Nuffnang Ads

Monday, January 14, 2013

The Red Warriors hormati Harimau Selatan : TSAM


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan kekalahan pasukannya 0-1 kepada T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.


Annuar yang dipetik dari Facebooknya semalam berkata, kekalahan itu membayangkan Kelantan mula menerima kesan daripada ketiadaan beberapa pemain utama yang berhijrah serentak.

Beliau turut kecewa dengan barisan hadapan pasukannya yang dilihat gagal memainkan peranan dengan berkesan untuk menjaringkan gol.

“Saya mahu barisan jurulatih dan pemain segera berbuat sesuatu dan bangkit daripada kekalahan ini," katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, pertemuan Kelantan menentang Johor Darul Takzim esok perlu digunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan.


Katanya, walaupun diakui Johor sebuah pasukan yang mantap namun beliau berharap pemain segera bangkit mempamerkan kehebatan membenam pasukan Harimau Selatan.

“Kita turut berasa bertuah menerima kunjungan pasukan bertaraf bintang dari kelas yang tinggi seperti Johor.
“Kita berpeluang belajar dari mereka (Johor DT) seperti kita pernah belajar semasa bertemu Queen Park Ranger (QPR) dan Machester City dahulu.

“Kali ini bintang Sepanyol, Itali, Pelita Jaya dan Harimau Malaya didatangkan kepada kita. Kita cuma Sang Kijang yang tidak begitu perkasa, tidak ada taring, tiada belang, mesti menghormati raja rimba iaitu sang harimau," katanya.

No comments:

Post a Comment