Nuffnang Ads

Monday, December 24, 2012

Jumlah kecil pemain The Red Warriors dalam skuad kebangsaan dipersoal


Kekurangan pemain berkaliber daripada pasukan Kelantan dalam skuad Harimau Malaya terus dipersoalkan beberapa pihak yang mengikuti rapat kancah bola sepak tanah air.


Antara persoalan yang terus hangat dibualkan adalah kenapa pasukan Harimau Malaya yang dibimbing jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak dibarisi ramai pemain skuad Kelantan.

Sedangkan pasukan The Red Warriors merupakan juara treble musim lalu.

Kebanyakan pengkritik sukan berpendapat, sistem pemilihan pemain negara tidak sistematik, malah mereka percaya pemain-pemain dari pasukan yang menjuarai kejohanan besar domestik sepatutnya mendapat tempat.

"Sudah tiba masanya Rajagobal melakukan perubahan dengan menyenaraikan pemain dari pasukan yang menjuarai kejuaraan tertinggi dalam saingan bola sepak tempatan.

"Jadi pasukan yang merangkul kejuaraan paling banyak musim ini ialah Kelantan sepatutnya pemain dari pasukan inilah yang sepatutnya diberi peluang untuk memperkuatkan pasukan Harimau Malaya.


"Lagipun pemain Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa iaitu dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambahnya, pendekatan tersebut turut dipraktikkan pasukan Singapura dan Thailand yang membariskan pemain dari pasukan yang menjuarai liga di negara masing-masing.

"Saya yakin dan percaya kehadiran pemain Kelantan seperti kapten paling berpengaruh Mohd.Badhri Radzi, Nor Farhan Mohamad, Indra Putra Mahyuddin dan beberapa pemain lain yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa  membantu pasukan," katanya.

Turut senada dengan pendapat yang diutarakan itu ialah bekas pemain kebangsaan era-60, Mahadi Yusoff.
Mahadi berkata, sudah tiba masanya pengendali skuad kebangsaan itu menyenaraikan beberapa tonggak Kelantan bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan kelayakan Piala Asia nanti.

"Pendapat saya, amat wajar pasukan kebangsaan diperkuatkan dengan pemain dari skuad yang menjuarai liga sebagaimana dibuat ketika saya menyarung jersi negara pada akhir tahun 60-an dulu.

"Langkah ini cukup berkesan kerana mereka sudah serasi dan memahami cara permainan masing-masing. Sebagai contoh Mohd. Badhri dilihat cukup memahami kehendak dan corak permainan Norshahrul, buktinya dua jaringan yang dihasilkannya ketika aksi akhir Piala Malaysia adalah hantaran Badhri," tegasnya.

No comments:

Post a Comment