Nuffnang Ads

Tuesday, September 25, 2012

The Red Warrirors tetap mahu menang di SSMIV : Bojan




KELANTAN akan terus mempertahankan misi tanpa kalah di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Muhammed IV apabila turun menentang Arbil SC pada perlawanan suku akhir kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam ini.
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak bagaimanapun realistik dengan kemampuan pasukannya yang memerlukan empat gol bagi mencipta kejutan layak ke separuh akhir selain perlu mempertahankan gawang daripada dibolosi.
Menurutnya, perlawanan malam ini tidak memberikan apa-apa tekanan kepada beliau dan anak-anak buahnya kerana sejak daripada awal lagi pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan ini.
"Kita akan cuba yang terbaik namun, tewas 1-5 pada aksi pertama tempoh hari pastinya memberikan Arbil SC kelebihan tetapi ini adalah bola sepak dan segalanya tidak mustahil.

"Kelantan tidak pernah tewas di Kota Bharu sepanjang musim ini dan hanya seri beberapa kali.
"Saya harap kita mampu mengekalkan rekod tersebut sekalipun ia tidak melayakkan kita ke peringkat seterusnya," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, kehadiran semula enam tonggak utama ke pangkuan pasukan membolehkannya mempunyai banyak pilihan bagi menguji kekuatan sebenar Arbil SC berbanding ketika perlawanan di tempat lawan tempoh hari.
Katanya, sebagai semi fina- lis kejohanan musim lalu, Arbil SC sudah tentu memandang serius perlawanan malam ini selain mahu mengekalkan kelebihan yang ada.

No comments:

Post a Comment