"Memang rasa janggal kerana saya bukan pemain pertahanan tengah yang tulen dan hanya kadang-kadang diletakkan di posisi itu sewaktu perlawanan persahabatan sebelum ini. Tapi bila jurulatih dah letak, saya kena lakukan tugas. 

"Tapi itulah, kesilapan yang saya buat itu membuatkan saya cukup berasa kesal dan kecewa. 


Ia kesilapan mudah tetapi benda dah nak jadi," kata Amar ketika ditemui di lobi Hotel Golden Tulip Sovereign sebelum berlepas pulang ke tanah air, pagi semalam. 

Kelekaan Amar ketika cuba menyepak keluar bola tandukan Panupong Wongsa selepas sepakan gol oleh Farizal Marlias menyebabkan bola jatuh tepat ke kaki Teerasil Dangda yang terus melarikan bola dan melepaskan rembatan untuk gol pertama Thailand pada minit ke-60. 
"Moral saya sedikit luntur selepas jaringan itu kerana susah untuk bangkit membalas defisit gol lebih-lebih lagi apabila Thailand menambah gol kedua, empat minit kemudian. 

"Ketika beraksi 11 lawan 11 pada separuh masa pertama, kami masih dapat bertahan dengan baik dan permainan pun masih seimbang. 

Tapi bermula separuh masa kedua, memang ruang agak terbuka untuk Thailand terus menekan kami," jelas Amar.