Nuffnang Ads

Friday, March 23, 2012

Tan Sri Annuar Musa Angkuh?



Dalam FAM, banyak keganjilan berlaku. Jawatankuasa Rayuan yang sepatutnya mendengar, mengekalkan atau menambah hukuman dalam kes Sathia sebelum ini, bertindak menjatuhkan hukuman gantung kepada Sathia dalam sesi penggulungan. 
DALAM kemaskini laman FB peribadi beliau sebentar tadi, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan telah menerima Surat Pertuduhan, seperti yang sebut oleh Datuk Azzudin, Setiausaha Agong FAM.

Menurut Tan Sri Annuar, surat yang dialamatkan ke kediaman beliau tersebut diterima sejurus sampai dari Myanmar, setelah bersama-sama pasukan Kelantan dalam saingan AFC menentang Ayeyawady United FC pada 21 Mac lalu.

Kandungan surat yang bertanda DENGAN TANGAN (By Hand) di antaranya mengarahkan Tan Sri menjawab pertuduhan yang disebut di dalamnya sebelum jam 12 tengah hari, 23 Mac 2012.

Saya percaya, dengan pengalaman yang Tan Sri miliki, beliau akan dapat menurut syarat berkenaan, dan wajar menjawab, "mengaku tidak bersalah" untuk semua pertuduhan yang dinyatakan.

Langkah seterusnya, adalah untuk mendapatkan khidmat peguam untuk meneliti kandungan surat pertuduhan tersebut dan juga Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia, untuk menyediakan pembelaan bertulis dan lisan bagi perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang katanya akan berlangsung pada 29 Mac 2012.

Dalam lapuran akhbar yang diterbitkan hari ini, Tan Sri dilabelkan sebagai "bersingkap angkuh" kerana tidak menjawab pertuduhan berkenaan dengan kadar segera.


Saya hairan dengan akhbar berkenaan yang secara terbuka menghina Timbalan Presiden FAM dengan ayat berkenaan. Ini proses pertuduhan dan belum lagi disabitkan kesalahan, jangan "menghukum" terlalu cepat, takut anda pula akan terjerat.

Dalam FAM, banyak keganjilan berlaku. Jawatankuasa Rayuan yang sepatutnya mendengar, mengekalkan atau menambah hukuman dalam kes Sathia sebelum ini, bertindak menjatuhkan hukuman gantung kepada Sathia dalam sesi penggulungan. Anehkan? Tapi itu sebenarnya yang terjadi.

Kita berharap sesuatu yang baik akan timbul dari sensai ini. Media sukan arus perdana kebanyakannya bertindak menyokong tindakan FAM, tapi masih ada Media seperti kami yang akan menyokong dan memberi kepercayaan penuh kepada Tan Sri.

Bukan kerana kami dibayar, bukan kerana kami mengamalkan budaya kipas, tapi kerana kami adalah The Red Warriors. Kalau mereka boleh "bersatu dan bersekutu" dengan FAM, kami juga boleh berbuat demikian dengan Tan Sri Annuar Musa dan KAFA. 


                                                               Sumber : new.gegar.my  

No comments:

Post a Comment