Nuffnang Ads

Saturday, April 7, 2012

Tiada pengganti sesuai seperti Annuar



KEKOSONGAN kerusi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disandang Tan Sri Annuar Musa tidak akan diisi buat sementara oleh mana-mana individu.

Sebaliknya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang turut menyandang jawatan yang sama akan memikul tugas selaku timbalan presiden secara bersendirian.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad kepada Kosmo!semalam.
Mengulas lanjut, Azzuddin yakin Tengku Abdullah mampu menggalas tanggungjawab selaku Timbalan Presiden FAM dengan baik dan tidak memerlukan mana-mana individu sebagai penyandang sementara kerusi Annuar.
"Saya percaya Tengku Abdullah boleh meneruskan tugas baginda seperti biasa meskipun tiada penyandang sementara bagi mengisi jawatan beliau (Annuar) buat masa ini.
"Ahli Majlis FAM tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dan buat masa ini, tidak timbul soal siapa pengganti Annuar," kata Azzuddin.
Kelmarin, Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebulat suara telah memilih Datuk Afandi Hamzah untuk menyandang jawatan sementara selaku presiden persatuan tersebut.
Ini kerana hukuman penggantungan dua tahun enam bulan yang dikenakan terhadap Annuar oleh Jawatankuasa Disilpin FAM, Rabu lalu memutuskan bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional mahupun negeri.
Azzuddin turut mengesahkan bahawa tempoh hukuman itu menyebabkan Anuar secara automatik tidak dibenarkan menghadiri Kongres Tahunan (AGM) FAM ke-48 yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan 2014.
"Benar, beliau (Annuar) tidak layak menghadiri AGM FAM akan datang memandangkan (ketika itu) beliau masih menjalani tempoh penggantungan.
"Pada ketika itu, beliau masih menjalani penggantungan dan sudah tentu tidak dibenarkan sama sekali untuk bertanding sebagai Ahli Majlis FAM yang baharu pada mesyuarat tersebut," jelasnya.
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment