Nuffnang Ads

Sunday, March 11, 2012

Kelantan meneruskan rentak cemerlang



 PEMAIN Kelantan meraikan gol kedua Kelantan oleh Indra Putra pada aksi  pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
PEMAIN Kelantan meraikan gol kedua Kelantan oleh Indra Putra pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi menyumbang satu gol dan membantu mencipta satu jaringan tatkala The Red Warriors memastikan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-2 pada saingan pusingan kedua di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, malam tadi.



Johor FC mencipta kejutan besar menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 5-4 selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum seri 2-2 di Stadium Pasir Gudang.
Sekalipun dikhabarkan keletihan kerana mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu,Kelantan yang mengungguli carta Liga Super ketika ini nyata sukar ditandingi pada aksi di laman sendiri apabila mendahului pelawat 2-1 pada aksi babak pertama, sebelum menokok satu lagi gol pada babak kedua.

Gol pertama The Red Warriors hadir pada minit ke-30 menerusi Norfarhan Mohamad apabila menerima lorongan cantik daripada Mohd Badri Radzi sebelum menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Rozaimi Rohim.

Sembilan minit selepas gol pembukaan itu, anak buah Razip Ismail bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain gantian, Mohd Afiq Azmi yang dibawa masuk minit ke-32 menanduk masuk sepakan penjuru menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang tuan rumah.

Namun, empat minit kemudian, kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah kembali bergemuruh apabila Kelantan sekali lagi mendahului menerusi rembatan Indra Putra Mahayuddin untuk menjadikan kedudukan 2-1 menuju waktu rehat. 
Bersambung babak kedua, anak buah Bojan Hodak terus mengganas apabila Mohd Badri atau nama jolokannya Piya menambah satu lagi gol pada minit ke-65.

Pelawat merapatkan jurang pada masa kecederaan menerusi gol hasil sepakan percuma Fauzan Abdullah, namun ia sudah terlewat. Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur SPA yang menewaskan Preah Khan Reach FC 1-0, malam tadi


sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment