Nuffnang Ads

Thursday, March 15, 2012

Rajagobal enggan ulas kritikan Annuar


Pengendali Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal tidak mahu mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang melahirkan keraguan terhadap kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini ekoran aksi goyah sejak kebelakangan ini.
Rajagobal menganggap sesiapa saja berhak meluahkan pandangan masing-masing, namun menegaskan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terhadap kemampuan skuadnya.
"Saya tidak boleh komen apa-apa. Itu terpulang kepada Tan Sri (Annuar), saya pun tidak tahu kenapa dia membuat kenyataan sedemikian.
"Saya bertanggungjawab melapor secara terus kepada Presiden, Tuanku Sultan (Haji Ahmad Shah).
"Kalau ada sebarang pertanyaan, dia patut tanya kepada pengurus pasukan (Datuk Seri Subahan Kamal)," kata Rajagobal ketika ditemui di Wisma FAM di sini semalam selepas menerima Anugerah Terbilang untuk Kategori Sukan yang disampaikan oleh Pertubuhan Pencapaian Malaysia (PPM).

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment