Nuffnang Ads

Thursday, January 31, 2013

‘Pelik, Kenapa Rajagobal tak senarai Piya?’ : Dali Omar

Bekas pemain kebangsaan dan Kelantan, Dali Omar menganggap tindakan Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional. 

Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan. 
“Seharusnya beliau sendiri mengkaji kebolehan Piya dan perlu menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan. 
“Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya dan negara jua,” katanya. 
 
 
 Media semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan jurulatih,K.Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya ke dalam skuad kebangsaan. 

Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal lagi dan sudah terbukti bahawa beliau memang sewajarnya diberi peluang menyarung jersi kebangsaan.
 

No comments:

Post a Comment