang konsentrasi.

“Kita melalui minggu sukar, apabila terpaksa menghadapi tiga perlawanan dalam masa enam hari dan kamu boleh lihat pemain sedikit letih. Saya gembira kita tetap menang.

Bagaimanapun, saya tidak gembira dengan pertahanan malam ini (kelmarin) kerana ada beberapa situasi mereka perlu bertindak lebih baik. Sepatutnya kita menang 3-1, tapi pada minit terakhir ia menjadi 3-2 disebabkan kurang konsentrasi dan kita perlu perbaikinya,” katanya.

Gol Kelantan dijaringkan Norfarhan Mohamad (minit ke-30), Indra Putra Mahyuddin (m-43) dan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi (m-65), manakala jaringan pelawat dihasilkan Muhd Afiq Azmi (m-39) dan Fazuan Abdullah pada minit akhir perlawanan.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment