Nuffnang Ads

Friday, April 20, 2012

Kelantan abai amalan ‘fair play’ ?



TIDAK ada apa yang perlu dibanggakan Kelantan walaupun menewaskan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, Selasa lalu.
Menurut penolong pengurus T-Team, Rashid Jusoh, kemenangan 2-1 itu diperoleh secara tidak jujur kerana pasukan pelawat mengabaikan amalan ‘fair play’ (permainan adil).




Kata Rashid, konsep permainan adil diperkenalkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) untuk memastikan semua pasukan tidak menyalahguna peluang yang ada semata-mata mahu meraih kemenangan.

“Itu yang tidak dipraktikkan Kelantan selepas mereka dikejutkan dengan jaringan penyerang kami, Khairul Izwan Khalid di awal babak kedua.




“Cuma kerana inginkan kemenangan, mereka sanggup meneruskan permainan dan tidak menendang bola keluar supaya permainan diberhentikan apabila pemain kami terbaring kesakitan di tengah padang,” katanya.





Menurutnya, pasukannya mungkin dapat memaafkan Kelantan sekiranya cuma sekali saja pasukan lawan tidak menghiraukan amalan permainan adil.

“Namun mereka melakukannya beberapa kali dan tentu mereka bangga dengan taktik kotor kerana gol penyamaan di minit ke-67 berpunca daripada tindakan bermain secara tidak adil.




“Pemain kami, Marco Tulio tercedera dan tidak dapat bangun namun Shakir Shaari enggan memberhentikan permainan dengan menendang bola keluar malah pasukan lawan tetap meneruskan serangan tanpa mempedulikan permintaan pemain kami supaya bola ditolak keluar,” katanya.

Penyerang Kelantan, S Chanturu kemudian melakukan tendangan jarak jauh dan bola terkena kaki pemain pertahanan, Shahril Faizal yang menerjah ke gol sendiri.




“Saingan pusingan pertama Liga Super sudah berakhir dengan kami bermain 11 perlawanan, namun inilah kali pertama kami melihat pasukan yang sanggup mengabaikan amalan permainan adil demi mencari mata penuh.





“Sebelum ini kami bertandang ke Kota Bahru untuk melawan Kelantan namun dalam perlawanan itu mereka tidak bermain begini dan kami hairan kenapa mereka sanggup melakukan perkara yang tidak baik dalam perlawanan di Kuala Terengganu,” katanya.







Rashid dan pegawai T-Team juga menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pegawai pasukan Kelantan termasuk jurulatih, Bojan Hodak.





“Namun apa yang dikatakan Hodak ialah beliau bukan pemain yang berada di atas padang dan tidak ada apa dapat dilakukannya.





“Kami kesal kerana sepatutnya pemain Kelantan diberitahu supaya menghormati konsep permainan adil dan bermain secara beretika setiap masa,” katanya.





Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pasukannya peka dan tahu mengenai amalan permainan adil.





“Semua pemain patut tahu yang permainan adil bermula dengan wisel pengadil dan pemain tidak perlu mengeluarkan bola setiap kali pemain lawan jatuh terbaring.





“Ini kerana ramai pemain yang sanggup menipu di padang dan mereka tidak segan untuk berlakon sakit semata-mata untuk mengelak serangan pasukan lawan,” katanya.


Sumber : Metro

Jadual Siaran Langsung Melibatkan Kelantan Sepanjang Bulan April & Mei 2012

RM2,124 diserahkan kepada FAM



Imbas kembali.. Annuar (kanan) berucap kepada penyokongnya sebaik sahaja sah dijatuhkan hukuman
KEMPEN ‘10 sen untuk FAM RM2,124’ yang dilancarkan gabungan beberapa kelab penyokong bola sepak Kelantan minggu lalu berjaya mencapai sasa­rannya.

 Hari ini, mungkin juga pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara, kutipan tersebut akan diserahkan oleh gabungan kelab penyokong tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membayar kos perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang pada 4 April lalu.

 
 Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Rozamri Mohd Ali berkata, beliau bersama beberapa wakil kelab penyokong di sekitar Lembah Klang akan hadir sendiri ke Wisma FAM untuk menyampaikan kutipan tersebut.
 
 “Tan Sri Annuar (Musa) lebih daripada berkemampuan untuk membiayai perbelanjaan tersebut. Tetapi apa yang kami lakukan ini merupakan satu simbolik penyatuan penyokong bola sepak Kelantan yang berdiri teguh di belakang beliau,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
 “Kalau diikutkan badan induk bola sepak kebangsaan itu sendiri bercanggah mengenai perkara (pembayaran kos mesyuarat) tersebut. Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) mengatakan tidak perlu bayar, tetapi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin (Ahmad) sudah pun terlebih dahulu mengeluarkan surat arahan pembayaran tersebut.
 
 “Tetapi kami tidak kisah tentang perkara itu. Ini sebahagian daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para penyokong. Kami mahu buktikan di dalam bola sepak, kami tetap berdiri teguh dan mengadakan kutipan tersebut sebagai sokongan moral kepada kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu,” katanya.
 
Pada 4 April lalu, Annuar menerima hukuman penggantungan selama dua tahun enam bulan setelah didapati bersalah mengkritik prestasi skuad bola sepak kebangsaan, selain turut diarahkan membayar kos perbelanjaan mesyuarat jawatankuasa tersebut sebanyak RM2,124 dalam tempoh 14 hari.

Sumber : Sinar Harian

Thursday, April 19, 2012

| Senarai Nama Penjaring Gol The Red Warrior's Terkini #14 |

| Senarai Nama Penjaring Gol The Red Warrior's Terkini |

-1.Norshahrul Idlan Talaha = 5 Gol-
-2.Mohd Badhri Radzi = 5 Gol-
-3.Mohammed Ghaddar = 3 Gol-
-4.Denny Agyare Antwi = 2 Gol-
-5.Indra Putra Mahyuddin = 2 Gol-
-6.Nwoha Onyenkachi = 2 Gol-


-7.Nor Farhan = 2 Gol-
-8.S.Chanturu = 2 Gol-
-9.Daudsu Jamaluddin = 1 Gol-
-10.S.Subramaniam = 1 Gol-
-11.Zairul Fitri = 1 Gol-
-12.Nurul Azwan Roya = 1 Gol-


| Informasi |

[RANK--GAME--MENE--SERI--KALAH--GOAL--BOLOS--MATA]
[ ---2. --- 14. -- 9. -- 4. -- 1. -- 27. -- 11. -- 31.]


| The Red Warrior's Go Marching In><Together We Go More |






Kedudukan Terkini Liga Super 2012 #14

The Red Warrior's terus himpit Lions XII


GHADDAR (kiri) dicabar pemain pertahanan T-Team, Bojan Petric pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.


KELANTAN menyingkap tirai pusingan kedua Liga Super dengan penuh bergaya apabila membenam T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.
Kemenangan di gelanggang lawan itu membolehkan Kelantan yang masih kekal berada di tangga kedua liga terus memberi tekanan kepada pendahulu, Lions XII.
Kelantan yang telah beraksi 14 perlawanan mengumpul 31 mata, manakala Lions XII merekodkan 36 mata daripada 17 perlawanan.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aksi para pemain malam tadi (kelmarin).
"Ia kemenangan yang menggembirakan tetapi saya yakin pemain saya mampu memberi lebih daripada apa yang dipamerkan," jelas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak semalam.
Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-52 apabila Khairul Izwan Khalid menanduk masuk bola hantaran Rosdi Talib.
Bagaimanapun, ledakan S. Chanturu dari luar kotak penalti pada minit ke-67 dan sepakan penalti Muhammad Ghaddar empat minit sebelum perlawanan tamat sudah cukup memastikan Kelantan pulang dengan noktah kenangan.
"Pada separuh masa kedua, T-Team mula bermain secara agresif dengan tempo yang lebih pantas sehingga mereka berjaya menghasilkan gol pembukaan.
"Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma dan barisan pertahanan kita agak leka dan gagal mengawal pergerakan pemain lawan sehingga mereka berjaya mencuri peluang tersebut," kata Bojan.
Mengulas mengenai kemunculan semula Ghaddar yang kembali mengetuai jentera serangan Kelantan, Bojan berkata: "Ini merupakan aksi pertama dia selepas direhatkan lebih dua bulan.
"Biarpun ia gol menerusi sepakan penalti tetapi sekurang-kurangnya ia memberi semangat serta lebih keyakinan untuk terus meledak gol pada perlawanan akan datang," jelasnya.
Bojan turut mengesahkan bahawa penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat akan kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas hampir dua bulan diketepikan ekoran kecederaan bahu.
Sumber : Kosmo

Wednesday, April 18, 2012

'Kelantan keliru 14 mata'



KAFA mungkin buat rayuan kepada FAM minta penjelasan




PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) dijangka akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) bagi hukuman pemotongan 14 mata dikenakan terhadap skuad Piala Presiden gara-gara menurunkan pemain tidak sah.


Selepas meneliti dan memahami peraturan ditetapkan seperti tercatat dalam manual undang-undang pertandingan Liga Malaysia 2012, rayuan itu akan disegerakan dalam masa terdekat.


“KAFA tetap terima keputusan dibuat JKPT Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tapi selepas menyemak buku manual berkenaan, kami tidak menemui sebarang peraturan seperti disiarkan atau itu berlaku mungkin kerana tersilap maklumat.

Kami tidak menemui sebarang peraturan seperti disiarkan atau itu berlaku mungkin kerana tersilap maklumat. - Rosmadi Ismail, Naib Presiden KAFA

“Selepas bermesyuarat dan melihat manual undang-undang pertandingan diberi kami sepakat menghantar rayuan,” kata Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail.



Dalam laporan Khamis lalu, The Red Warriors sekali lagi ‘bergelora’ apabila FAM membuat keputusan memotong 14 mata yang diperoleh skuad Piala Presidennya hasil empat kemenangan dan dua kali seri.



Hukuman itu dikenakan selepas mendapati Kelantan menurunkan pemain yang tidak sah membabitkan posisi penjaga gol dalam tujuh perlawanan sebaliknya menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada pasukan lawan.

Sumber : Berita Harian

Keputusan Liga Super 17/04/2012


KUALA LUMPUR - erikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana malam tadi.


BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Super yang diadakan di beberapa venue malam ini:
    
    .    
    Selangor         2     Johor FC      0
    
    Negeri Sembilan  1     Terengganu    1
    
    Perak            2     Sabah         2
    
    Felda United     1     Kuala Lumpur  0
    
    Sarawak          0     Kedah         2

  T-Team           1     2   Kelantan

 Lions XII        5     Selangor PKNS 0

Tuesday, April 17, 2012

Mahu menang semua : Bojan Hodak


SHAKIR (depan) mungkin direhatkan pada aksi menentang T-Team malam ini.


KELANTAN bertekad untuk membuka tirai pusingan kedua Liga Super dengan langkah kanan apabila mereka dijadualkan bertemu T-Team di Kuala Terengganu.
Selepas gagal mengambil kesempatan mengutip mata penuh ketika aksi di gelanggang sendiri Sabtu lalu, malam ini merupakan peluang terbaik untuk Kelantan mengukuhkan kedudukan di puncak liga biarpun kekurangan dua perlawanan berbanding Lions XII.
Aksi yang kurang bertenaga selepas terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan T-Team pantas disedari oleh ketua jurulatihnya, Bojan Hodak yang dijangka bakal melakukan beberapa rombakan.
Menurutnya, beberapa pertukaran akan dilakukan selepas pemain tengah, Shakir Shaari kembali berada dalam kesebelasan utama.
Pada perlawanan sebelum ini, Shakir direhatkan atas alasan keletihan.
"Saya telah memberitahu semua pemain tentang kesilapan yang mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini dan saya harap mereka faham serta tidak mengulanginya lagi.
"Bukan senang untuk menang tetapi saya percaya kami mampu melakukannya.
"Shakir akan kembali dan saya mungkin akan merehatkan Rizal Fahmi kerana dia sudah bermain dalam banyak perlawanan. Ghaddar juga sudah pasti akan bersama kita untuk mengetuai jentera serangan," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.
Tambah Hodak, seorang lagi penyerang, Norfarhan Muhammad mengalami kecederaan dan beliau akan memantau keadaan pemain itu sebelum membuat keputusan sama ada diturunkan atau sebaliknya pada perlawanan malam ini.
Katanya, pasukan T-Team memiliki kekuatan tersendiri, terutamanya apabila mereka bermain menggunakan corak hantaran pendek selain pemain-pemain tengah mereka yang mempunyai kualiti untuk merencanakan gerakan.
"Mereka sentiasa bekerja keras dan saya fikir kita perlu bersedia untuk menyekat mereka. Corak permainan juga pantas dan mereka sentiasa mahu menewaskan kami.
"Mereka pasti memiliki kelebihan selain aksi di tempat sendiri. Mereka juga mempunyai rehat yang cukup kerana ini merupakan perlawanan kedua mereka dalam tempoh tujuh hari berbanding kita yang terpaksa berdepan dengan empat perlawanan," ujarnya.
Bagaimanapun, Hodak sentiasa optimis Kelantan sentiasa mampu mengatasi mana-mana pasukan termasuklah ketika beraksi di gelanggang lawan.
"Mata penuh di Kuala Terengganu malam esok (malam ini) akan memberikan kita lebih keyakinan untuk terus berdepan beberapa lagi siri perlawanan penting, terutamanya pada saingan separuh akhir Piala FA dan Piala AFC.
"Saya percaya kita mampu tetapi dengan syarat kita harus beraksi lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini.
"Kita juga berharap para penyokong akan hadir beramai- ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan," jelas Hodak.

Sumber : Kosmo

Bojan tak mahu pemain ulangi kesilapan


KOTA BHARU - Pengendali Kelantan Bojan Hodak mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan pusingan kedua dengan T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Peringatan tersebut diluahkan Bojan selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan T-Team pada perlawanan pusingan pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu.
“Saya telah beritahu semua kesilapan yang mereka (pemain) lakukan pada pertemuan dengan T-Team tempoh hari.
“Harapan saya untuk perlawanan malam esok (hari ini) pemain tidak mengulangi kesilapan tersebut.
“T-Team sebuah pasukan yang hebat, kita tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini. Saya harap mereka dapat mempamerkan aksi terbaik dengan menyekat kemaraan pemain T-Team,” katanya di sini, semalam.

Sumber : Utusan Malaysia

'Ghaddar, Norshahrul robek gawang T-Team'



THE Red Warriors akan mempamerkan corak permainan lebih mantap dalam pusingan kedua saingan Liga Super dengan kemunculan semula Mohamad Ghaddar yang akan digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha pada pertemuan dengan T-Team di Stadium Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata barisan serangan dengan dua penggempur berkaliber ini sudah tentu membolehkan Kelantan menyajikan aksi lebih berbisa menghadapi T-Team bagi menebus kegagalan meraih mata penuh, Sabtu lalu.
Katanya, Ghaddar yang dilihat sudah mendapat sentuhan dalam beberapa perlawanan sebelum ini terutama pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), memberi keyakinan kepada Kelantan membawa pulang tiga mata penuh dari gelanggang lawan.

The Red Warriors sudah tentu akan bangkit di Stadium Nasiruddin Shah nanti walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan penonton tuan rumah yang inginkan T-Team menewaskan kami. - Azman Ibrahim, Pengurus pasukan
“Selain itu, Norshahrul atau Mat Yo, yang agak lama tidak beraksi, kini sudah 100 peratus pulih daripada kecederaannya dan dijangka mampu menghasilkan kejayaan bergandingan dengan Ghaddar nanti.

“The Red Warriors sudah tentu akan bangkit di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah nanti walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan penonton tuan rumah yang inginkan T-Team menewaskan kami,” katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.

Ghaddar baru kelmarin disahkan Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) tersenarai dalam saingan Liga Super, selepas mengenepikan pemain import dari Nigeria, Nwoha Onyekachi.

Azman berkata, matlamat utama Kelantan ialah untuk merampas kembali takhta Liga Super yang kini dikuasai wakil Singapura, Lions XII dan ia tidak mustahil mampu dicapai dengan gandingan serangan Ghaddar dan Mat Yo.



Sumber : Berita Harian

Monday, April 16, 2012

Jangan percaya desas-desus FAM mahu hukum Kelantan : Tan Sri Annuar Musa



Struktur semula Liga M : Annuar
TAN Sri Annuar Musa, yang digantung selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), meminta semua pihak khususnya penyokong pasukan Kelantan agar tidak mempercayai khabar angin kononnya badan induk itu mahu memotong lima mata dan hukum lima perlawanan ke atas The Red Warriors.
Dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini, Annuar berkata, khabar angin itu hanya akan memburukkan lagi keadaan dan berharap penyokong tidak melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang.
“Kita menentang penyalahgunaan peraturan dan semua bentuk ketidakadilan. Oleh itu, lakukan semua perkara dengan tertib dan istiqamah tetapi dalam keadaan berani dan tegas mengikut saluran dan peraturan yang betul,” katanya.
Dalam perlawanan Liga Super semalam, Kelantan seri satu gol dengan T-Team. Hasil 13 perlawanan, Kelantan telah mengumpulkan 28 mata setakat ini.
Pandangan Annuar ini menyusul tulisan beberapa laman sosial heboh memperkatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal dikenakan potongan lima mata oleh FAM ekoran dakwaan tindakan penyokongnya membakar patung Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad di Stadium Sultan Muhammad Ke IV petang, semalam.
Tulisan-tulisan itu juga mendakwa Kelantan juga akan berdepan tindakan tidak boleh beraksi di Kota Bharu selama lima perlawanan jika hukuman diputuskan.
Perkembangan ini muncul ketika Annuar, Presiden Kafa, dikenakan hukuman gantung selama 30 bulan berkuat kuasa 4 April lalu.
Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Annuar bersalah atas dua tuduhan.
Pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan dua tahun manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan.
Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.
Ekoran keputusan itu, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.
Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.
Annuar juga Timbalan Presiden FAM.

Sumber : Sinar Harian

Abe Dar ketepikan Abe Ha


PERTAHANAN   T-Team, Nor Fazly Alias (kanan) berjaya menghalang   Nwoha daripada menjaringkan gol  dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke IV, kelmarin.
PERTAHANAN T-Team, Nor Fazly Alias (kanan) berjaya menghalang Nwoha daripada menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke IV, kelmarin.
KAFA selesai isu pilih penyerang import untuk Liga Super 

NASIB pemain import The Red Warriors, Onyekachi Nwoha yang dilihat gagal memenuhi cita rasa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), akhirnya terjawab apabila diketepikan daripada terus berada dalam senarai pemain Liga Super. 



Keputusan itu diumumkan Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, dengan menegaskan bahawa kekosongan pemain daripada Nigeria itu akan diisi pemain import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar.

Beliau berkata, keputusan untuk memasukkan Ghaddar menggantikan Nwoha tidak ada campur tangan daripada pihak pengurusan KAFA dan perkara berkenaan sudah dirujuk kepada jurulatih pasukan, Bojan Hodak. 

“Tindakan ini dilakukan selepas melihat prestasi semasa pemain berkenaan (Nwoha) dan KAFA sudah membuat ketetapan bahawa prestasi Ghaddar kini semakin meningkat berbanding Nwoha, menyebabkan pasukan lebih selesa dengan pemain Lubnan itu. 

“Khidmat Nwoha mungkin akan digunakan untuk The Red Warriors dalam mengharungi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012 yang kini Kelantan sudah berada di kedudukan terbaik meneruskan saingan seterusnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Hadir sama Pengurus pasukan, Azman Ibrahim. 
Isu pemilihan antara dua pemain ini timbul, apabila pengurusan KAFA berada dalam dilema untuk memilih Ghaddar atau Nwoha, bagi dikekalkan dalam Liga Super, selepas pemain Nigeria itu gagal menunjukkan prestasi cemerlang, namun bangkit memberi sentuhan berbisa dalam tiga perlawanan sebelum ini.


Sumber : Berita Harian

Friday, April 13, 2012

Abe Dar mula tunjuk taring



Ghaddar mula tunjuk taring
SELEPAS berjaya menjaringkan hatrik minggu lalu dengan membenam Arema FC, 3-0, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, penyerang Kelantan, Muhammad Ghaddar semalam, menjaringkan dua gol bagi membantu Red Warriors menewaskan pasukan sama, 3-1, dalam pertemuan ulangan peringkat kumpulan H kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung di Stadium Gajayana, semalam.
Dalam perlawanan ulangan itu, Kelantan menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan penalti pada minit ke-16 yang disempurnakan Ghaddar. Bagaimanapun, Arema FC berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Roman Camelo pada minit ke-35 perlawanan dan kedudukan 1-1 kekal sehingga taman separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Ghaddar membuktikan kehebatannya mengendalikan jentera serangan Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-60 sebelum pemain pertahanan, Mohd Zamri Ramli meledak gol ketiga Kijang pada minit akhir permainan.
Tanpa dibarisi empat tonggak utama iaitu Mohd Badhri Radzi, Mohd Daudsu Jamaluddin, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad, rombakan besar yang dilakukan ketua jurulatih Red Warriors, Bojan Hodak ternyata memperlihatkan hasil yang sangat positif serta membuka peluang Red Warriors untuk melangkah ke pusingan kedua Piala AFC dengan mengumpul tujuh mata daripada empat perlawanan.
Perlawanan seterusnya, Kelantan akan bertandang ke Vietnam untuk menentang Navibank Saigon pada 24 April depan.

Sumber : Sinar Harian

Apex ungguli pencalonan Anugerah Astro Arena



KHAIRUL-FAHMI
SUMBANGAN besar atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia tidak mampu disangkal dan pada tahun ini Anugerah Astro Arena 2012 kembali untuk memberi pengiiktirafan kepada atlet yang mencapai kegemilangan dalam kalendar sukan tanah air.
Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengungguli senarai pencalonan bagi atlet lelaki pilihan berpasukan yang turut dicabar Bryan Nickson Lomas (terjun), Adrian Ang (boling), Cheng Chu Sian (memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (hoki).
Sebanyak lapan kategori dipertandingkan termasuk  atlet wanita pilihan berpasukan, atlet muda pilihan, kebangkitan pilihan dan anugerah khas meja sukan pilihan (media cetak), jurulatih pilihan, blog sukan pilihan dan perlawanan pilihan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat undian sehingga 23 April ini di lawan sesawan www.arena.my.
Selain itu tiga legenda sukan akan terpahat di Dewan Kemasyhuran Astro Arena dan mengurniakan anugerah khas kepada seorang bekas atlit Paralimpik ke atas sumbangannya kepada negara.
Manakala bekas juara badminton dunia 2011, Zulfadli Zulkifli mengetuai senarai bagi calon atlet muda pilihan diikuti Adiq Husaini Othman (berbasikal), Aaliyah Yoong (ski Air), Jupha Somnet (berbasikal) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor (bola sepak).

Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan

Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
Bryan Nickson Lomas (Terjun)
Adrian Ang (Boling)
Cheng Chu Sian (Memanah)
Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)

Atlet Wanita Pilihan Berpasukan
Pandelela Rinong (Terjun)
Png Hui Chuen (Renang Berirama)
Jacqueline Sijore (Boling)
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)

Atlet Muda Pilihan
Zulfadli Zulkifli (Badminton)
Adiq Husaini Othman (Berbasikal)
Aaliyah Yoong (Ski Air)
Jupha Somnet (Berbasikal)
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)

Kebangkitan Pilihan
Sam Chong (Snuker)
Lee Hup Wei (Olahraga)

Jurulatih Pilihan
Yang Zhuliang (Terjun)
Ong Kim Swee (Bola Sepak)
Holloway Cheah (Boling)
John Beasley (Berbasikal)
Lee Jae Hyung (Memanah)

Blog Sukan Pilihan
Haresh Deo (Foul)
S S Dhaliwal ( Malaysian Sports)
Christopher Raj (Jaiho Malaysia)
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)

Perlawanan Pilihan
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)
Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011)
Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014)
Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).

Sumber : Sinar Harian