Nuffnang Ads

Wednesday, March 28, 2012

Kelantan tepati ramalan layak separuh akhir


FINALIS tahun lalu, Kelantan berjaya menepati ramalan melangkah ke separuh akhir apabila mudah mengetepikan cabaran pasukan kelab dari Liga FAM, SPA FC dengan kemenangan 2-0 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. 

Selepas mengatasi lawan 3-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kejayaan anak buah Bojan Hodak itu menyaksikan mereka melangkah ke separuh akhir dengan agregat, 5-0.
Walaupun memiliki bekalan selesa namun The Red Warriors masih bernafsu untuk terus mencari gol dan pada minit ke-9 mereka hampir menjaringkan gol pertama tapi gagal disudahkan dengan baik Norfarhan Mohamad.



Selepas 16 minit aksi separuh masa pertama, tuan rumah berjaya mengukuhkan apabila bola muntah Nwoha yang terkena tiang sebelah kanan gawang SPA FC berjaya disempurnakan dengan baik Norfarhan untuk menewaskan M Nuraizat Abdul Aziz. 

Selepas rehat, Nwoha berpeluang mencatat namanya sebagai penjaring namun sepakan penalti ke sebelah kiri sekali lagi singgah di tiang gol. 

Bagaimana pun, pada minit ke-71 penyerang kontroversi Kelantan itu cepat menutup kegagalannya apabila berjaya menjaringkan gol kedua tuan rumah sekali gus mengukuhkan kedudukan agregat 5-0. 


Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment