Nuffnang Ads

Wednesday, April 18, 2012

'Kelantan keliru 14 mata'



KAFA mungkin buat rayuan kepada FAM minta penjelasan




PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) dijangka akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) bagi hukuman pemotongan 14 mata dikenakan terhadap skuad Piala Presiden gara-gara menurunkan pemain tidak sah.


Selepas meneliti dan memahami peraturan ditetapkan seperti tercatat dalam manual undang-undang pertandingan Liga Malaysia 2012, rayuan itu akan disegerakan dalam masa terdekat.


“KAFA tetap terima keputusan dibuat JKPT Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tapi selepas menyemak buku manual berkenaan, kami tidak menemui sebarang peraturan seperti disiarkan atau itu berlaku mungkin kerana tersilap maklumat.

Kami tidak menemui sebarang peraturan seperti disiarkan atau itu berlaku mungkin kerana tersilap maklumat. - Rosmadi Ismail, Naib Presiden KAFA

“Selepas bermesyuarat dan melihat manual undang-undang pertandingan diberi kami sepakat menghantar rayuan,” kata Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail.



Dalam laporan Khamis lalu, The Red Warriors sekali lagi ‘bergelora’ apabila FAM membuat keputusan memotong 14 mata yang diperoleh skuad Piala Presidennya hasil empat kemenangan dan dua kali seri.



Hukuman itu dikenakan selepas mendapati Kelantan menurunkan pemain yang tidak sah membabitkan posisi penjaga gol dalam tujuh perlawanan sebaliknya menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada pasukan lawan.

Sumber : Berita Harian

1 comment:

  1. tok leh tukar kala tulisan atau kala background dok? sakit mato sero nok baco....

    ReplyDelete