Nuffnang Ads

Thursday, May 31, 2012

SYARAT TERBARU MENGENAI FORMAT MALAYSIA SUPER LEAGUE (MSL )2013-2016



^ Liga Super 2013-2016 hanya akan melibatkan 12 PASUKAN SAHAJA



^ 9 Pasukan teratas Liga Super 2012

^ 1 Pasukan teratas Liga Perdana 2012

^ 1 Pasukan jemputan (LIONS XII)

^ 1 Lagi pasukan yang menang dalam penentuan PLAYOFF untuk naik ke Liga Super 2013 adalah melibatkan pasukan yang berada di tangga yang ke 10/11/12 Liga Super 2012 dan pasukan tempat kedua Liga Perdana 2012,PLAYOFF akan dilangsungkan di gelanggang yang berkecuali dengan format kalah mati satu pusingan.

^ 2 Pasukan tangga terakhir Liga Super 2013 akan turun ke Liga Perdana 2014 dan 2 pasukan teratas Liga Perdana 2013 akan naik ke Liga Super 2013.

^ Pasukan Jemputan Lions XII tidak akan turun le Liga Perdana walaupun pasukan tersebut menduduki tangga tercorot Liga Super.


KEITA MANDJOU sah menyarung jersi The Red Warrior's bagi saingan AFC


merujuk kepada laman rasmi facebook Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa Keita Mandjou telah sah menyertai skuad AFC Kelantan. Keita bakal tiba minggu hadapan bagi memulakan latihan dan akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang ATM pada 8hb Jun ini nanti di Stadium Sultan Mohd IV


Wednesday, May 30, 2012

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?






Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.


  Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. 

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. 
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. 
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. 
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. 

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." 
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. 
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).

Sumber : Tuluhan.blogspot.com

10 pintu syaitan di alam nyata







Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. 


Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. 

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.


Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.


Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. 


Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. 


Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Sumber : Tuluhan.blogspot.com

Tuesday, May 29, 2012

12 jenis katogeri perempuan yang 'single'



1. Pencari Teman Hidup
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

3. Tak Peduli
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.



5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya. 6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.

8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.



9. Ingin Perbezaan
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.

10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.



12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

9 tumbuhan ajaib dan luar biasa di dunia

1. Drakaea Glyptodon



Sejenis orkid. Ia adalah warna, dan berbau seperti daging mentah. Didebungakan oleh penyengat jantan kerana tertarik dengan bau dan bentuknya yang kelihatan seperti penyengat betina. Tumbuhan asli Aiustralia juga dikenali sebagai Orkid Tukul/Hammer Orchid.

2. Vulgaris Dracunculus



Berbau seperti reput daging, dan mempunyai daun berwarna merah wain, stigma bunga berbentuk silinder yang langsing, dan hitam. Ia berasal dari Timur Mediterranean, dari Greece, Balkan, Turki. 

Vulgaris Dracunculus secara umumnya dipanggil Dragon Arum, Voodoo Lily, Dragonwort, atau berbau busuk. Di Greece dipanggil Drakondia. Seperti semua Araceae, ia lebih suka tanah lembap yang subur dan boleh ditemui di dusun zaitun yang tidak diganggu dan tanah sisa. 
Dedaunan sangat menarik kadang-kadang sehingga 2 m tinggi. Batang bunga adalah lebih daripada satu meter berwarna pucat kelabu-hijau dengan kelopak ungu bergerigi gelap tanda hampir hitam, tegap dan mampu menyokong jambak lebih satu meter panjang tanpa perlu sokongan tambahan. 
Bunga sebenarnya adalah tumbuhan jantan dan betina yang mempunyai ruang yang berumbi.
Keindahan tumbuhan seperti mercu ini, bila matang menyebarkan bau daging busuk. Bau daging reput untuk menarik lalat untuk pendebungaan. Mujurlah baunya bertahan selama satu hari sahaja.


3. Amorphophallus Titanum 




Amorphophallus Titanum atau Bunga Bangkai. Terdapat di Hutan Hujan Sumatera, Afrika Barat hingga ke kepulauan Pasifik.


Bunga yang boleh mencapai ketinggian 5meter selalunya kembang pada waktu malam. Semasa membuka kelopaknya ia mengeluarkan bau seperti bangkai yang mengerikan sepanjang masa. Satu ciri luar biasa spesimen dalam rumah hijau California ini, tumbuhan ini boleh menghasilkan haba dengan sendirinya . ia dapat menaikkan suhunya daripada 68 darjah kepada 90 darjah Fahrenheit, yang berterusan menghantar aroma tumbuhan yang busuk, membantu untuk menipu serangga pemakan bangkai untuk melawat bunganya.

Uniknya banyak pengunjung datang untuk menikmati "baunya". Memandangkan ia ditutup oleh kelopaknya di luar, perangkap untuk serangga terdapat di dalamnya. Selepas bunga jantan melepaskan debunga mereka , ia dibuka sekali lagi, untuk mendapatkan serangga supaya menggosok debunga pada bunga betina. Selepas persenyawaan, buah-buahan merah terang yang cantik seperti bentuk buah zaitun yang tersusun akan muncul. Ada beberapa spesies tumbuhan ini yang boleh dimakan. SubhanaAllah, pada pendapat saya bunga ini sangat menakjubkan. Tentu menyeramkan kalau berdiri sebelah pokok ni malam hari.

4. Hydnora Africana



Hydnora Africana, yang berwarna-daging yang luar biasa, bunga parasit yang menyerang akar-akar yang berdekatan dalam semak-semak di padang pasir gersang Afrika Selatan. Mekar berbau daging busuk menarik kawanan kumbang pemakan bangkai.


5. Wolffia Angusta

Bunga terkecil di dunia. Satu dozen tumbuhan ini dengan mudah berpaut atas kepala pin dan dua tumbuhan berkembang penuh boleh dimuatkan di dalam "o " yang dicetak 


6. Welwitschia Mirabilis




7. Rafflesia Arnoldii


Tumbuhan parasit terbesar dunia ini berkembang mekar lebih tiga kaki diameter. Terdapat di Asia Tenggara seperti di Malaysia juga Indonesia. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai Bunga Pakma. Bunga berwarna merah dengan tompokan putih yang membuat ia kelihatan seperti jerawat di kulit seorang remaja. Ia berbau seperti daging busuk dan mempunyai lubang di pusat yang boleh menakung enam atau tujuh suku air. Tumbuhan ini tidak mempunyai daun, batang, atau akar. Ia mempunyai khasiat perubatan bagi kaum wanita terutamanya ibu selepas bersalin. 

8. Lithops

Lithops adalah tumbuhan berair dan juga dipanggil sebagai "batu-batu hidup." Batu-batu Hidup, mengapa mereka dipanggil begitu? Tumbuh-tumbuhan ini kelihatan seperti batu-batu. Mereka memperolehi nama mereka dari perkataan Yunani "lithos" yang bermakna batu dan "ops" makna muka. Penyamaran tumbuhan ini di antara batuan dan dengan itu dipanggil sebagai "tumbuhan kerikil." 

9. Dionaea Muscipula

Penangkap lalat Venus juga dipanggil sebagai Dionaea muscipula dan adalah tumbuhan karnivor. Adakah anda tertanya-tanya sama ada terdapat tumbuhan karnivor? Apa yang penting tentang penangkap lalat Venus? Ia boleh menangkap serta menghadam mangsanya. Mangsa seperti labah-labah, serangga dan katak kecil. Tumbuhan ini mempunyai 4-7 daun, daun ini mengandungi cuping di dalamnya. Apabila mangsa itu menyentuh seperti rambut yang terdapat pada lobus, mangsa akan terperangkap. SubhanaAllah!

Sumber : aliffcullen.blogspot.com

Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012


Bil.
Nama
Kekayaan (RM Billion)
Syarikat
1.
Robert Kuok Hock Nien
45.700
Kerry Group/Kuok Group
2.
T Ananda Krishnan
42.998
Usaha Tegas
3.
Tan Sri Teh Hong Piow
12.642
Public Bank
4.
Tan Sri Lee Shin Cheng
11.356
IOI Group
5.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
9.530
Albukhary Foundation
6.
Tan Sri Quek Leng Chan
8.002
Hong Leong Malaysia
7.
Tan Sri Lim Kok Thay
7.585
Genting Group
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
6.588
Genting Group
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
6.411
Rimbunan Hijau
10.
Ong Beng Seng
4.919
Hotel Properties Ltd
11.
Tan Sri Azman Hashim
3.470
Arab-Malaysian Corp
12.
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
2.541
Berjaya Group
13.
Datuk Mokhzani Mahathir
1.937
Kencana Petroleum
14.
Datuk Lee Yeow Chor
1.787
IOI Group
15.
Tan Sri Tony Fernandes
1.772
AirAsia
16.
Lee Yeow Seng
1.746
IOI Group
17.
Tan Sri Lau Cho Kun
1.721
Hap Seng Consolidated
18.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
1.711
YTL Group
19.
Tan Sri Lee Oi Hian
1.589
Batu Kawan
20.
Datuk Lee Hau Hian
1.586
Batu Kawan




Sumber : Denaihati.com