Nuffnang Ads

Monday, May 21, 2012

Final Piala FA 2012: Bojan sifatkan final tersukar musim ini



Pasukan Kelantan menjulang Piala FA 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Sinar Harian oleh R

Pasukan Kelantan menjulang Piala FA 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib
KUALA LUMPUR - Jurulatih Kelantan Bojan Hodak menyifatkan perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini merupakan antara yang tersukar dihadapi beliau musim ini.
   
Beliau yang tetap berpuas hati dengan kemenangan tipis pasukan 'The Red Warriors' itu, berkata kemenangan malam ini merupakan satu hadiah yang paling bermakna untuk rakyat Kelantan.
   
"Walaupun kita mencatatkan kemenangan tipis namun ia bukan penting bagi saya kerana apa yang lebih penting adalah membawa Kelantan merealisasikan harapan rakyat Kelantan yang dahagakan kejayaan Piala FA buat kali pertama," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam ini.
   
Pasukan Kelantan menamatkan penantian selama 22 tahun sejak piala tersebut mula diperkenalkan pada 1990 selepas mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas wakil kelab Lembah Klang itu.
   
Bojan berkata selepas ini beliau akan memberikan tumpuan khusus kepada saingan Piala AFC menentang jiran mereka, Terengganu pada 23 Mei ini serta Liga Super.

Sementara itu jurulatih Sime Darby Ismail Zakaria berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya malam ini.
   
"Saya rasa para pemain telah mengikuti segala arahan yang diberikan kepada mereka cuma mungkin nasib tidak berpihak kepada kita malam ini," katanya.
   
Beliau juga yakin pasukan bimbingannya mampu mengheret permainan ke masa tambahan jika pasukan lawan tidak memperolehi sepakan penalti pada separuh masa kedua perlawanan. - Bernama


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment