Nuffnang Ads

Tuesday, September 25, 2012

The Red Warrirors tetap mahu menang di SSMIV : Bojan




KELANTAN akan terus mempertahankan misi tanpa kalah di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Muhammed IV apabila turun menentang Arbil SC pada perlawanan suku akhir kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam ini.
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak bagaimanapun realistik dengan kemampuan pasukannya yang memerlukan empat gol bagi mencipta kejutan layak ke separuh akhir selain perlu mempertahankan gawang daripada dibolosi.
Menurutnya, perlawanan malam ini tidak memberikan apa-apa tekanan kepada beliau dan anak-anak buahnya kerana sejak daripada awal lagi pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan ini.
"Kita akan cuba yang terbaik namun, tewas 1-5 pada aksi pertama tempoh hari pastinya memberikan Arbil SC kelebihan tetapi ini adalah bola sepak dan segalanya tidak mustahil.

"Kelantan tidak pernah tewas di Kota Bharu sepanjang musim ini dan hanya seri beberapa kali.
"Saya harap kita mampu mengekalkan rekod tersebut sekalipun ia tidak melayakkan kita ke peringkat seterusnya," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, kehadiran semula enam tonggak utama ke pangkuan pasukan membolehkannya mempunyai banyak pilihan bagi menguji kekuatan sebenar Arbil SC berbanding ketika perlawanan di tempat lawan tempoh hari.
Katanya, sebagai semi fina- lis kejohanan musim lalu, Arbil SC sudah tentu memandang serius perlawanan malam ini selain mahu mengekalkan kelebihan yang ada.

Thursday, September 20, 2012

Pengajaran berguna untuk Kelantan : Hj Azman



Azman Ibrahim

Azman Ibrahim
ADA pengajaran berguna buat Kelantan setelah diaibkan dengan kekalahan besar 1-5 kepada Arbil FC dalam aksi suku akhir pertama Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam kelmarin.


Bukan sahaja perbezaan kualiti permainan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan, malah saiz fizikal pemain negara juga dilihat gagal menyaingi kehebatan pemain negara Asia Barat itu.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim mengakui kecewa dengan kekalahan besar itu, namun pada masa sama berharap barisan pemainnya dapat mempelajari sesuatu terutama ketika bersaing dengan pasukan terbaik di peringkat Asia pada kejohanan tersebut.

“Kita bertandang ke Iraq dengan skuad yang tempang apabila sebahagian besar tonggak utama tidak menyertai pasukan ini,” katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

“Malah kegagalan kita mendaftar dua pemain import, Kieta Mandjou dan Mijo Dadic juga turut memberi kesan kepada persiapan pasukan.

Apa yang kita mampu lakukan, beraksi tanpa beberapa pemain utama dan menghadapi kelab yang hebat seperti Arbil ini.

“Kita kena akui masih jauh ketinggalan berbanding mereka. Kita kalah kepada pasukan yang terbukti lebih baik dan kekalahan ini dapat mengukur sejauh mana kemampuan kita apabila bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kekalahan tersebut sekali gus menyempitkan laluan Kelantan untuk mencipta kejutan mara ke separuh akhir memandangkan perlu menang dengan jumlah jaringan yang besar apabila menghadapi lawan yang sama pada saingan suku akhir kedua di Kota Bharu pada 25 September ini.


Sumber : Sinar Harian

Perjalanan memenatkan 30 jam punca TRW kena belasah : Bojan





Jurulatih Kelantan Bojan Hodak menegaskan faktor keletihan menyebabkan skuad kendaliannya dibelasah juara Liga Iraq, Al-Arbil 5-1 dalam pusingan pertama perlawanan suku akhir Piala AFC, malam kelmarin. 

"Secara jujur, kami tidak layak menerima kekalahan teruk ini dan kami mungkin dapat menjaringkan lebih daripada satu gol tetapi kami gagal merebut peluang yang ada," kata Hodak. 

"Semua pemain keletihan dan terjejas dengan perjalanan jauh yang mengambil masa lebih da- ripada 30 jam. Kami juga kehilangan lima pemain utama yang tidak datang bersama kami ke Iraq atas pelbagai sebab," kata Hodak. 

Tidak mustahil



Berikutan perjalanan jauh dan memenatkan dari Kota Bharu, The Red Warriors terpaksa berhempas pulas dalam perlawanan di Stadium Francouse Al Hareeri itu.

Halkard Mulla Mohammed membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-38 sebelum kapten Kelantan Mohd Badri Radzi menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Amjed Radhi kemudian menambah jaringan Al-Arbil menerusi sepakan penalti minit ke-51 sebelum Luay Salah menjaringkan gol ketiga (m-66) dan pemain gantian Salih Sadeer melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah dengan dua gol m-72 dan akhir permainan.
 
Walaupun lawan mempunyai bekalan selesa, tetapi dalam bola sepak tiada yang mustahil dan kami akan cuba menebus kekalahan ini, kata jurulatih kelahiran Croatia itu. 



Kelantan akan bertemu kelab Iraq itu dalam perlawanan pusingan kedua Selasa ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Pemenang perlawanan akan bertemu sama ada Chonburi FC dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria pada pertemuan separuh akhir.

Tuesday, September 18, 2012

The Red Warriors mahu sekat Arbil



TRW mahu sekat Arbil

Pemain kelantan gembira meraikan gol
DI atas kertas, pertemuan Arbil FC menentang Kelantan dalam saingan suku akhir pertama Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mungkin boleh disifatkan antara langit dengan bumi, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Ketika The Red Warriors terbang beribu kilometer ke bandar Arbil tanpa lima tonggak utama, pasukan tuan rumah pula turun penuh bersemangat sesuai dengan reputasi unggul mereka selaku juara empat kali Liga Premier Iraq.

Malah, pencapaian kelab yang dibimbing Nizar Mahrous dalam kempen Piala AFC terbukti cemerlang setelah pernah mara ke saingan suku akhir pada 2009 dan separuh akhir tahun lalu.

Menyedari hakikat tersebut, Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, situasi sukar menanti skuad bimbingan Bojan Hodak apatah lagi ini merupakan pertama kali pasukannya beraksi pada saingan kalah mati di peringkat antarabangsa.

“Saya akui cabaran perit ini, dan kita akan berusaha sedaya upaya menyekat kelab tersebut daripada memburu bekalan selesa sebelum bertandang ke Kota Bharu pada aksi suku akhir kedua 25 September nanti,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian semalam.

“Meski pun turun tanpa beberapa tonggak utama beraksi hari ini, namun kita akan tetap memberikan saingan sengit kepada mereka. Kalau dilihat situasi semasa, memanglah kita tidak boleh meletakkan harapan tinggi kepada Kelantan.



“Tetapi pemain janganlah pula berasa merendah diri apabila kita bertemu lawan yang kuat seperti Arbil FC. Sebaliknya, pemain harus menanamkan keyakinan tinggi dalam diri mereka,” katanya.

Pertemuan suku akhir pertama Arbil FC menentang Kelantan akan berlangsung di Stadium Francouse Al-Hareeri jam 11.30 malam ini (waktu Malaysia).
Menurut Azman, beliau berharap jurulatih dapat merencana strategi terbaik bagi memastikan Kelantan mampu mengikat sekurang-kurangnya keputusan seri ke atas kelab Arbil FC pada pertemuan ini.

Kelantan yang baru mengesahkan tempat ke saingan suku akhir Piala Malaysia musim ini bertandang ke gelanggang lawan tanpa Mohammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha, S Subramaniam, Indra Putra Mahayuddin dan Obinna Nwaneri atas faktor kecederaan serta pergantungan perlawanan.


Sumber : Sinar Harian

Monday, September 17, 2012

The Red Warriors 'kecok' di Iraq



Piala AFC: TRW tempang di Iraq

Ghaddar tidak dapat dibawa ke Iraq kerana masih mengalami kecederaan.
PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui The Red Warriors berdepan cabaran getir apabila bertemu kelab Iraq, Arabil dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) esok.



Menurutnya, kecederaan beberapa tonggak utama selain jadual perlawanan yang padat menyebabkan pihaknya terpaksa menagih kudrat pemain sedia ada dalam perlawanan di di Stadium Francouse Al Hareeri, Arbil City pada jam 6.30 waktu tempatan.

Pada masa sama katanya, pasukannya juga tidak dapat membawa pemain import baru, Mijo Dadic dan Keita Mandjou kerana gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Untuk itu, kita tak boleh bagi harapan yang tinggi, cuma kita rasa ada peluang untuk pergi lebih jauh sekiranya pemain dapat menujukan aksi yang  baik,” katanya yang membayangkan akan menggunakan dua pemain import Denny Atwi dan Emmanuel Okine dalam saingan yang  dianggap bersejarah itu.

Azman mengharapkan pemainnya dapat mencuri satu mata di Arbil sebelum perlawanan timbal balik di Kota Bharu pada 25 September dengan kekuatan yang lebih padu setelah beberapa pemain yang cedera kembali pulih.

Mengulas mengenai kecederaan penyerang import sensasi, Mohamed Ghaddar, Azman berkata, pemain  itu masih berehat dan dijangkakan hanya dapat turun dalam perlawanan di Kota Bharu nanti.

“Insya-ALLAH kita akan turunkan barisan terkuat di Kota Bharu, selain Mohamed Ghaddar, pemain pertahanan S Subramaniam dijangka kembali memperkuatkan pasukan,” katanya.

Tunggu tamat Piala Malaysia: Afiq



Mohamad Afiq Azmi

Mohamad Afiq Azmi mampu menunjukkan aksi cemerlang dan menerima pujian daripada peminat Red Warriors.
“Saya tidak boleh komen, tunggu habis Piala Malaysia,” kata penyerang yang sedang meningkat naik, Mohamad Afiq Azmi ketika ditanya kesediaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendapatkan khidmatnya pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Mohamad Afiq yang menjaringkan empat gol sepanjang enam perlawanan bersama The Red Warriors berkata, apa yang penting sekarang adalah membantu Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia.

“Mungkin bersedia, tetapi saya tidak berani komen,” katanya yang akan turut bersama The Red Warriors ke Iraq untuk bertemu dengan pasukan Arabil dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) AFC esok.

Semalam Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang menilai prestasi Afiq dan akan berbincang mengenai masa depan pemain Kuala Lumpur itu sebaik sahaja tamat saingan Piala Malaysia.

Ditanya perasaannya dapat bersama pemain ke Iraq, Afiq mengakui teruja dengan pengalaman yang diberikan pihak pengurusan dan akan  menggunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi semasa.



“Saya akui teruja dengan peluang ini, bukan mudah untuk bersama beraksi dengan pasukan luar negara, Insya-Allah saya gunakan kesempatan ini sebaik mungkin,” katanya.

 Aksi terbaik yang ditunjukkan anak kelahiran Perlis itu mula meniti bibir peminat setia The Red Warriors untuk berganding dengan penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamed Ghaddar.

Afiq wira kumpulan maut : Haji Azman


Aksi Afiq (kiri) ketika menentang Terengganu, Jumaat lalu.Aksi Afiq (kiri) ketika menentang Terengganu, Jumaat lalu.
Kami sedia bincang masa depannya bersama Kelantan: Azman

Kemampuan Mohd Afiq Azmi meledak empat gol dalam enam perlawanan peringkat Kumpulan B Piala Malaysia bukan saja mencuri tumpuan peminat tetapi juga Persatuan Bola Kelantan (KAFA) yang bersedia membincangkan masa depan pemain muda itu bersama The Red Warriors musim depan.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim mengakui kehadiran pemain tinggi lampai berusia 23 tahun itu memberi impak positif kepada skuad kendalian Bojan Hodak sekali gus membantu Kelantan muncul juara kumpulan maut.

Kami sedia berbincang mengenai masa depannya (Mohd Afiq) bersama pasukan namun masa masih panjang lagi. Apa yang kita harapkan, dia boleh tingkatkan lagi prestasi untuk bantu kami memenangi kejuaraan trebel musim ini. 

Apa pun, kami akui prestasinya sepanjang saingan kumpulan Piala Malaysia bagus dan kehadirannya memberi impak besar kepada pasukan hingga membantu kami menjuarai Kumpulan B. Kami harap dia meledak lagi terutama menentang FELDA United di suku akhir nanti, katanya semalam.

Serasi bersama Red Warriors

Sementara itu, Afiq berkata, dia menyerahkan kepada KAFA untuk menilai prestasinya namun tidak menafikan dia semakin jatuh hati dengan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors.

Penyerang yang menyarung jersi nombor 35 itu bagaimanapun tidak mahu memikirkan soal tawaran sebaliknya mahu memfokuskan tumpuan terlebih dulu membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang kelab Iraq, Al-Arbil di laman lawan esok. 
Saya tidak boleh komen apa-apa dan saya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menilai saya namun saya akui semakin serasi bersama rakan lain dalam pasukan ini, katanya.

Sunday, September 16, 2012

The Red Warrior's sedia lamar Afiq



Muhammad Afiq

Muhammad Afiq (kiri) melakukan percubaan ke pintu gol Kedah dalam pertemuan kedua-dua pasukan, baru-baru ini.
 PENINGKATAN aksi penyerang pinjaman Kelantan, Mohamad Afiq Azmi mula mendapat perhatian pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) khususnya percaturan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim mengakui pihaknya sedang menilai prestasi Afiq dan akan berbincang mengenai masa depan penyerang Kuala Lumpur itu.
"Kita akan panggil dia untuk bincang masa depannya dan kita mempunyai banyak masa lagi sehingga berakhir Piala Malaysia," katanya semalam.
Sepanjang bersama The Red Warriors dalam kempen Piala Malaysia musim ini anak kelahiran Perlis itu berjaya menjaringkan empat gol dari enam perlawanan.
Aksi terbaik yang ditunjukkan Afiq mula meniti bibir peminat setia The Red Warriors untuk bergandingan bersama penyerang, Norshahrul Idlan Tahala.
Dalam perlawanan menentang Terengganu malam kelmarin, Afiq menjaringkan gol pertama sekali gus membakar semangat rakan sepasukan untuk menewaskan Penyu dengan jaringan besar 6-1.
Mengulas lanjut, Azman berkata, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh Afiq dan berbeza dengan apa yang ditunjukkan ketika mewakili Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super.
"Pada saya Afiq seorang pemain berbakat, kalau kena dengan pasukan, saya percaya pemain ini mampu pergi lebih jauh. Saya harap dia dapat terus berusaha untuk meningkatkan mutu permainan di masa hadapan," katanya.
Untuk rekod, Kelantan turut menggunakan khidmat pemain pinjaman dari Kuala Lumpur Mohamed Aslam Haja Najumudeen dan pemain Sabah, Mafry Balang.

Monday, September 10, 2012

Piala AFC 2012 : The Red Warrior's gagal daftar dua import


Kelantan selaku wakil tunggal negara pada Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) dirundung malang apabila gagal mendaftarkan dua tonggak import baru mereka, Mijo Dadic dan Keita Mandjou menjelang suku akhir menentang kelab Iraq, Arbil FC pada 18 September ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, masalah tersebut berlaku apabila kedua-dua pemain terbabit gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut beliau, kedua-dua pemain itu juga gagal mendapat pengesahan daripadaTransfer Matching System (TMS).



"Keadaan bertambah rumit apabila TMS yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya dua kali setahun iaitu pada November dan April.

"Perkara tersebut sama sekali tidak selari dengan tempoh pendaftaran baru sebagaimana diperuntukan di bawah peraturan AFC," katanya di sini semalam.

Juara Liga Super 2012 itu memutuskan untuk mengambil dua pemain tersebut bagi memperkuatkan cabaran mengharungi saingan suku akhir Piala AFC.

Kemasukan dua tonggak tersebut memberikan lebih banyak peluang kepada pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak menyediakan ramuan terbaik dalam mengharungi saingan tersebut.

Annuar memberitahu, masalah tersebut tidak akan timbul sekiranya FAM dan AFC mencapai kata sepakat berhubung perkara tersebut.

"Apa yang berlaku kita hanya tahu layak ke pusingan suku akhir pada bulan Jun. TMS pusingan kedua untuk Malaysia dibuka pada bulan April.

"Peraturan AFC, apabila kita layak ke pusingan suku akhir dibenarkan membuat pendaftaran pemain baharu. Jadi, bila kita hendak gunakan kelebihan tersebut, ia telah ditutup," ujarnya.

Tidak adil ukur saya dengan 3 gol - Apek


Sejak pulih daripada trauma kemalangan jalan raya pada 25 Ogos lalu, ramai peminat mula mempersoalkan prestasi penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat yang seolah-olah mengalami penurunan prestasi.

Apa tidaknya, satu kesilapan mudah dilakukan ketika pertemuan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 28 Ogos lalu dan tiga kali tertewas pada pertemuan kedua dengan skuad kendalian B. Sathiantahan itu di Kota Bharu, membuatkan ramai pihak tertanya adakah prestasi Khairul Fahmi mula merosot?


Menjelang perlawanan persahabatan dengan Vietnam, esok, sudah ada segelintir peminat mengharapkan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal membuat pertimbangan menurunkan Farizal Marlias sebagai pilihan utama mengawal gawang negara ekoran aksi goyah yang ditunjukkan oleh Khairul Fami.

Namun, penjaga gol berusia 23 tahun itu sama sekali tidak berasa tertekan dengan apa yang berlaku dan mahu para peminat jangan terlalu cepat membuat penilaian kerana situasi pasang surut dalam adalah satu perkara yang biasa dalam karier seorang pemain.


''Jika tiga gol yang dilepaskan ketika berdepan ATM menjadi sebab peminat mula meragui prestasi saya, saya rasa ia bukan satu ukuran yang adil.

''Harap peminat jangan terlalu cepat melatah, bukannya saya selalu melepaskan tiga gol dalam perlawanan-perlawanan lain sebelum ini dan melepaskan satu gol mudah semasa perlawanan dengan ATM di Stadium Selayang tempoh hari.

''Bukan saya tidak menghormati apa peminat katakan kepada saya tetapi sebagai pemain profesional, saya lebih suka mendengar apa komen jurulatih kepada saya kerana dia lebih arif mengenai bola sepak dan mengetahui sejauh mana kemampuan saya," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Tegas Khairul Fahmi atau yang lebih dikenali sebagai Apek, sebagai manusia biasa, mana-mana pemain pasti tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sepanjang kariernya.

''Saya masih berada di tahap yang terbaik untuk mewakili negara dan tetap bersemangat jika diturunkan pada perlawanan dengan Vietnam, saya tidak mempunyai apa-apa masalah dan harap peminat jangan khuatir," ujarnya.

Selain Farizal yang turut bersaing dengan Apek bagi merebut tempat dalam kesebelasan Harimau Malaya untuk menentang Vietnam, kehadiran bekas penjaga gol Harimau Muda, Mohd. Zamir Selamat turut membuatkan perebutan posisi itu bertambah sengit.

Menurut Apek, dia gembira dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan Farizal bersama Negeri Sembilan semenjak kebelakangan ini terutama di persaingan Piala Malaysia.

''Situasi ini memang bagus untuk pasukan dan memberikan persaingan yang sihat, saya langsung tidak bimbang jika tempat saya mungkin akan tergugat, itu semua terpulang kepada pilihan jurulatih," katanya.