Nuffnang Ads

Monday, March 19, 2012

‘Kami tak jual perlawanan kepada Kelantan’



KAPTEN Perak, Shahrulnizam Mustapa yakin tiada unsur menjual perlawanan berlaku ketika Seladang tumpas 2-0 kepada pendahulu Liga Super, Kelantan di Stadium Perak, malam kelmarin.
Sebaliknya Shahrulnizam yang lebih dikenali sebagai Arul yakin pasukan itu tumpas hasil dua kesilapan asli penjaga gawang, Mohd Nasril Nourdin.


“Saya tidak fikir ada unsur rasuah berlaku dalam perlawanan ini. Ia adalah kesilapan asli yang dilakukan seorang penjaga gol. Perkara ini lumrah dalam bola sepak. Penjaga gol bertaraf dunia pun lakukan kesilapan.

“Agak malang bagi Nasril malam tadi (kelmarin) adalah malam hitam buatnya. Dua kesilapan itu membuat pasukan terhukum,”katanya berikutan tindakan peminat sangsi dengan cara dua gol yang dijaringkan Kelantan.



Pada perlawanan itu, Kelantan memperoleh gol pendahuluan pada m-10 apabila sepakan percuma Daudsu Jamaluddin dari jarak 35 meter terus menuju ke dalam gawang dengan Nasril keluar jauh dari garisan gol.



Kesilapan agakan pemain itu sekali lagi menghasilkan gol kedua apabila tidak menutup ruang yang sepatutnya ketika lawan mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti yang menyaksikan bola sepakan kaki kiri Zairul Fitree melencung terus menerjah jaring. Bekas pemain tengah kebangsaan itu berpendapat sudah menjadi lumrah apabila pasukan kalah ada pihak yang terpaksa menjadi kambing hitam dan dipersalahkan.


“Bila kalah ada saja. Semua orang buat silap.Cuma masalahnya sebagai penjaga gol kalau buat silap akan mengakibatkan gol berbanding dengan penyerang atau tengah jika buat silap masih ada jentera bahagian pertahanan boleh tutup. Sebaliknya jika penjaga gol buat silap tidak ada sesiapa boleh tolong untuk selamatkan keadaan,”katanya.



Arul turut mempertahankan Nasril dengan berkata, selama ini pemain itu banyak membantu pasukan serta beraksi konsisten.


Apapun hakikatnya skuad kendalian Bojan Hodak beraksi mantap untuk mengecewakan Seladang di hadapan kira-kira 20,000 penyokongnya yang tampil dengan harapan menyaksikan mereka melenyapkan ego pendahulu liga itu. Hodak memuji persembahan anak buahnya yang beraksi mantap pada 45 minit babak pertama untuk menghasilkan kemenangan penting itu.


“Walaupun pemain mengendurkan cengkaman pada separuh kedua tetapi saya berbangga mereka berjaya bertahan dan cekal mengharungi baki saingan dan arus tekanan pasukan tuan rumah,” katanya.


Sumber  Berita : Metro
Sumber Foto : Al-Khalil

No comments:

Post a Comment