Nuffnang Ads

Thursday, January 3, 2013

Petratos bakal ke England

Pemain import baru Kelantan, Dimitri Petratos sedang hampir mendapatkan peluang untuk menjalani ujian di England selepas aksi pra-musim yang positif.

Mengikut laporan Four Four Two Australia, Petratos akan mengetahui dalam beberapa hari lagi jika dia akan ke UK selepas hanya sebulan mengikat kontrak selama setahun dengan Kelantan.

Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan untuk Kelantan yang disertainya dari Sydney FC.

Ejennya, James Hardy memberitahu au.fourfourtwo.com bahawa wakil dari Kelantan telah berada di UK untuk merunding tentang pemain itu.

"Buat masa ini, kemungkinan besar Dimitri akan ke England pada bulan ini untuk menjalani ujian," kata Hardy.

"Kelantan mempunyai hubungan yang baik di England dan telah membuka peluang untuknya di sana."

Petratos yang tiba di Kelantan bulan lepas akui sangat gembira di Kelantan.

 

"Saya gembira di sini - penyokong mereka juga hebat. Mereka telah menyokong saya dengan baik dan mereka menerima saya dengan baik pada setiap perlawanan saya beraksi."

Apabila ditanya tentang situasinya di Kelantan, dia menambah: "Saya telah beraksi dalam enam perlawanan dan mereka berpuas hati dengan saya. Mereka akan berbincang dengan saya esok dan maklumkan saya perkembangan di England.

"Ejen saya telah memberitahu untuk terus fokus di sini dan lihat apa yang berlaku nanti.
"England satu tempat yang hebat, semua tahu itu. Jika mendapat peluang dan saya ke sana, saya harap dapat bermain di sana."

Walaubagaimanapun, jika dia tidak berjaya ke England, Petratos hanya akan beraksi untuk Kelantan untuk saingan Piala AFC.

Foto: TRW FC

No comments:

Post a Comment