Nuffnang Ads

Wednesday, June 27, 2012

The Red Warriors rugi 2 point



KELANTAN perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan kelebihan dua jaringan pada separuh masa pertama apabila terpaksa berkongsi satu mata menentang musuh tradisi, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Keputusan seri 2-2 merencatkan usaha Kelantan untuk meraih tiga mata berharga dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan kini mengumpul 48 mata, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga ketika ini, LionsXII namun tetap mempunyai kelebihan tiga perlawanan berbanding pasukan dari Singapura itu.


Pada aksi yang disaksikan kira-kira 10,000 penonton itu, Kelantan yang memburu kemenangan ketiga ke atas Terengganu pada musim ini bermula dengan persembahan bertenaga apabila mendahului lawan menerusi dua gol awal dengan pemain sayap, Norfarhan Muhammad membuka jaringan buat pelawat pada minit keenam menerusi rembatan dalam kotak penalti yang gagal ditepis penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.

Ia diikuti jaringan cantik dihasilkan kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi pada minit ke-21 yang membakar semangat tuan rumah untuk mempamerkan cuba mempamerkan kebangkitan menerusi rembatan dalam kotak penalti oleh Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-40.



Kebangkitan Terengganu yang memperkemaskan corak permainan gagal dikekang anak-anak buah Bojan Hodak apabila tonggak pertahanan lawan, Mohd Muslim Ahmad menanduk masuk gol penyamaan selepas lima minit babak kedua bersambung.



Jaringan terbabit jelas membantu Terengganu yang terus menguasai perlawanan terutamanya di bahagian tengah dalam merencanakan serangan berterusan ke kubu Kelantan dilihat semakin hilang punca sehingga memaksa Hodak memasukkan Nurul Azwan Roya pada minit ke-65 diikuti Mohd Ramzul Zahini Adenan menggantikan Norshahrul Idlan Talaha untuk menghidupkan jentera serangan Kelantan.

Langkah terbabit gagal membuahkan hasil apabila Terengganu semakin rancak mengatur gerakan ke kubu lawan namun gagal menembusi Khairul Fahmi buat kali ketiga.

Tuesday, June 26, 2012

Kelantan dapat tonik baru malam ni!!!



Liga Super: Kelantan dapat tonik baru

Obinna Nwaneri (kanan) kembali perkuatkan benteng pertahanan Kelantan bagi merantai pergerakan Forkey Doe (kiri) malam ini.
KOTA BHARU – Kehadiran tiga tonggak ibarat menyuntik kekuatan baru buat barisan pemain The Red Warriors bagi menghadapi musuh tradisinya, Terengganu dalam pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,  Kuala Terengganu malam ini.

Kelibat Mohd Daudsu Jamaluddin serta dua awang import, Obinna Nwaneri dan Mohammad Ghaddar pasti ditagih setelah barisan pemain Kelantan dikecam hebat ekoran mempamerkan aksi longlai dalam tiga perlawanan sebelum  ini.

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan kehadiran tiga pemain tersebut mampu mengimbangi kekuatan pasukan bagi memburu tiga mata penting meski pun sedar tentangan sengit daripada pasukan yang bergelar Sang Penyu  dalam pertemuan ini.

“Saya gembira apabila ketiga-tiga pemain kembali berada di dalam kesebelasan utama. “Sudah pasti ia menjadi tonik baharu bagi kita menghadapi Terengganu di tempat mereka malam ini.

“Saya tahu penyokong kurang senang dengan aksi hambar kita tempoh hari. “Tetapi percayalah, bermula menentang Terengganu diikuti Selangor Jumaat ini, kita akan mempamerkan corak permainan sebenar. “Kita pergi ke sana untuk  menang. Semua orang tahu tentang perkara ini.

Penting bagi kita untuk meraih tiga mata. “Menang bererti kita menyamai mata dengan Lions XII dan sudah pasti menjadi pembakar semangat sebelum membuat perhitungan dengan Selangor nanti,” katanya.

Hodak bagaimanapun tidak dapat menurunkan Mohd Shakir Shaari dan S Chanturu dalam perlawanan ini, setelah kedua-dua mereka terpaksa diketepikan kerana menjalani pergantungan perlawanan dan kecederaan pangkal paha. Mengulas mengenai lawan yang pernah ditewaskan dalam pusingan kedua kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Mei lalu,

Hodak tetap menghormati keupayaan Terengganu yang disifatkan antara pasukan yang terkuat dalam saingan liga musim ini.

“Terengganu merupakan pasukan yang bagus kerana ramai pemain mereka mempunyai kemahiran individu tersendiri. “Saya tidak tahu apa masalah mereka (tewas dan seri dalam dua perlawanan terakhir) namun kita perlu berwaspada. “Saya lihat ancaman mereka hadir menerusi dua pemain tengah mereka iaitu Mohamad Ashaari (Samsudin) dan Joseph (Kalang Tie).

“Begitu pun kita tidak boleh melupakan Francis Forkey Doe yang mungkin boleh meragut  perjuangan kita untuk memburu tiga mata,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Liga Super 2012 : Apex azam sekat kemaraan Penyu



Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex
MENGIDAM untuk merangkul gelaran juara Liga Super musim ini, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyeru rakan sepasukannya supaya mengekalkan rentak cemerlang menjelang kunjungan ke Stadium Sultan Ismail  Nasiruddin Shah, Terengganu malam ini.

Sedar perlawanan malam nanti mampu membawa perubahan kepada The Red Warrior (TRW) yang kini ketinggalan tiga mata di belakang Lions XII, Khairul Fahmi atau Apex melihat ia peluang terbaik untuk mereka merampas kedudukan  pendahulu liga sebelum skuad Lions menyambung semula saingan liga mereka.

"Waktu rehat Lions selama tiga minggu daripada Liga Malaysia untuk memberi tumpuan kepada Kelayakan Piala AFC B-22 di Indonesia bulan hadapan, membuka jalan buat kami untuk memintas mereka terutama apabila kami  mempunyai kelebihan baki empat perlawanan.

"Perlawanan malam ini pasti sukar lebih-lebih lagi apabila kebanyakan tonggak Terengganu sudah kembali beraksi. Meskipun saya yakin kami mampu memenangi perlawanantersebut, namun kami masih perlu berhati-hati agar tidak tercicir sebarang mata," katanya.


Sumber : Sinar Harian

Monday, June 25, 2012

Liga Super: Kelantan capai kemenangan ke-14



KUALA LUMPUR - Pasukan Kelantan merekodkan kemenangan ke-14 dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah, 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Kemenangan tersebut daripada 20 perlawanan yang diharungi skuad Kijang setakat ini membolehkan mereka mengumpul 47 mata, tiga mata kurang berbanding
pendahulu liga, Lions XII dari Singapura yang tidak bermain hari ini.

Dua gol Kelantan pada perlawanan tersebut dijaringkan Rizal Fahmi Abdul Rosid pada minit ketujuh dan Indra Putra Mahyuddin pada lewat permainan.
Perak yang sebelum ini menduduki tangga keempat liga naik satu anak tangga selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak, di Stadium Negeri, Kuching.
Albert Dominique membuka jaringan untuk skuad Seladang seawal minit kesembilan permainan sebelum Azizan Saperi menyamakan kedudukan untuk pasukan
tuan rumah pada minit ke-45.



Michal Kubala mengesahkan kemenangan mutlak skuad bimbingan Norizan Bakar apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-21.
Kedah turut mencatatkan kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur, 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Penyerang tuan rumah, Mohd Faizal Abu Bakar membuka tirai jaringan pada minit ke-36 selepas beliau memanfaatkan hantaran lintang dari pemain import skuad Kenari dari Croatia, Vedran Gerc.
Vedran menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti sebelum skuad warga kota mengurangkan defisit jaringan
menerusi tendangan penalti oleh Zakaria Charara pada minit ke-79.

Sementara itu, dua pasukan Pantai Timur, T-Team dan Terengganu terpaksa berputih mata selepas mencatatkan keputusan seri ketika menentang lawan masing-masing.
T-Team mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Negeri Sembilan diStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Jean-Emmanuel Effa Owona memberikan gol pendahuluan kepada skuad Rusa sebelum Mohd Faiz Subri menyamakan kedudukan untuk T-Team, lapan minit kemudian.
"'Abang' mereka iaitu Terengganu pula terikat 2-2 dengan wakil kelab Lembah Klang, Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Dua gol Terengganu dijaringkan oleh Mazlizam Muhamad pada minit ketiga dan Mohamad Ashari Samsudin manakala dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh
Mohd Fauzan Zulkifli pada minit ke-30 dan Mickael Nicoise pada minit ke-37. 


 Sumber : Bernama

Saturday, June 23, 2012

Pengadil kata gol


COLLINA (kiri) memberi arahan ketika kendali latihan untuk pengadil hadapi saingan suku akhir, kelmarin.
COLLINA (kiri) memberi arahan ketika kendali latihan untuk pengadil hadapi saingan suku akhir, kelmarin.
Ini kesilapan manusia yang dilakukan manusia: Collina 

GDANSK (Poland): Pemain-pemain, pegawai dan peminat berehat sehari kelmarin daripada aksi Kejuaraan Eropah tetapi rasa tidak puas hati terus membelenggu tuan rumah bersama, Ukraine.
Mereka mengiringi Poland yang juga tuan rumah, keluar daripada kejohanan selepas tewas 1-0 di tangan England dengan gol Marco Devic yang tidak dikira menjadi tajuk perbualan utama.
Ketidakadilan di Ukraine turut dirasai Pierluigi Collina, ketua pengadil di badan induk bola sepak Eropah, UEFA, yang mengakui gol itu sepatutnya dibenarkan kerana sudah melintasi garisan gol. 

Ukraine masih dibayangi bantahan berterusan di atas penahanan bekas Perdana Menterinya, Yulia Tymoshenko, dan kerajaan British berkata akan memboikot perlawanan suku akhir antara England dan Itali di Kiev dengan tidak menghantar mana-mana menterinya ke sana Ahad ini. 

Ketika ditanya adakah ahli politik United Kingdom akan hadir, jurucakap kepada Perdana Menteri David Cameron berkata: “Tidak. Mereka tidak akan (menghadiri perlawanan itu). “Ia mencerminkan jadual padat menteri menjelang Olimpik dan kebimbangan berkenaan undang-undang Ukraine.” 

Pengadil dari Hungary, Viktor Kassai dan pembantunya di garisan gol menjadi mangsa kritikan di Ukraine kerana tidak membenarkan gol Devic, yang walaupun tidak akan membawa negara itu ke suku akhir, tetapi sekurang-kurangnya menyukarkan England. 
“(Di Euro 2012) kami mempunyai tiga situasi garisan gol. Dua daripadanya tepat, yang ketiga ternyata silap,” kata Collina. “Silap satu perkara, mengatakan bola itu melepasi lebih setengah meter satu perkara lagi. Bola itu hanya beberapa sentimeter (melintasi garisan).” 

Kassai tidak akan diturunkan lagi dalam kejohanan ini tetapi Collina berkata pegawai perlawanan tidak patut dipersalahkan. “Ini adalah kesilapan manusia yang dilakukan oleh manusia,” kata Collina. – Reuters



Sumber : Berita Harian

QPR FC akan bertemu The Red Warriors pada Julai



SEPANG - Kelab bola sepak Queens Park Rangers (QPR) merupakan pasukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan dan Sabah bulan depan sebagai sebahagian daripada pra-musim Asia Tour kelab itu.


Ketua Pegawai Eksekutif QPR Philip Beard berkata perlawanan menentang Kelantan akan diadakan di stadium Shah Alam pada 20 Julai manakala dengan pasukan Sabah Allstars di Kota Kinabalu pada 17 Julai.



"Kami akan membawa pemain kesebelasan pertama pada pertemuan itu. Ia satu penghormatan bagi QPR untuk datang dan bermain di Malaysia dan Indonesia bulan depan. Setiap orang di kelab itu sangat teruja mengenai lawatan ini.



"Kami berharap ia akan membolehkan peminat kami di Asia menyaksikan pasukan kami beraksi. Ini merupakan langkah yang besar bagi QPR untuk datang dan bermain di Asia dan kami berharap ini merupakan peluang pertama bagi lebih banyak peluang yang akan datang," katanya kepada pemberita mengenai pengumuman QPR Asia Tour di Akademi Air Asia di sini, hari ini.



Turut hadir Ketua Komersial Kumpulan Air Asia Kathleen Tan, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak. 



QPR atau lebih diknali sebagai 'Hoops' dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Tony Fernandes.



Semasa Asia Tour, pasukan itu akan berada di tiga bandar raya -  Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Surabaya ( Indonesia). Pasukan itu dijadual bermain menentang Persebaya FC di Surabaya pada 23 Julai.


 


Sementara itu, Beard berkata semasa lawatan itu, pasukan itu akan mencuba mencungkil bakat baru di Asia dan percaya pertemuan dengan Kelantan akan menjadi satu perlawanan yang menarik.



"Kami benar-benar mahu mengadakan latihan dengan bakat muda Malaysia. Saya akan meluangkan lebih banyak masa dengan pengerusi kelab Tan Sri Tony Fernandes untuk mencari bakat muda," katanya.  



Sementara itu, Annuar berkata perlawanan bersama QPR adalah persediaan pemanas badan untuk barisan utama Kelantan bagi menghadapi perlawanan Piala AFC menentang kelab dari Iraq, Arbil FC pada 18 Sept di negara itu dan 25 September di Kelantan.



"Satu penghormatan buat Kelantan apabila berpeluang bermain dengan pemain peringkat tinggi. Ini adalah persiapan untuk mereka (pemain).  Mungkin membantu mereka supaya tidak berasa rendah diri ketika di padang," katanya.



Baru-baru ini dua kelab EPL - Arsenal dan Manchester City - memasukkan Malaysia dalam Asia Tour mereka. Arsenal dan juara EPL Manchester City akan mengadakan perlawanan
persahabatan dengan skuad senior Malaysia yang dilatih Datuk K.Rajagobal.



Arsenal akan bermain pada 24 Julai manakala Manchester City pada 30 Julai dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di stadium Shah Alam. - Bernama


Sumber : Sinar Harian

Kelantan buru import baru



Kelantan buru import baru

Annuar Musa
KOTA BHARU - Wakil tunggal negara dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kelantan bercadang untuk membawa masuk beberapa muka baru bagi memantapkan pasukan menjelang pertemuan dengan wakil Iraq, Arbil pada saingan suku akhir kejohanan 15 September ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan tersebut dibuat selaras dengan peraturan yang digubal oleh AFC dimana pasukan yang layak ke saingan suku akhir boleh mendaftarkan pemain baru sebelum bulan Ogos nanti.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk mengambil beberapa pemain tempatan yang tidak terlibat dalam saingan Piala Malaysia dan pihaknya sedang mengenal pasti pemain itu.

“Sekarang ini, Keita Mandjou menjadi pemain import baharu The Red Warriors untuk saingan AFC dan beliau akan menjalani latihan bersama pasukan bermula 25 Jun ini serta akan beraksi menentang kelab Liga Perdana Inggeris Queen Park Rangers (QPR) nanti.

“Selain itu, saya meminta ketua jurulatih, Bojan Hodak untuk mencari seorang lagi pemain import dan tidak salah Kafa mengeluarkan sedikit belanja bagi memperkuatkan pasukan dalam mengharungi saingan AFC,” katanya.

Menurutnya, secara tidak langsung Kelantan dapat mengimbangi kekuatan wakil dari Iraq itu yang begitu berpengalaman dalam saingan berkenaan.

Mengulas mengenai peluang pasukannya pada pertandingan tersebut, Annuar memberitahu pihaknya meletakkan sasaran untuk meraih keputusan seri pada perlawanan pertama di Iraq dan menang di Kota Bharu.

“Ini peluang terbaik kita untuk mencipta sejarah dengan layak ke saingan separuh akhir dan ia perlu digunakan sebaik mungkin,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima wang RM300,000 dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hasil jualan tiket ketika perlawanan akhir Piala FA.

“Jadi wang tersebut belum diagihkan kepada pemain, bagaimanapun, bonus berjumlah RM200,00 yang dijanjikan dalam bentuk pelancongan itu akan diberikan pada 20 November ini.

“Kesemua pemain akan dibawa melancong ke Eropah sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan tersebut,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Saturday, June 9, 2012

Jadual Penuh EURO 2012 mengikut waktu Malaysia




Jadual Perlawanan Euro 2012 waktu malaysia




Senarai Team Group EURO 2012

  • Group A : Poland, Greece, Russia, Czech Republic
  • Group B : Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
  • Group C : Spain, Italy, Ireland, Croatia
  • Group D : Ukraine, Sweden, France, Englan