Nuffnang Ads

Tuesday, September 18, 2012

The Red Warriors mahu sekat Arbil



TRW mahu sekat Arbil

Pemain kelantan gembira meraikan gol
DI atas kertas, pertemuan Arbil FC menentang Kelantan dalam saingan suku akhir pertama Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mungkin boleh disifatkan antara langit dengan bumi, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Ketika The Red Warriors terbang beribu kilometer ke bandar Arbil tanpa lima tonggak utama, pasukan tuan rumah pula turun penuh bersemangat sesuai dengan reputasi unggul mereka selaku juara empat kali Liga Premier Iraq.

Malah, pencapaian kelab yang dibimbing Nizar Mahrous dalam kempen Piala AFC terbukti cemerlang setelah pernah mara ke saingan suku akhir pada 2009 dan separuh akhir tahun lalu.

Menyedari hakikat tersebut, Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, situasi sukar menanti skuad bimbingan Bojan Hodak apatah lagi ini merupakan pertama kali pasukannya beraksi pada saingan kalah mati di peringkat antarabangsa.

“Saya akui cabaran perit ini, dan kita akan berusaha sedaya upaya menyekat kelab tersebut daripada memburu bekalan selesa sebelum bertandang ke Kota Bharu pada aksi suku akhir kedua 25 September nanti,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian semalam.

“Meski pun turun tanpa beberapa tonggak utama beraksi hari ini, namun kita akan tetap memberikan saingan sengit kepada mereka. Kalau dilihat situasi semasa, memanglah kita tidak boleh meletakkan harapan tinggi kepada Kelantan.



“Tetapi pemain janganlah pula berasa merendah diri apabila kita bertemu lawan yang kuat seperti Arbil FC. Sebaliknya, pemain harus menanamkan keyakinan tinggi dalam diri mereka,” katanya.

Pertemuan suku akhir pertama Arbil FC menentang Kelantan akan berlangsung di Stadium Francouse Al-Hareeri jam 11.30 malam ini (waktu Malaysia).
Menurut Azman, beliau berharap jurulatih dapat merencana strategi terbaik bagi memastikan Kelantan mampu mengikat sekurang-kurangnya keputusan seri ke atas kelab Arbil FC pada pertemuan ini.

Kelantan yang baru mengesahkan tempat ke saingan suku akhir Piala Malaysia musim ini bertandang ke gelanggang lawan tanpa Mohammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha, S Subramaniam, Indra Putra Mahayuddin dan Obinna Nwaneri atas faktor kecederaan serta pergantungan perlawanan.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment