Nuffnang Ads

Monday, January 28, 2013

Perubahan dalam FAM boleh berlaku menerusi EGM : TSAM

Perubahan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh berlaku dengan mudah sekiranya ahli gabungan sepakat mahu melakukannya menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Timbalan Presiden FAM yang digantung Tan Sri Annuar Musa berkata, namun ramai yang terlepas pandang bahawa ia hanya memerlukan satu per lima untuk meminta EGM diadakan dan FAM wajib mengadakan mesyuarat tersebut sekiranya memenuhi syarat.
"Jika enggan, badan gabungan boleh mengadakan EGM sendiri. Di situ bincanglah apa nak bincang, pindalah apa nak pinda. Dalam EGM, ahli jawatankuasa (Exco) tiada kuasa mengundi. Hanya ahli perwakilan kongres atau EGM sahaja yang boleh berbuat demikian.
 
"Terpulang pada kita semua, presiden persatuan bola sepak negeri dan badan gabungan, kuasa ditangan anda," katanya menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam.
Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, Artikel 88 sekali lagi menghantui senario bola sepak negara di saat kemelut lalu belum lagi selesai, apabila ada ahli gabungan dikenakan tindakan gara-gara mengkritik badan induk bola sepak negara itu.
"Yang pasti Artikel 88 tidak akan menghentikan hak kebebasan bersuara tentang bola sepak Malaysia. Mutakhir, ada yang mahu presiden berundur dan ada yang mahu tranformasi. Pada hemat saya, semua itu tidak kemana dalam situasi sekarang.
"Namun ramai terlepas pandang bahawa perubahan boleh dilakukan dengan mudah sekiranya ahli gabungan menerusi kongres mahukannya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment