Rekod jaringan terbanyak dalam setahun milik lagenda bola sepak Jerman, Gerd Mueller yang bertahan selama 40 tahun akhirnya dipecahkan Lionel Messi kelmarin selepas penyerang Barcelona itu menjaringkan dua gol pada minit ke-85 dan 86 ketika menewaskan Real Betis 2-1.
Pemain berusia 25 tahun dari Rosario, Santa Fe, Argentina itu mengukuhkan peluangnya mencatat satu lagi rekod andai dianugerah Ballon d’Or buat kali keempat berturut-turut.
Kehebatan menggelecek, keserasian bersama pasukan dan kekerapan menjaringkan gol menjadikannya pemain lebih sempurna.
Malah dia membuktikan dirinya mampu terus menyerlah pada majlis anugerah sukan yang menawarkan hadiah terbesar dengan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan lima kejuaraan La Liga.
Messi juga dua kali memenangi anugerah pemain terbaik Piala Dunia Fifa selain menjadi pendahulu senarai penjaring terbanyak Barcelona dengan 283 gol dalam semua kejohanan.
Berbekal kebolehan semula jadinya itu, Messi langsung tiada bandingan dalam sukan ini namun kelincahan kakinya bersama Barcelona itu tidak pernah menjadi ketika bersama pasukan kebangsaan.
Messi menjaringkan 31 gol dalam 76 perlawanan bersama Argentina, satu rekod yang mengecewakan dan tidak mampu menyelamatkan negaranya dari tersingkir di suku akhir Piala Dunia 2010 dan Copa America yang dianjur negaranya tahun lalu.
Pengkritik sering mengatakan Messi tidak boleh dibandingkan dengan Pele mahupun Diego Maradona semata-mata kerana kehebatannya bersama kelab, melainkan dia meninggalkan kesan mendalam pada kejohanan utama antarabangsa.
Peluang untuk Messi melakukannya adalah pada Piala Dunia Brazil 2014 pada usia 26 tahun dan dia mesti berada dalam kedudukan terbaik untuk menunjukkan bakatnya pada kejohanan paling berprestij itu.
“Saya masih menaruh impian bergelar juara dunia dan menjulang Copa America bersama pasukan kebangsaan,” kata Messi.
“Saya tahu apa yang perlu dilakukan dan yakin mampu melaksanakannya
No comments:
Post a Comment