Nuffnang Ads

Tuesday, March 20, 2012

Isu FAM: Annuar Musa mungkin lantik peguam



Annuar-Musa

MASIH belum menerima surat tunjuk sebab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memaklumkan perkara tersebut kepada media sebagai tidak wajar.

Kelmarin, Sinar Harian Online melaporkan, Annuar dipetik dari laman Facebooknya berkata, Azzuddin tidak diberi kuasa oleh Jawatankuasa FAM mengeluarkan kenyataan media dan mendedahkan secara terperinci pertuduhan sebelum, ianya dimaklumkan kepadanya.

“Lagipun buat masa ini, Presiden berada di luar negara dan saya adalah antara pegawai tertinggi yang ada dalam negara untuk dirujuk,” katanya.

Mengulas laporan media berhubung panggilan Jawatankuasa Tatatertib FAM berikutan kenyataannya mengenai prestasi skuad kebangsaan ketika Majlis Penutup Bengkel Pemasaran dan Pembangunan Penyokong Kelab MSL, Selasa lalu, Annuar berkata, beliau akan meneliti kandungan surat itu, sebaik menerimanya selepas pulang dari Myanmar nanti.

“Saya perlu mencari surat itu dahulu sebelum memberi komen, memandangkan pejabat saya di Kota Bharu cuti pada Jumaat dan Sabtu, manakala Kuala Lumpur pula cuti Sabtu dan Ahad. Sekiranya perlu, saya mungkin buat pertimbangan lantik peguam bagi membela diri,” katanya.

FAM sebelum ini, menuntut Annuar supaya memberi maklum balas terhadap kritikannya sebelum Jumaat ini dan Jawatankuasa Disiplin FAM akan menilainya sebelum beliau dipanggil berdepan jawatankuasa tersebut pada 29 Mac ini.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment