Nuffnang Ads

Friday, February 1, 2013

Saya tak perlu panggil Piya: Raja

Selepas dikritik hebat kerana tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan, jurulatih Datuk K Rajagobal tampil dengan nada lembut - tiada keperluan untuk pemain itu berada dalam barisannya ketika ini.

"Orang mungkin tidak faham... bukan saya tidak mahu memanggilnya (Badhri), cuma pada masa ini tiada keperluan,” kata pengendali berusia 57 tahun itu selepas mengendalikan latihan skuad Harimau Malaya di sini, semalam.

Skuad kebangsaan berlepas ke Dubai, UAE, pagi Selasa lalu untuk aksi persahabatan menentang Iraq, hari ini dan seterusnya aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari ini. 

Isu pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan kembali hangat selepas Rajagobal yang mengumumkan senarai akhir 24 pemain, Isnin lalu, tidak menyenaraikan Mohd Badhri atau Piya walaupun ramai tonggak utama digugurkan kerana kecederaan.

Rajagobal bagaimanapun berkata, beliau akan menyenaraikan pemain tengah Kelantan itu pada masa depan.

“Saya tidak kata tidak akan memanggil untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan, cuma kita perlu ikut kesesuaian dalam pasukan.

“Saya tidak nafikan kemampuannya namun pemilihan ini membabitkan kepentingan pasukan dan bukan individu,” katanya.

Pemain Kelantan berguru di England : TSAM

Pegempur berbakat muda Australia, Dimitrios Petratos yang beraksi bersama The Red Warriors dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 secara rasminya akan berangkat ke England pada 4 Februari ini bagi menjalani latihan dengan pasukan Blackburn Rovers FA, pasukan yang beraksi di saingan liga perdana inggeris.
Berita gembira itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di Kota Bharu semalam.
Annuar berkata, ketua pasukan Piala Presiden Kelantan, Faizul Nazlin Sayuti akan pergi bersama Petratos bagi menjalani latihan tersebut dan akan kembali semula ke pangkuan pasukan pada bulan Mac untuk menghadapi saingan Piala AFC.
Menurutnya, latihan tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama antara KAFA dengan kelab berkenaan sebagai langkah untuk memantapkan lagi pasukan bagi mengharungi saingan liga musim ini.
"Pemergian kedua-dua pemain ini akan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, TheRedWarriors.com iaitu Kelvin Ramalingam.
Sepanjang berada di sana, Petratos bakal menjalani sesi latihan dan ujian yang dikendalikan secara profesional oleh pihak Blackburn Rovers.
“KAFA berharap, latihan tersebut akan meningkatkan lagi tahap kemahiran Petratos dan memperkemaskan lagi tektikal beliau sebelum dia kembali bersama pasukan untuk saingan Piala AFC nanti.
“Begitu juga dengan Faizul Nazlin, kita mahu memberikan pendedahan awal kepada pemain muda ini dalam usaha untuk memantapkan corak permainan dan kemahirannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar perlawanan Piala Permai di Stadium Sultan Muhammad IV semalam mengenai pertembungan antara juara Liga Super Malaysia, Kelantan dengan juara Liga Super Indonesia, Simen Padang FC esok.
Pada majlis tersebut, Annuar turut memperkenalkan seorang pemain import dari Perancis yang akan membantu The Red Warriors dalam perlawanan tersebut iaitu, Salim Aracche.
Selain Aracche, Kelantan turut diperkuatkan dengan seorang lagi tonggak import dari Nigeria, iaitu Dickson Nwakaeme yang bergandingan bersama Obinna Nwaneri, Lek Kecira di posisi pertahanan.
Annuar memberitahu, jika ada perkembangan semasa mengenai kedua-dua pemain itu, ia akan memaklumkan perkara tersebut dari semasa ke semasa.
“KAFA akan menjalinkan kerjasama ini di masa akan datang melibatkan pertukaran pemain dan jurulatih,” ujarnya.
Mengulas mengenai perlawanan Piala Permai itu, Annuar memberitahu, ia adalah kesinambungan perlawanan sebelum ini ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Piala Gabenor Acheh baru-baru ini.
“Perlawanan ini merupakan medan terbaik buat kita untuk mengukur sejauh mana kekuatan pasukan. Saya akui ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kelantan dan saya amat yakin Kelantan mampu memberikan persembahan yang terbaik.

“Mereka sebuah pasukan yang hebat, dan kita pernah tunduk kepada mereka 1-3 dalam aksi Piala Gabenor Acheh baru-baru ini. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu,” tegasnya.

Thursday, January 31, 2013

‘Pelik, Kenapa Rajagobal tak senarai Piya?’ : Dali Omar

Bekas pemain kebangsaan dan Kelantan, Dali Omar menganggap tindakan Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional. 

Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan. 
“Seharusnya beliau sendiri mengkaji kebolehan Piya dan perlu menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan. 
“Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya dan negara jua,” katanya. 
 
 
 Media semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan jurulatih,K.Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya ke dalam skuad kebangsaan. 

Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal lagi dan sudah terbukti bahawa beliau memang sewajarnya diberi peluang menyarung jersi kebangsaan.
 

17 Gambar Aneh Apabila Haiwan Ganas Di Jadikan Binatang Peliharaan

Selamat melihat gambar-gambar yang menarik ini!





















Wednesday, January 30, 2013

'Apa salah saya' : Piya

 
Kota Bharu: “Apa salah saya sehingga dia tak mahu panggil saya menyertai skuad kebangsaan,” kata kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi sebagai reaksi balas kenyataan Datuk K Rajagobal yang masih enggan menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya bagi persiapan pusingan Kelayakan Piala Asia 2015. 

Pemain tengah yang dianggap antara terbaik di Liga Malaysia (Liga-M) itu berkata, adakah corak permainannya tidak menepati cita rasa pengendali berusia 57 tahun itu menyebabkan dia tidak mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya. 
“Saya tak kisah pada bila-bila masa pun saya sedia dipanggil untuk beraksi dalam skuad kebangsaan. 

“Tapi saya nak tanya dia (Rajagobal) apa masalah dia dengan saya,” katanya semalam. 
 


Akhbar semalam melaporkan, nama Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain kelmarin, walau pun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan. 

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Dubai, UAE, pagi semalam untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari ini. 

Walaupun tidak dapat membawa 11 pemain utama yang mengalami kecederaan, ia masih belum membuka hati Rajagobal untuk sekurang-kurangnya memanggil Piya untuk kem latihan skuad kebangsaan.
 

Rajagobal perlekeh Badri a.k.a Piya

"Kenapa tanya saya, beliau jurulatih, seharusnya beliau tahu pemain macam mana yang beliau mahu. Saya tak faham kenapa dia suruh tanya saya. Jawapan macam mana yang anda jangka boleh saya berikan?"
Itu komen ketua pasukan Kelantan, yang berjaya menjulang tiga piala musim lalu, Badri Radzi selepas namanya terus tersisih daripada kem skuad kebangsaan biarpun ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kini dalam situasi terdesak selepas kehilangan 11 pemain akibat kecederaan.
Menurutnya, selepas berjaya membawa Kelantan ke tahap yang begitu tinggi termasuk memenangi tiga kejuaraan musim lalu, kelibatnya di padang masih tetap gagal memikat hati Rajagobal yang terus meragui keupayaannya.
“Saya tidak tahu apa masalahnya, komen beliau (Rajagobal) dalam akhbar hari ini (semalam) seolah-olah memberi gambaran bahawa corak permainan saya tidak sesuai dengan corak latihan beliau.
“Beliau tidak perlu mengajukan soalan berkenaan kepada saya atau bekas jurulatih saya, Datuk M. Karathu atau B. Sathianathan. Kami semua tidak ada jawapan kerana jawapan itu ada pada beliau sendiri,” kata Badri ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, jika Rajagobal menganggap dia bukan seorang pemain yang bagus dan tidak menepati kriteria yang diperlukan, dia sedia menerima kritikan berkenaan kerana jurulatih skuad kebangsaan itu lebih berpengalaman.
Katanya, impiannya untuk bermain dan menabur bakti dalam skuad kebangsaan tidak pernah padam dan akan berusaha untuk terus memikat hati pengendali skuad kebangsaan itu.
“Sebagai pemain bola sepak, sudah tentu beraksi dengan pasukan kebangsaan adalah kemuncak dalam karier anda. Semua pemain mengidamkan untuk menyarung jersi kebangsaan, begitu juga saya. Kalau tidak baik tak payah main bola.
“Kali terakhir saya dipanggil pada tahun 2010, ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia. Pembantunya (Tan Cheng Hoe) telefon saya minta nombor pasport.
“Dia beri tempoh dua jam untuk saya dapatkan nombor pasport, saya beritahu pasport ada di rumah, macam mana saya hendak beri. Sukar untuk saya dapatkan nombor pasport ketika itu kerana kami terpaksa singgah di Gua Musang dulu untuk menemui peminat. Selepas itu senyap begitu saja,” ujarnya.
Jelas Badri, sebelum ini ada yang berpendapat pemain sepertinya, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin hanya mampu bermain dalam tempoh 30 minit sahaja ekoran faktor usia, dan keputusan Rajagobal memilih pemain muda mungkin satu pilihan yang tepat.
Kali pertama dan terakhir ‘jeneral padang’ berusia 30 tahun itu menyarung jersi skuad kebangsaan adalah ketika membantu skuad Pilihan Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee berdepan Chelsea dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Tuesday, January 29, 2013

Inilah Dia Cerut Yang Terpanjang Di Dunia


Inilah cerut yang terpanjang didunia yang menjangkau 81.80 meter atau bersamaan pajang padang bola sepak. Cerut ini dihasilkan oleh Jose Cueto Castelar yang berusia 67 tahun.

Cuba adalah negara di mana tembakau terbaik ditanam dan Cueto berkata bahawa selagi dia hidup, rekod Guinness mesti berada di Cuba. Encik Cueto mula-mula belajar untuk membuat cerut apabila beliau berusia 14 tahun. Matlamat seterusnya adalah untuk meleburkan rekod ini dengan usaha untuk menghasilkan cerut sepanjang 100 meter.