Nuffnang Ads

Saturday, March 17, 2012

Kijang mahu baham Seladang


MISI balas dendam! Itulah gambaran pertembungan Liga Super antara Perak dengan Kelantan di Stadium Perak di Ipoh, malam ini. 

Selain mahu mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super, The Red Warriors pastinya turun dengan satu lagi misi untuk membalas dendam terhadap kekalahan memalukan 0-4 kepada Perak di stadium sama tahun lalu.

Walaupun dijangka turun tanpa penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) yang cedera, faktor itu tidak pernah melunturkan semangat pemain, malah pengendali Bojan Hodak tetap menuntut aksi lebih hebat daripada anak buahnya.
“Saya mahu pemain mempamerkan aksi lebih baik daripada apa yang pernah mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini, sekali gus menjarakkan mata dengan pasukan lain,” kata pengendali dari Croatia itu. 
Pada masa sama, Hodak menegaskan Kelantan kini tidak mempunyai banyak pilihan dan perlu mengutip tiga mata penuh selepas berehat hampir dua minggu. 

“Memang sebelum ini pemain kelihatan sedikit letih ketika menentang Kuala Lumpur. Tapi bagi aksi menentang Perak ini, saya tidak mahu lihat pemain mengulangi kesilapan yang sama. 

“Mereka perlu segera bangkit dan terus mengutip tiga mata bagi memastikan kedudukan pendahulu Liga Super tidak tergugat,” katanya.

Sumber Berita ; Berita Harian
Sumber  Foto ; Support Malaysia League

No comments:

Post a Comment