Nuffnang Ads

Wednesday, April 4, 2012

The Red Warrior's yakin kutip tiga mata malam ini


  ANTONIC (kiri) bersama Pengurus  Arema FC , Winarso bertukar cenderamata dengan  Badhri   dan ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak selepas sidang media untuk perlawanan Piala AFC di Kota Bharu,  semalam.
ANTONIC (kiri) bersama Pengurus Arema FC , Winarso bertukar cenderamata dengan Badhri dan ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak selepas sidang media untuk perlawanan Piala AFC di Kota Bharu, semalam.
Ketiadaan dua tonggak utama tidak resahkan skuad The Red Warriors 

KELANTAN yang dijangka turun tanpa kelibat dua tonggak - Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha tetap yakin mampu mengutip mata penuh dalam aksi Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), menentang pasukan Arema FC dari Indonesia, malam ini. Ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi berkata aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang menjadi gelanggang keramat pasukan akan memberi banyak kelebihan kepada The Red Warriors untuk tidak kecewa pada perlawanan ini sekali gus menggembirakan peminat fanatik mereka.



Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Piya berkata, memandangkan Kelantan yang dahagakan kemenangan sebagaimana Arema FC, aksi malam ini adalah penting bagi mengukuhkan kedudukan walaupun tanpa menurunkan pemain utama. 

“Matlamat malam ini adalah satu, iaitu mencipta kemenangan kerana ia akan menjamin kedudukan pasukan mara ke pusingan seterusnya, selepas mencipta seri 0-0 ketika menentang Navibank Saigon (Vietnam) dan tewas 1-3 kepada Ayeyawady United (Myanmar), sebelum ini. 

“Walaupun tanpa tonggak utama, Kelantan masih tetap mampu mempamerkan persembahan terbaik untuk merobek gawang Arema FC dan ini juga akan dibantu penyokong setia The Red Warriors,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kota Bharu, semalam. 

Sementara itu, ketua jurulatih Arema FC, Dejan Antonic berkata, walaupun pasukannya akan berdepan sorakan padu penyokong Kelantan ia tidak akan mencipta gelisah kerana mereka bakal diperkuatkan tiga pemain skuad Indonesia iaitu Gunawan Dwi Cahyo, Aji Saka dan Fariz Bagus Dhinata. 
“Permainan bola sepak adalah unik, sesiapa saja boleh menang sekiranya tidak melakukan sebarang kesilapan dan Arema tidak gentar untuk turun berhadapan dengan penyokong fanatik Kelantan dan keadaan sama dihadapi ketika turun bermain di Indonesia,” katanya.


Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment