Nuffnang Ads

Tuesday, March 13, 2012

Pertahanan rapuh: Hodak


Kelantan FA
KETUA jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika bertemu Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Jurulatih dari Croatia itu berkata, walaupun menang 3-2, aksi yang ditunjukkan, pemain Kelantan gagal memikat hatinya berikutan pertahanan lemah disebabkan kurang konsentrasi.

“Kita melalui minggu sukar, apabila terpaksa menghadapi tiga perlawanan dalam masa enam hari dan kamu boleh lihat pemain sedikit letih. Saya gembira kita tetap menang.

Bagaimanapun, saya tidak gembira dengan pertahanan malam ini (kelmarin) kerana ada beberapa situasi mereka perlu bertindak lebih baik. Sepatutnya kita menang 3-1, tapi pada minit terakhir ia menjadi 3-2 disebabkan kurang konsentrasi dan kita perlu perbaikinya,” katanya.

Gol Kelantan dijaringkan Norfarhan Mohamad (minit ke-30), Indra Putra Mahyuddin (m-43) dan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi (m-65), manakala jaringan pelawat dihasilkan Muhd Afiq Azmi (m-39) dan Fazuan Abdullah pada minit akhir perlawanan.


Sumber : Sinar Harian

Kerajaan Kelantan bina stadium sendiri



KERAJAAN Pas Kelantan akan meneruskan cadangan membina stadium sendiri walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bercadang membina sebuah bernilai RM300 juta di Bandar Baharu Tunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata keputusan Kafa itu tidak menjejas cadangan asal kerajaan negeri. 
"Ada lebih banyak stadium lebih baik dalam usaha kerajaan membangunkan bidang sukan bola sepak di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Cakna Rakyat Kelantan 2011, di Dewan Teratai Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan kerajaan negeri akan membina stadium sendiri menerusi projek bersepadu secara penswastaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.
Katanya, pembinaan stadium bersekali projek lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu itu adalah berikutan kegagalan kerajaan negeri berunding dengan Kerajaan Pusat untuk membina stadium terbesar di Bandar Baru Tunjung kerana melibatkan kos yang tinggi.
Pada 25 Februari lepas, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, pihaknya akan membina stadium itu di atas tanah seluas kira-kira lapan hektar di bandar baharu itu.
Annuar berkata Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V telah membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjung dibangunkan, termasuk membina stadium canggih seluas lapan hektar dengan reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City.
Abdul Fatah berkata, pada masa sama kerajaan negeri akan meneruskan rancangan menaikkan taraf Stadium Sultan Muhammed Ke-IV bagi membolehkan penganjuran sukan yang lebih besar dan bertaraf dunia.
"Setakat ini, kita sedang berusaha menambahkan kemudahan yang diperlukan bagi mengadakan penganjuran bola sepak peringkat antarabangsa, seperti lampu limpah dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya. - Bernama 

Sumber : Sinar Harian

Sunday, March 11, 2012

Bojan: Persembahan Kelantan kurang memuaskan




Bojan Hodak
KOTA BAHARU - Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika bertemu Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.
Jurulatih dari Croatia itu berkata walaupun menang 3-2, aksi yang ditunjukkan pemain Kelantan gagal memikat hatinya berikutan pertahanan yang  lemah disebabkan kurang konsentrasi.
 
"Kita melalui minggu yang sukar apabila terpaksa menghadapi tiga perlawanan dalam masa enam hari dan kamu boleh lihat pemain sedikit letih. Saya gembira kita tetap menang.
 
"Bagaimanapun, saya tidak gembira dengan pertahanan malam ini kerana ada beberapa situasi mereka perlu bertindak lebih baik. Sepatutnya kita menang 3-1 malam ini, tapi pada minit terakhir ia menjadi 3-2 disebabkan kurang konsentrasi, dan kita perlu perbaikinya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.
 
Gol Kelantan dijaringkan Norfarhan Mohamad (minit ke-30), Indra Putra Mahyuddin (min 43) dan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi (min 65). Jaringan Kuala Lumpur pula dihasilkan Muhd Afiq Azmi (min 39) dan Fazuan Abdullah pada minit akhir perlawanan.
 
Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Mohamed Razip Ismail berkata barisan pemainnya memberi tentangan hebat dalam perlawanan itu namun masih buntu untuk menjaringkan gol walaupun berjaya menembusi pertahanan Kelantan.
 
Menurutnya, mereka memberi banyak peluang kepada penyerang Kelantan untuk menjaringkan gol. - Bernama

sumber : Sinar Harian

Kelantan meneruskan rentak cemerlang



 PEMAIN Kelantan meraikan gol kedua Kelantan oleh Indra Putra pada aksi  pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
PEMAIN Kelantan meraikan gol kedua Kelantan oleh Indra Putra pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi menyumbang satu gol dan membantu mencipta satu jaringan tatkala The Red Warriors memastikan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-2 pada saingan pusingan kedua di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, malam tadi.



Johor FC mencipta kejutan besar menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 5-4 selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum seri 2-2 di Stadium Pasir Gudang.
Sekalipun dikhabarkan keletihan kerana mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu,Kelantan yang mengungguli carta Liga Super ketika ini nyata sukar ditandingi pada aksi di laman sendiri apabila mendahului pelawat 2-1 pada aksi babak pertama, sebelum menokok satu lagi gol pada babak kedua.

Gol pertama The Red Warriors hadir pada minit ke-30 menerusi Norfarhan Mohamad apabila menerima lorongan cantik daripada Mohd Badri Radzi sebelum menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Rozaimi Rohim.

Sembilan minit selepas gol pembukaan itu, anak buah Razip Ismail bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain gantian, Mohd Afiq Azmi yang dibawa masuk minit ke-32 menanduk masuk sepakan penjuru menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang tuan rumah.

Namun, empat minit kemudian, kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah kembali bergemuruh apabila Kelantan sekali lagi mendahului menerusi rembatan Indra Putra Mahayuddin untuk menjadikan kedudukan 2-1 menuju waktu rehat. 
Bersambung babak kedua, anak buah Bojan Hodak terus mengganas apabila Mohd Badri atau nama jolokannya Piya menambah satu lagi gol pada minit ke-65.

Pelawat merapatkan jurang pada masa kecederaan menerusi gol hasil sepakan percuma Fauzan Abdullah, namun ia sudah terlewat. Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur SPA yang menewaskan Preah Khan Reach FC 1-0, malam tadi


sumber : Berita Harian

Friday, March 9, 2012

Nwoha perlu masa cari rentak - Bojan




Tidak mahu cepat menghukum dan mahu memberikan peluang, mungkin itulah yang difikirkan oleh jurulatih Kelantan, Bojan Hodak apabila memperkatakan mengenai penyerang import dari Nigeria, Onyekachi Nwoha.
Memang tiada apa yang istimewa jika mahu dibandingkan aksi pemain berusia 29 tahun itu dengan seorang lagi pemain yang digugurkan bagi Liga Malaysia, Mohammed Ghaddar pada perlawanan menentang Navibank Saigon bagi saingan Piala AFC, dua hari lalu namun Bojan masih mempertahankan kredibiliti bekas penyerang kelab Al-Fujairah itu.
''Dia adalah seorang pemain yang bagus, dia mempunyai pengalaman bermain di Qatar sebelum datang ke sini.


''Masalahnya Nwoha sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif, itu yang menyebabkan dia mengambil masa untuk mendapat kembali rentak sebenar.

Sumber : Utusan Malaysia

Kijang tagih penyudah Mat Yo




DERETAN peluang terhidang di depan gawang pasukan kelab Vietnam, Navibank Saigon yang gagal disempurnakan penyerang trio import membuktikan Kelantan sememangnya menagih bisa penyerang prolifiknya, Norshahrul Idlan Talaha.

Ketiadaan penjaring terbanyak Kelantan musim lalu itu, sememangnya dirasai peminat setia The Red Warriors (TRW) yang seolah-olah kecewa dengan persembahan trio import, Mohamad Ghaddar, Nwoha Onyekachi dan Dennis Antwi.

Norshahrul yang mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan ketika beraksi menentang Sarawak dalam perlawanan pusingan pertama di Kota Bharu tempoh hari sememangnya tidak pernah menghampakan peminat apabila tidak pernah mensiakan peluang terhidang.

Dalam aksi sulung kumpulan H bertemu kelab Vietnam, Navibank Saigon 2012 malam kelmarin, Kelantan yang menurunkan semua empat importnya sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Hujan semakin lebat pada penghujung separuh masa pertama menyebabkan aksi babak kedua berlangsung dalam keadaan kurang lancar apabila hampir separuh bahagian padang ditakungi air.

Menyedari jentera sera ngan perlu diperkuat, Bojan mengeluarkan Antwi dan memasukan S Chanturu pada minit ke-72 serta Nor Farhan Muhammad menggantikan Nurul Azwan Roya minit ke-80, namun segala usaha tetap gagal menembusi kekebalan penjaga dari Brazil, Phan Van Santos.

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, pemain gementar pada 15 hingga 20 minit pertama, tetapi selepas rehat mereka lebih yakin apabila menguasai permainan.

Sumber : Sinar Harian

(AFF CUP 2012) : KHAIRUL FAHMI MAHU PERTAHANKAN KEJUARAAN



@~PERTAHANKAN KEJUARAAN PADA 2010 LALU~@

Penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi kini berpaling kepada kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 sebagai penebus maruah kepada kegagalannya bersama skuad Harimau Muda melayakkan diri ke Olimpik 2012.

Sebagai salah seorang barisan utama yang menjulang Piala AFF Suzuki pada 2010, Khairul Fahmi menganggap ia satu penghormatan untuk beraksi buat kali kedua pada bermula 24 November ini.

Khairul Fahmi melihat dengan hanya menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki dapat menebus maruah dirinya dan menggembalikan kepercayaan peminat terhadapnya.

Mengenai skuad kebangsaan kali ini yang masih menjadi tanda tanya dengan jurulatih K. Rajagobal lebih banyak bereksperimentasi dengan muka baru, Khairul Fahmi mengangap jurulatih itu mempunyai strategi tersendiri bagi mengekalkan kejuaraan itu sekali lagi.(AstroArena)

Saturday, March 3, 2012

Kesan Mencabut Bulu Hidung





Jika dibiarkan terlalu panjang, bulu hidung memang mengganggu penampilan sehingga perlu dirapikan. Sebaiknya dipotong dengan gunting khusus, jangan dicabut kerana lebih berisiko menyebabkan jangkitan ataupun radang pada lubang hidung.

Bulu hidung yang dicabut akan segera digantikan dengan bulu baru yang tumbuh di kelenjar atau liang roma. Seperti juga bulu-bula di permukaan tubuh yang lain, bulu hidung juga mempunyai risiko tumbuh ke dalam lapisan kulit (ingrown nasal hair).

Bulu yang tumbuh ke dalam tidak akan keluar ke permukaan kulit tetapi ia masuk ke dalam kulit dan disebut extrafollicular penetration. Ia akan menyebabkan radang di sekitar kelenjar atau liang roma, yang kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

Selain membengkak kemerahan, simptom yang sering terjadi disebabkan ingrown nasal hair adalah rasa pedih di dalam lubang hidung di sekitar tempat tumbuhnya bulu. Sekali pandang, benjolan tersebut seakan jerawat namun sebenarnya tidak.

Biasanya ingrown nasal hair akan sembuh dengan sendirinya ketika hujung bulu sudah menemui jalan untuk menembusi keluar dari permukaan kulit. Namun prosesnya kadang kala memakan waktu dan selama itu ia akan terasa sangat sakit, terutama jika hidung dipicit.

Untuk mempercepatkan keluarnya bulu hidung ke permukaan, selalu amalkan memasukkan hidung dengan air panas agar peredaran darah menjadi lancar dan pori-pori kulit terbuka.

Risiko jangkitan sangat besar kerana lubang hidung merupakan salah satu tempat berkumpulnya bakteria Staphylococcus aureus, penyebab utama bisul.

Sementara itu untuk mencegah ingrown nasal hair, sebaiknya jangan cabut bulu hidung dengan pin. Cara terbaik untuk merapikannya adalah memotongnya dengan gunting khusus dan jangan terlalu pendek kerana fungsi bulu hidung adalah untuk menapis debu agar tidak masuk.