Nuffnang Ads

Saturday, April 7, 2012

Afandi Hamzah pangku pangkat Presiden Kafa



Datuk Afandi Hamzah
NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah dilantik memangku jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa, semalam, menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua setengah tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Perkara ini disahkan Setiausaha Agungnya, Azman Ibrahim ketika dihubungi.

“Satu mesyuarat dilakukan semalam dan kita sebulat suara memilih Afandi menerajui Kafa. Beliau memangku jawatan berkenaan sehingga proses pemilihan berlangsung semula tahun depan,” katanya yang melihat Afandi individu yang mampu meneruskan kesinambu­ngan kecemerlangan bola sepak The Red Warriors.

Dalam pada itu, Annuar menerusi laman sosial Facebook dipetik sebagai berkata: “Mereka boleh ambil semua pangkat saya, tetapi mereka tidak boleh ambil maruah saya. Mereka boleh gantung atau haramkan saya daripada bola sepak, tapi saya haram diri saya daripada berhenti aktif memajukan bola sepak Malaysia. Tindakan FAM beri semangat baru kepada saya,” jelasnya.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment