Nuffnang Ads

Tuesday, May 29, 2012

Sultan Johor Pemilik Sah Nombor Plat Kereta WWW 1


Sultan Johor Pemilik Nombor Plat Kereta WWW 1 | Selepas berteka teki siapakah individu yang membuatbidaan tertinggi terhadap plat kereta WWW 1 akhirnya sudah terjawab. Sultan Johor kini pemilik nombor plat pendaftaran kereta WWW 1 dengan bidaan tertinggi iaitu RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida laintermasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100. Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.

Melayukini.net - Ramai tertanya-tanya mengapakah ada orang yang sanggup berhabis duit semata-mata mahu membeli nombor plat sehinga mencecah ratusan ribu. Jawapannya adalah subjektif. Citarasa orang lain adalah berbeza-beza. Penjualan nombor plat ini juga menyumbang kepada pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan 

Sumber : Melayukini.net

Monday, May 28, 2012

Jadual Perarakan & Pameran trofi Piala FA 2012


Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengarak dan mempamerkan Piala FA yang dimenangi The Red Warriors pada 19 Mei lepas.


Perarakan dan pameran ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peminat dan penyokong  melihat dengan lebih dekat piala FA yang dijulang Sang Kijang.

Ia dijangka akan mula dipamerkan pada hari Jumaat ini bermula dari Wisma KAFA sehinggalah pada hari terakhir dimana ia akan diletakkan di Muzium Negeri untuk pameran.

Berikut adalah jadual yang diberikan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkaitan dengan pameran dan perarakan Piala.

1 Jun - 3 Jun : Wisma KAFA --> Tesco KB (Jumaat-Ahad)
8 Jun : Friendly Kelantan melawan ATM - Stadium Sultan Muhamad Ke-IV (Jumaat)
9 Jun : Dataran Warisan Kok Lanas sempena Karnival Happy dan Penaja (Sabtu)


Sumber : www.redsfcnews.net

Kelantan yakin kekal juara liga : Bojan



KEHILANGAN dua mata ketika dipaksa terikat dengan keputusan seri 0-0 menentang Johor FC di Stadium Pasir Gudang kelmarin tidak merencatkan peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lalu.

Disebalik faktor keletihan yang menghantui barisan Kelantan kelmarin, jurulatihnya, Bojan Hodak percaya pasukannya masih berada di landasan betul untuk mengembalikan rentak kemenangan dalam baki perlawanan liga selepas ini.
“Memang saya tidak puas hati tapi satu mata sudah memadai buat kami. Secara keseluruhannya pemain sedikit letih dan Johor FC pula berjaya memberikan saingan kepada kami.





“Apa pun saya yakin kami berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super. Saya percaya selepas cuti rehat tiga hari, pemain akan bangkit untuk kembali mencatatkan kemenangan dalam baki saingan liga musim ini,” katanya semalam.

Dalam perlawanan kelmarin, The Red Warriors yang dilihat menguasai perlawanan gagal menghasilkan gol namun sebaliknya hampir dihukum penyerang tuan rumah tetapi bernasib baik apabila peluang terbaik menerusi tandukan Arthur Hendrique sekadar menggegarkan palang.

Bagi mengelakkan keputusan sama, semua pemain Kelantan diberikan rehat selama tiga hari dan akan kembali menjalani latihan pada 31 Mei.

“Farhan jelas letih selepas bermain penuh ketika menentang Terengganu manakala Matyo (Norshahrul) pula masih bergelut untuk kembali ke prestasi sebenarnya. 
“Sebab itu saya terpaksa gantikan mereka dengan Ramzul (Zahini Adenan) dan Azlan (Ismail). Azlan berpeluang untuk menjaringkan gol di minit akhir perlawanan namun dia sedikit gopoh dalam segi penyudah,” katanya.


Sumber : Berita Harian
Gambar : news.gegar.my

Friday, May 25, 2012

Piala AFC: Denda bakal cemar imej Kafa



Perlawaman Piala AFC

Dennis Antwi diasak oleh pemain pertahanan Terengganu Muslim
Ahmad ketika cuba menjaringkan gol.
SEBARANG hukuman yang bakal diterima Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan insiden segelintir penyokong yang bertindak agresif akan memberi imej buruk kepada  The Red Warriors dalam dunia bola sepak tempatan, kata Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Khairi Yazid.

Beliau yang kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Kelantan yang hadir bukan atas semangat kesukanan dengan melakukan sesuatu menyalahi undang-undang hanya mencemari imej persatuan dan nama baik Kelantan selaku gergasi bola sepak Malaysia.

"Saya kesal dengan kejadian ini kerana kejayaan layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sepatutnya diraikan dengan penuh kemegahan tetapi ia dicemari tindakan segelintir penyokong yang tidak berdisiplin.

"Kita bangga mempunyai ramai penyokong namun apabila segelintir penyokong tidak berdisiplin, ia memberi masalah kepada seluruh penyokong dan pasukan dimana bukan sahaja dikenakan denda malah nama baik Kelantan yang kini melonjak naik turut akan tercemar," kata Khairi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  mengenai nasib Kafa yang dilaporkan bakal menerima hukuman denda berjumlah AS$5,000 (RM15,773) untuk setiap kesalahan berikutan segelintir penyokong The Red Warriors yang bertindak membakar mercun, selain membaling objek seperti bekas minuman didalam stadium ketika perlawanan Piala AFC antara Kelantan dan Terengganu, kelmarin.

Demi menjaga nama baik Kelantan, Khairi berharap peminat-peminat The Red Warriors mampu mengawal emosi setiap kali pasukan beraksi di atas padang walaupun ada kalanya keputusan perlawanan tidak memihak kepada pasukan.

"Saya harap insiden seumpama ini tidak berulang. Tidak mereka meraikan kemenangan itu tapi ada batasnya. Seharusnya mereka meraikan dengan cara yang selamat dan tidak memberi kesan kepada persatuan," tegas Khairi.


Sumber : Sinar Harian

Piala AFC 2012: Hodak anggap bukan kemenangan mudah ke atas Terengganu



Antwi (kiri) sentiasa memberi masalah kepada pertahan Terengganu.

Antwi (kiri) sentiasa memberi masalah kepada pertahan Terengganu.
KEJAYAAN Kelantan menewaskan Terengganu 3-2, membolehkan pasukan tersebut muncul selaku wakil negara yang keempat selepas Kedah, Perak dan Selangor mara ke saingan suku akhir kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sejak diperkenalkan lapan tahun lalu.

Namun, Ketua Jurulatih The Red Warriors, Bojan Hodak tampil secara profesional apabila enggan meraikan kejayaan pasukannya malah menyifatkan kemenangan tersebut bukanlah diperolehi dengan cara mudah meski pun mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

“Secara jujur bukan tugas mudah bagi kita menghadapi Terengganu dalam pusingan kalah mati seperti ini. Sabtu lalu kita beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA dan pemain saya nampak kurang bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk bertemu pasukan Terengganu.

“Malah beberapa hari lalu, di kem Terengganu, mereka juga melancarkan perang saraf dengan membayangkan mampu menewaskan Kelantan di sini. Apa mereka fikir kita sebuah pasukan yang setaraf seperti MP Muar atau NS Betaria FC yang mudah untuk ditewaskan?

“Anda boleh lihat pada babak pertama, pemain saya menunjukkan prestasi yang baik sehingga berjaya menjaringkan tiga gol. Tetapi saya kurang gembira dengan aksi pemain pada babak kedua. Mereka seolah-olah berasa terlalu  selesa (kelebihan tiga gol) sehingga membenarkan Terengganu menjaringkan dua gol selepas itu. Dalam perlawanan tersebut, Kelantan mendahului 3-0 menerusi dua jaringan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ketiga dan 19 perlawanan sebelum Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid melengkapkannya pada minit-minit akhir babak pertama.

Terengganu bagaimana pun bangkit pada babak kedua menerusi jaringan Ismail Faruqi Asha’ri pada m-53 dan sepakan penalti Francis Forkey Doe pada m-83 perlawanan.

Namun sudah terlambat bagi mereka mencipta kejutan di Kota Bharu. Sementara itu, pengendali baharu Terengganu, Peter Butler menyifatkan kelincahan pemain import, Dennis Antwi menjadi duri dalam daging kepada pasukannya untuk menewaskan Kelantan dalam perlawanan tersebut.

“Gol pertama Kelantan hadir terlalu awal ketika permainan tak sampai pun lima minit berlangsung. Itu yang mengubah rentak permainan kami. Antwi sentiasa memberi masalah kepada benteng pertahanan kami. “Meski pun tewas,  tetapi saya gembira dengan persembahan pemain. Mereka menunjukkan karakter yang bagus untuk bangkit memberikan tentangan sengit kepada pemain Kelantan,” katanya.  


Sumber ; Sinar Harian

Kafa bakal berdepan denda AFC



Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim
DI sebalik kejayaan Kelantan menewaskan Terengganu 3-2 dalam perlawanan pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), ada berita kurang menyenangkan apabila dikhabarkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) besar kemungkinan bakal berdepan hukuman denda.

Semuanya gara-gara tindakan segelintir penyokong The Red Warriors yang bertindak membakar mercun, selain membaling objek seperti bekas minuman di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung.

Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim (gambar) melahirkan kekecewaan di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Kelantan yang hadir memberikan sokongan dengan cara salah sehingga terpaksa berdepan hukuman oleh badan induk bola sepak Asia itu.

Menurutnya, Kommissioner perlawanan, Munem Fakhoury mengesahkan akan menulis laporan kepada sekretariat pertandingan berdasarkan tindak-tanduk penyokong Kelantan yang melakukan perkara bertentangan dengan peraturan.


Sumber : Sinar Harian

Thursday, May 24, 2012

Jadual Perlawanan Yang Melibatkan Kelantan Sepanjang Mei & Jun & Julai 2012 Termasuk Siaran Langsung


Selamat Tinggal "NWOHA 18"

Penyerang import Kelantan,Nwoha MENAMATKAN KONTRAKNYA SEPERTI DIJANJIKAN DGN TAMATNYA PUSINGAN AWAL AFC CUP..BELIAU AKAN PULANG KE NIGERIA KERANA ISTERINYA BAKAL MELAHIRKAN ANAK PERTAMA MEREKA..KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KPD NWOHA YG TELAH SAMA SAMA BERJUANG DGN TRW DAN TELAH TURUT MEWARNAI LIKU LIKU PERJALANAN PASUKAN KITA..KITA UCAPKAN SELAMAT MAJUJAYA KPD NWOHA.....JASA TETAP DIKENANG