Nuffnang Ads

Tuesday, January 15, 2013

Mat Yo pasti 'panas'

Kembali beraksi di Kota Bharu; misi benam Kelantan
 
Kota Bharu pasti 'panas' malam ini! Apa tidaknya, kehadiran Norshahrul Idlan Talaha (kanan) yang berkunjung semula ke bandar ini buat pertama kali selepas kontroversi perpindahan menjadi tarikan ketika Johor Darul Takzim - pasukan dipenuhi bintang yang diwakilinya menentang bekas pasukannya, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV. 
Walaupun sudah melunaskan RM299,000 bagi tebus kontrak perpindahan ke skuad Harimau Selatan tetapi bagi Penaung Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa masih ada hutang yang perlu dilunaskan penyerang kebangsaan itu. 


Jadi tumpuan penyokong 

Sudah tentu kelibat penyerang kebangsaan itu amat dinantikan bukan saja bekas rakan sepasukannya, tetapi juga penyokong fanatik The Red Warriors.

Dan persoalan menarik adakah Mat Yo bersedia menghadapi ‘serangan’ daripada segenap penjuru stadium atau adakah dia akan terus menambah derita Kelantan dengan menjaringkan gol untuk Johor DT pulang ceria.

No comments:

Post a Comment