Nuffnang Ads

Friday, April 13, 2012

Exco perlu cadang pindaan Artikel 88 : Azzuddin


ARTIKEL 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyebabkan Timbalan Presiden badan induk itu, Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan, berpeluang untuk dipinda.
Namun ia bergantung kepada cadangan dikemukakan ahli gabungan kepada mesyuarat Exco sebelum dibentangkan dalam Kongres Tahunan 2010/11 FAM pada 30 Jun ini.


“Bukan saja artikel terbabit, mana-mana artikel dalam perlembagaan boleh dipinda dengan syarat ia boleh dibawa ke mesyuarat Exco yang bersidang sebulan sebelum kongres berlangsung bagi mendapat kelulusan,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, semalam.

Tambahnya, mana-mana ahli gabungan yang mahu mengemukakan sebarang cadangan perlu berbuat demikian pada pertengahan Mei.

 
Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menyatakan kesediaan mengkaji semula Artikel 88 Statut FAM itu.



Malah ia turut mendapat sokongan sesetengah pemerhati bola sepak yang mendapati kewajaran untuk mengkajinya sekiranya mampu memberi kebaikan kepada bola sepak negara.

Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM kini menjadi isu hangat selepas Annuar disabitkan bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib baru-baru ini kerana melanggar artikel terbabit.


Annuar bersalah kerana membuat kenyataan terbuka mengenai prestasi skuad bola sepak kebangsaan sedangkan dalam Artikel 88 hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung FAM yang boleh berbuat demikian.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment