Nuffnang Ads

Sunday, March 18, 2012

FAM sahkan panggil Tan Sri Annuar Musa


Annuar Musa



SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Timbalan Presidennya,Tan Sri Annuar Musa berhubung kritikan beliau terhadap skuad kebangsaan, baru-baru ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, surat tersebut telah dihantar petang kelmarin.

“Surat tersebut menuntut beliau (Annuar) memberi maklum balas terhadap kritikannya terhadap skuad kebangsaan sebelum 23 Mac ini.

“Selepas itu Jawatankuasa Disiplin akan menilai maklum balas tersebut dan beliau akan dipanggil pada 29 Mac,” katanya ketika dihubungi semalam.

Annuar baru-baru ini didakwa telah menyatakan keraguan terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan.
Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment