Nuffnang Ads

Friday, May 18, 2012

Tan Sri Annuar Musa guna duit sendiri beli tiket


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung dua tahun enam bulan, Tan Sri Annuar Musa sanggup menggunakan wang belanja sendiri sebanyak RM200 untuk membeli lima tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membeli tiket untuk dirinya, isteri serta tiga anaknya sebagai persediaan jika berlaku perkara di luar jangkaan dan tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan itu.



“Saya sudah beli lima tiket untuk masuk stadium bersama isteri dan tiga anak saya. Saya tetap datang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby FC, Sabtu ini.

“Sejak bila Annuar Musa jadi masalah kepada FAM. Saya tidak perlu dilayan seperti VIP (orang kenamaan), jangan cuba beri gambaran kehadiran saya menimbulkan masalah,” katanya ketika ditanya mengenai isu kehadiran beliau dalam perlawanan bola sepak selepas dikenakan hukuman penggantungan FAM itu.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment