Nuffnang Ads

Wednesday, April 4, 2012

'Nasib' Tan Sri Annuar Musa ditentukan hari ini







KUALA LUMPUR - Paling berat digantung atau didenda dan yang ringan sekadar diberi amaran, atau jika bernasib baik, dibebaskan langsung daripada dua pertuduhan menanti Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang akan menghadap Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, petang ini.



Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM nanti banyak bergantung kepada sejauh mana kritikan beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Skuad Kebangsaan Senior terhadap skuad kebangsaan pada 13 Mac lalu didapati melanggar Kod Tatatertib, selain hujah pembelaan diri ahli politik dari Kelantan ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu dikatakan turut melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang dipengerusikan seorang lagi Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 4 Februari lalu mengenai hal ehwal FAM yang tidak wajar disebarkan kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment