Nuffnang Ads

Monday, April 9, 2012

Perantara: Shabery sambut baik hasrat Tengku Abdullah



Tengku Abdullah Ahmad Shah
KEMAMAN - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengalu-alukan hasrat Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menjadi orang tengah bagi meredakan 'keretakan' hubungan antara Tan Sri Annuar Musa dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ahmad Shabery berkata, ini kerana tokoh bola sepak seperti Annuar tidak boleh terpinggir begitu sahaja akibat daripada layangan kad merah yang diterimanya daripada jawatankuasa badan induk bolasepak itu pada 4 April lepas.
Annuar digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, setelah mendapati membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lepas.
"Perkara yang berlaku itu saya kira bukan sebagai satu krisis. Itu adalah perkara biasa dalam bola sepak. Orang main bola sepak pun kena kad merah, bila pengadil perlawanan beri kad merah, dia kena terima," katanya.
Beliau berkata, tindakan tersebut adalah wajar bagi menjamin disiplin di kalangan anggotanya.
"Tetapi akibat daripada situ, ada yang berpendapat kita akan kehilangan seorang yang boleh membantu kerana Annuar dilihat banyak membantu daripada segi perkembangan bola sepak di Kelantan yang ternyata begitu baik dan maju sekali," katanya. - Bernama 

Sumber : Sinar Harian

2 comments:

  1. yg mana lebih penting antara menjaga ego sesetengah pihak dalam fam atau idea pembangunan bolasepak negara yg cuba di bawa oleh tan sri annuar musa???? sendiri mau ingat laaa pak menteri weii......

    ReplyDelete
  2. sejauh atau besar mana pandangan TAM itu menjatuhkan maruah FAM...bila nak maju bola sepak malaysia..belum capai taraf profesional....semi pro pun jauh lagi

    ReplyDelete